Fakta 1 : Keluarga Wanita Umno beli Kondo RM9.8 juta guna wang rakyat
1. Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil didakwa membeli kondominium mewah ini dengan harga RM9,758,140 (RM9.8juta).
2. RM9.8 juta itu adalah sebahagian wang yang diambil dari peruntukan untuk National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).
3. NFC ialah syarikat bermasalah yang dikendalikan anak dan keluarga Shahrizat yang mendapat dana RM250 juta daripada kerajaan Persekutuan 'atas nama kroni' melalui peruntukan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
4. Bagaimana kaedah pembayarannya ?
Kondominium yang terletak di Bangsar ini dibeli pada 2 Disember 2009 melalui empat transaksi pindahan wang dari akaun semasa NFC di Bank CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail kepada Bandar Raya Developments Berhad, nama pemaju kepada kondominium mewah itu.
Maknanya, keluarga Shahrizat membeli kondominium mewah itu dalam masa sehari sahaja menggunakan peruntukan NFC.
Dalam bahasa mudahnya, NFC yang peruntukan dari kementerian pertanian itu adalah milik rakyat selaku pembayar cukai, iaitu anda yang sedang membaca kes ini.
5. Bagi memudahkan anda, ada 2 isu besar di sini, pertama Shahrizat dan keluarganya membeli kondominium mewah menggunakan wang rakyat dan kedua, wang yang diguna untuk membeli kondominium mewah itu diambil dari syarikatnya yang bermasalah iaitu NFC.
Fakta 2 : Projek kroni RM250juta gagal
1. Apa itu NFC ? NFC ialah syarikat yang dikendalikan keluarga Shahrizat bawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) untuk memenuhi sasaran 40 peratus (1,500 ekor sehari) permintaan dan pengeluaran daging lembu untuk pasaran tempatan.
Sebaliknya, berdasarkan tinjauan KEADILAN, projek yang beroperasi di Gemas, Negeri Sembilan itu didakwa hanya mengeluarkan sekitar 1,000 ekor lembu dipelihara dan sebanyak 20 ekor lembu disembelih setiap hari.
Selain diberi peruntukan atas nama kroni Umno sebanyak RM250 juta, NFC turut memperoleh tanah seluas 5,000 ekar.
Namun, Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010, projek itu bermasalah sehingga memaksa syarikat Menteri Besar Negeri Sembilan Pemerbadanan mengambil semula 3,000 ekar daripada 5,000 ekar tanah yang diperuntuk untuk projek itu.
Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan bertanggungjawab melulus projek itu, namun enggan mengulas selepas LKAN 2010 mendedahkannya.
Oleh itu, beliau menyerahkannya kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika ini, Datuk Seri Noh Omar menjawabnya.
Fakta 3 : Menteri pembohong, Khairy berlagak menteri
Noh Omar semasa dilobi Parlimen pada 31 Oktober 2011 berkata, 'pinjaman berjumlah RM250 juta kepada NFC belum diserahkan sepenuhnya'.
Manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 1 November 2011 dalam jawapan bertulisnya kepada Parlimen menyebut 'setakat 31 Julai 2011, hanya RM181.9juta daripada geran dan pinjaman RM250 juta itu sudah disalur kepada NFC'.
Namun, Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli yang menyiasat perkara itu mendapati Najib dan Noh Omar (kedua-duanya kini merupakan pemimpin Umno Selangor) berbohong.
Rekod kewangan NFC menunjukan pinjaman sebanyak RM130 juta sudah diambil NFC pada 2008 manakala pada 31 Mac 2009 RM120 juta sudah dimasukan ke akaun Maybank milik NFC.
Selepas didedahkan fakta ini, selain Noh, turut mencampuri urusan itu ialah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Ramli dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Maka bukti dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukan bahawa bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2009, Hutang Jangka Panjang NFC berjumlah RM256,082,518.(RM250,000 datangnya dari pinjaman kerajaan manakala Geran Kerajaan
berjumlah 6,082,518), sekali lagi mengukuhkan pembohongan menteri itu dan MP Umno lain yang turut 'menyalak' dalam isu itu.
Fakta 4 : RM250 juta wang rakyat akan dilupuskan
Akibat prestasi buruk kewangan NFC setiap tahun, pinjaman RM250 juta itu akan dilupuskan sebagaimana yang berlaku dalam kes Perwaja Steel sebelum ini.
Buktinya, NFC rugi RM7 juta pada 2008 dan rugi RM11juta pada 2009. Malah, wang pembayar cukai RM250juta itu pula disalur kepada Real Food Company Sdn Bhd yang mengendali restoran mewah Meatworks, milik keluarga Shahrizat Jalil.
