Friday, November 11, 2011

Bebaskan Universiti Daripada Politik Sempit

PAS memandang serius dan prihatin dengan serangan yang dilancarkan oleh pihak-pihak tertentu termasuk daripada Umno dan bebas terhadap pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, tegas Naib Presidennya, Salahuddin Ayob.

Terbaru Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin juga turut "menyerang" pensyarah undang-undang UIAM itu.

Katanya, PAS sedih dengan sentimen politik sempit yang mereka amalkan, hanya kerana ahli akademik berkenaan mempunyai pandangan berbeza dan bercakap di atas pentas lain daripada Umno mereka dianggap bersalah dan perlu meletakkan jawatan.

PAS berpendapat apa yang Abdul Aziz lakukan masih lagi di dalam kerangka Perlembagaan meskipun ia tidak selaras dengan politik Umno-BN, ujar beliau.

"Apa yang berlaku itu amat menyedihkan. Baik dari perspektif demokrasi atau kebebasan akademik apa yang mereka lakukan itu bukan sahaja salah tetapi juga tidak adil.

"Sudah menjadi rahsia umum bahawa ramai profesor dan tenaga akademik IPTA tempatan terlibat - secara langsung atau sebaliknya - dalam membantu politik Kerajaan Barisan Nasional dan Umno. Abdul Aziz adalah segelintir kecil ahli akademik yang sanggup mengambil risiko memberi pandangan kepada politik pembangkang," tegas beliau.

Itu sudah cukup menjadi alasan untuk tokoh-tokoh seperti Abdul Aziz membantu parti lain dari Umno-BN, walhal Perlembagaan negara menjunjung hak sama rata manakala Barisan Nasional menjadi kerajaan di peringkat Persekutuan ia menjadi pembangkang di beberapa buah negeri.

Salahuddin berkata, dengan itu Umno-BN tidak boleh memonopoli dan membolot segala-galanya, sebaliknya mereka perlu ingat bahawa IPTA adalah milik rakyat umumnya dan pembayar cukai khususnya.

Dengan demikian tegas beliau lagi, parti-parti di luar Barisan Nasional juga mempunyai hak untuk mendapat pandangan dan perkhidmatan ahli-ahli akademik berkenaan.

PAS komited katanya, dengan kebebasan akademik dan autonomi universiti, dan Umno-BN perlu akur bahawa tidak semua ahli akademik setuju dengan dasar dan keutamaan politik mereka.

"Dan mereka ini perlu diberi ruang untuk mengungkapkan idea mereka untuk kepentingan rakyat. PAS yakin ada perkara-perkara baik yang boleh dinikmati oleh rakyat. Umno-Barisan Nasional tidak mempunyai hak untuk menyekat mereka.

"Mengambil bahagian dalam politik - atas kapasati apa sekalipun - adalah satu hak yang dijamin dalam semua sistem demokrasi. Malaysia akan terus mundur dalam liga demokrasi dunia sekiranya ia terus terjebak dalam politik kepartian sempit Umno-BN," tegas beliau.

Adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan bersalahan dengan Perlembagaan kata Salahuddin, jika Umno-BN cuba membentuk tanggapan bahawa manakala bersama dengan mereka adalah berkhidmat untuk negara dan membantu parti-parti lain sebagai melanggar undang-undang dan peraturan.

Beliau berkata, Umno-BN perlu akur dengan landskap baru politik negara, khususnya selepas keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Seksyen 15 AUKU 1971.

Mereka ujarnya, tidak harus meneruskan politik peras ugut di dalam negara, sebaliknya perlu komited dengan transformasi ke arah demokrasi yang dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri.

"Dengan ini PAS menuntut agar Umno-BN umumnya dan IPTA tempatan khususnya supaya membenarkan kakitangan akademik mereka terlibat dalam advokasi awam, baik melalui pentas politik maupun kapasiti lain," kata beliau.

PAS juga menuntut supaya IPTA mengambil langkah memansuhkan peraturan-peraturan yang menyekat aktiviti tersebut dengan serta merta. -Tarmizi Mohd Jam

16 comments:
Write comments
  1. universiti tidak patut terlibat dalam politik, ia perlu tumpukan pada akademik.

    ReplyDelete
  2. para pelajar IPT juga harus tumpukan perhatian mereka pada pengajian mereka terlbih dahulu, berpolitik selepas belajar lebih baik.

    ReplyDelete
  3. Harap perkara ini boleh diselesaikan dengan cara yang terbaik untuk semua.

    ReplyDelete
  4. Kita tunggulah dan lihat bagaimana perkembangan perkara ini.

    ReplyDelete
  5. sebaiknya jika pelajar fokus terhadap pelajaran..lepas tamat belajar bolehlah mereka aktif dalam politik..

    ReplyDelete
  6. ingat lagi ka ketika prof Aziz Bari mencadangkan supaya PAS menyusun semula kepimpinannya sedikit masa lalu?? bukan main lagi pemimpin2 PAS menghentam Prof ini.. siap kena maki hamun oleh penyokong2 PAS..

    ReplyDelete
  7. sebenarnya dasar ketelusan yang diperjuangkan PAS selama ini hanya dimulut sahaja. PAS ini tak boleh.. terus melenting dan menganggap dia saja yang betul. orang lain semua salah. dulu orang yang mereka hentam kerana mengkritik kepimpinan mereka kini menjadi orang yang mereka puja kerana membantu mereka mengkritik kerajaan. jelaslah sebenarnya tidak wujud keterbukaan dan demokrasi dalam kepimpinan PAS.

    ReplyDelete
  8. berpolitik pun kena bertempat dan perlu kena pada caranya.

    ReplyDelete
  9. Sepatutnya pelajar2 tidak perlu terlibat dalam politik. Bila mereka sudah tamat belajar boleh lah bergiat dalam politik tapi sementara masih lagi belajar, tumpukan perhatian dalam pembelajaran.

    ReplyDelete
  10. Tapi mungkin boleh berikan kelonggaran kepada pelajar yang berada dijurusan sains politik.

    ReplyDelete
  11. Bukankah dulu ada kenyataan siapa sokong PAS masuk syurga? Kelasss statement tu.

    ReplyDelete
  12. Jangankan di dalam universiti, di mana2 pun ada politik. Kedai kopi lah paling :)

    ReplyDelete
  13. sy mempelajari banyak perkara informal semasa sy jd student. knp U tempatan membataskan ruang pembelajaran student? knp golongan ini dilarang utk kreatif n inovatif. sekiranya golongan ini hanya dibolehkan beraksi pada ruang/batasan tertentu, sudah pasti x akan jumpa genius. mungkin inilah penjelasan yg paling relevan knp tiada U tempatan yg tersenarai dlm 400 u terbaik dunia. adakah ini suatu pencapaian 'cemerlang'???

    ReplyDelete
  14. Masalah sebegini rasanya dapat diselesaikan melalui perbincangan. tapi sengaja dibesarkan oleh pihak PR.

    ReplyDelete
  15. Isu ini pun PAS mahu politik? Carilah isu lain yang berkaitan dengan kepentingan rakyat... Membantu rakyat..

    ReplyDelete
  16. Pelajar yang sudah mendaftar sebagai pengundi apa salahnya mengikuti politik? Bukankah mereka ini pelapis dan pemimpin masa depan negara.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.