Tindakan ini pastinya bertentangan dengan tadbir urus yang baik apabila wang rakyat sewenagnya diguna keluarga Shahrizat untuk disalur ke kantung restoran mewah milik keluarga Menteri Umno itu.
Malah, berdasarkan rekod kewangan berakhir NFC bagi 31 Disember 2009, sejumlah RM827,579 wang rakyat diguna untuk tujuan lawatan ke luar negara dan keraian oleh pengarah2 NFC yang terdiri daripada suami, anak2 dan Shahrizat sendiri.
Shahrizat sejak isu ini timbul, kerap ponteng dari menghadiri sidang Parlimen.
Sumber : Masdarwahid Blogspot
Harap isu Kondominium ini akan disiasat oleh SPRM supaya boleh mengenal pasti isu sebenar.
ReplyDeletePastikan masalah penyelewengan yang didakwa ini boleh disiasat oleh pihak berkuasa.
ReplyDeletekalau begitu, maknanya mana2 kontraktor yang mendapat projek kerajaan tidak patut menggunakan keuntungan daripada projek tersebut untuk perbelanjaan harian mereka.. kerana keuntungan daripada projek tersebut adalah wang rakyat dan patut dikembalikan kepada rakyat.. kontraktor ni hanya perlu bekerja dan tidak layak mendapat satu sen pun hasil dari setiap projek yang dilaksanakan..
ReplyDeleteberkenaan dengan tanah seluas 5000 ekar, NFC tidak diberikan tanah itu secara percuma, sebaliknya, sebagai integrator Pusat Fidlot Negara (PFN), NFC ditawarkan untuk menjayakan projek PFN di atas tanah seluas 1500 ekar secara pajakan daripada Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan (MBI). Maknanya bukan sahaja tanah itu lebih kecil iaitu 70% lebih kecil daripada yang didakwa malahan tanah itu adallah tanah pajakan..
ReplyDeleteberkenaan dengan projek itu gagal, semua itu hanya penipuan pembangkang.. perlu diteliti bahawa projek ini hanya bermula lewat tahun 2008, iaitu dua tahun selepas bermulanya Rancangan Malaysia Kesembilan, kerana kelewatan pembangunan infrastruktur dan rantaian penawaran di mana telah membawa kepada penyemakan semula sasaran pengeluaran sebanyak 8,000 ekor pada tahun 2010, dengan sasaran tahunan bermula dari 2011. Laporan Ketua Audit Negara 2010 tidak menyatakan bahawa NFC gagal mencapai matlamat. Di mukasurat 138, tercatat bahawa“sasaran 8,000 ekor lembu pada tahun 2010 sebenarnya tercapai.”
ReplyDeleteberkenaan dengan pinjaman rm250 juta, kenapa pemimpin2 pembangkang mengabaikan laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mana ada dinyatakan dengan jelas bahawa terdapat baki pinjaman di dalam akaun berjumlah RM115.28 juta. berdasarkan laporan audit tersebut, sebanyak RM134.72 juta telah diserahkan kepada syarikat terlibat dan angka2 itu direkodkan sehingga Disember 2010. jika laporan Ketua Audit Negara bagi kedudukan Disember 2010 menyatakan bahawa masih ada baki masakan pembangkang boleh terus mengatakan bahawa pada Disember 2009, kesemuanya telah disalurkan. ini menunjukkan kecuaian dan sikap mereka mendiskriminasi dan memusingkan fakta untuk kepentingan politik.
ReplyDeletehal ini kena disiasat dgn teliti, orng ramai msti nak tau hal sebenar.
ReplyDeleteharap hal ini akan diperjelaskan dgn terperinci.
ReplyDeleteini hanya putar belit fakta oleh pembangkang. mahu minta perhatian rakyat semata2.
ReplyDeletesebaiknya penjelasan diberikan agar tidak diputarbelit oleh mana-mana pihak.
ReplyDeleteperkara ini sudah diperjelaskan cuma pembangkang yang masih tidak dapat terima penjelasan dan kenyataan sebenar.
ReplyDeleteSIASATAN PERLU DIBUAT BETUL ATU TIDAK
ReplyDeleteDengan adanya keuntungan boleh lah mengagih keuntungan itu kepada rakyat.
ReplyDeleteBagi mengelak daripada banyak spekulasi yang akan dibuat oleh pelbagai pihak, harap sharizat dapat memperbetulkan keadaan.
ReplyDeleteSharizat sering ponteng bila isu ini ditimbulkan? Nampaknya ia hanya akan memburukkan keadaan.
ReplyDeleteBanyaknya spekulasi timbul. Entah betul atau tidak.
ReplyDeleteAdalah lebih elok perkara ini disiasat dengan sebaiknya oleh SPRM .janganlah mana-mana pihak membuat tuduhan melulu selagi apa-apa keputusan dari badan yang berwajib dilakukan.Kalau benar terbukti berlaku penyelewengan,saya percaya PM akan bertindak sewajarnya .
ReplyDeletekenapa projek ini di beri kepada pihak terbabit..Tidak ada kah calon yang sesuai untuk menerajui projek ini..projek belum berjln dengan sempurna tetapi rumah sudah di beli...kenapa keluarga menteri terlibat dalam projek ini..kroni ker?
ReplyDeletekena ingat ni duit rakyat tau ...
ReplyDeleteSesiapa pun boleh sebarkan khabar angin itu kondo sesiapa pun. Kalau tidak ada bukti kukuh tidak perlu membuat cerita. Nanti sendiri yang susah.
ReplyDeleteKita tunggu penjelasan dari pihak yang menguruskan hal ini. Mungkin ada fakta yang Pembangkang tidak ketahui. Sebaiknya masalah kerugian National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) ini bawa ke Parlimen. Biar semua dengar dan senang cerita kita boleh dapat jawapan terus dari kementerian Pertanian.
ReplyDeletepatutnya mana-mana menteri jangan ada projek cam ne..bagi pada rakyat yang berhak untuk menguruskannya..tapi ini tidak nak juga ada menteri...jadinya seperti ini..dulu mereka berkhidmat untuk rakyat tapi sekarang sudah lain...kita semua kena fikir perlukah menteri masuk dalam projek seperti ini....kalau x masuk x jadi ke projek ini...
ReplyDeletePada saya menteri tak payahlah berlumba dengan rakyat untuk mendapatkan projek.
ReplyDeleteuntung betul c shaJILAT, rakyat x undi tp dilantik jd menteri melalui pintu belakang, diberi pula sapi emas...nak harapkan PM ambil tindakan? pencuri tangkap pencuri? hisap kote la...
ReplyDeleteKata Khairi Jamaludin NFC beli kondo untuk pelaburan sementera menunggu projek lembu dapat untung? Saya nak tanya KJ duit yang kerajaan sumbang untuk budak sekolah tu sebelum budak sekolah itu guna duit tesebut kita labur dulu duit itu beli 4D boleh tak? Atau note book 1Malaysia yang kerajaan bagi, sebelum dapat talian bagi pelajar di Pedalaman, bolehkah note book itu kita jual dulu untuk buat modal berniaga nanti dapat untung baru beli balik note book lain pula. Bolehkah Khairi Jamaludin yang bijak pandai!
ReplyDeleteNeji nampak betul kau nie buta mata dan hati dah terang lagi bersuluh duit projek lembu buat beli kondo kan itu kesalahan sb kalau nak niaga hartanah ambil projek hartanah bukan lembu Palui banar bah kau nie cuba kau fikir andai ibu mu suruh kau beli balacan dan deliver dekat kampung kau tapi kau beli baja tahi ayam apa ibu mu kata " Bagus kau mati Neji dari kecil sudah besar menyusakan ibu dan orang kampung" derhaka kau neji tak ikut kata ibu mu,nah begitulah contoh simple nya Neji.
ReplyDeleteneji dah jadi barua sudah..tidak fikir masalah rakyat
ReplyDeletekena faham betul2. point nya kat sini ialah dana tu telah digunakan dgn cara tak betul. klau projek tu mencapai sasaran jumlah lembu tapi duit byk habis tak guna jugak. pas tu kena check duit tu kat mana salurnya. klau ada balance tapi sejuta dua masuk poket tak blh juga.
ReplyDeletePas tu kena check condo tu atas nama sapa klau ader hubungan dgn syahrizat kena check mana dia dpt duit tu pas tu kena semuanya kena transparent. tp aku faham klau duit tu habis projek tu rugi. Itu mmg trademark BN. tak kira la pasal rakyat nak jadi aper janji diorang kaya. semua penting kan diri sendiri. Cuba tgk singapura diorang penting kan negara dr diri sendiri.
Berniaga sonlap duit rayat dan alasan bodoh lembu macam lah kita bodoh tahun 60 itulah BN fikir.
ReplyDeleteC Neji penjilat = pengampu nah sekarang Bung Moktar pun dah minta menteri jaga perempuan letak jawatan,nyatalah selama ini Neji penjilat tahi untuk membersihkan kesilapan tersebut.
ReplyDelete