Friday, November 11, 2011

Bukti Umno-BN tidak layak jadi kerajaan

http://www.thenutgraph.com/wp-content/uploads/2010/07/bnlogo.jpgMENGAPA kerajaan Umno- Barisan Nasional begitu kelam kabut sehingga hendak menyalahkan Laporan Audit, yang mendapati wujudnya salah laku, penyelewengan, salahguna kuasa, salah guna dana oleh lebih 70 peratus kementerian dan agensi kerajaan?

Memang Laporan Audit bukan agenda politik. Ia berasaskan kepada fakta kewangan yang menjadi badan check and balance kepada sesebuah kerajaan. Tugas audit adalah untuk memastikan dana kerajaan diuruskan dengan telus oleh kementerian dan agensi yang terbabit.

Jika wujud sebarang keraguan terhadap pengurusan kewangan, maka Jabatan Audit mesti membuat teguran dan menjadi tanggungjawab kementerian dan agensi yang ditegur untuk memperbaiki kesilapan mereka.

Setiap tahun keluar laporan, saban tahun teguran dibuat Ketua Audit Negara, tetapi seolah-olahnya teguran beliau tidak dipedulikan.

Kita sering mendengar dakwaan pemimpin MB, khususnya dari kalangan Perdana Menteri, Menteri dan Menteri Besar yang mendabik dada kononnya Umno-BNlah yang pandai memerintah.

Hari ini terbukti dengan jelas bahawa tahap akauntibiliti kementerian dan agensi kerajaan jatuh merudum akibat ketirisan yang berulang saban tahun.

Jumlahnya bukan sedikit, lebih 70 peratus didapati wujud salah laku dan penyelewengan.

Penyelewengan bukannya sedikit, jika dicantumkan keseluruhannya mencapai angka bilion ringgit.

Mengapa wang rakyat yang jumlahnya besar ini hangus jika ia diurus secara profesional?

Dalam fokus Harakah kali ini kita tumpukan pula bagaimana pengurusan dan pentadbiran kerajaan-kerajaan negeri di bawah BN.

Sarawak dan Sabah kita belum sentuh lagi secara khusus. Secara umumnya dicatat dalam laporan audit, Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang paling tinggi kadar kemiskinannya, sedangkan di kedua-dua negeri tersebut terdapat sumber minyak dan semua orang tahu bahawa pemimpin BN negeri kaya raya.

Jika hendak disimpulkan secara mudah ialah, kedua-dua negeri ini pemimpin Umno- PBB yang mewakili BN hidup dengan mewah, sedangkan rakyat bawahan daif dan miskin.

Justeru, tiada pilihan lain selain menamatkan riwayat BN di Sabah dan Sarawak.

Kita teliti pula negeri Perlis, Perak, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, secara puratanya Ketua Audit Negara menegur mereka dengan beberapa kesimpulan yang boleh dibuat antaranya ialah:

i. Hutang negeri semakin meningkat

ii. Gagal jana pendapatan negeri

iii. Kadar kemiskinan tidak dapat diperbaiki dan semakin meningkat

iv. Belanja negeri dan jabatan tidak berhemah

v. Wujud penyelewengan yang ketara

Terdesak dengan kelemahan yang ketara ini terpacul katakata menyalahkan kakitangan kerajaan, yang dihamburkan oleh menteri. Misalnya Menteri Kewangan II, Dato’ Seri Husni Hanazlah mengatakan pegawai yang terbabit dengan penyelewengan akan dikenakan tindakan.

Bagaimana pula jika pegawai terbabit bertindak di atas tindakan menteri? Siapa pula hendak disalahkan? Di atas segala kelemahan dan ketirisan ini, adakah wajar dipersalahkan kakitangan kerajaan dan agensinya?

Kita tidak nafi, kemungkinan terdapat pegawai yang menyeleweng. Tindakan tegas harus diambil jika mereka didapati bersalah. Tetapi mereka hanyalah ‘ikan bilis’. Bagaimana dengan ‘jerung-jerung besar’?

Kata pepatah Cina ‘ikan busuk bermula di kepala’. Siapa ikan busuk yang mengepalai kementerian dan kerajaan negeri jika tidak Menteri dan Menteri Besar dari Umno-BN?

Justeru, jika rakyat tidak mahu makan ikan busuk, mereka tiada pilihan selain daripada menjatuhkan Umno-BN daripada tampuk kuasa.

Umno-BN tidak layak memerintah, tidak tahu jadi kerajaan. Yang mereka tahu menjadi tukang sapu harta rakyat.

Oleh MOHD RASHIDI HASSAN

19 comments:
Write comments
  1. Sabah dan Sarawak negeri terkaya dengan sumber tapi rakyatnya paling ramai yang miskin. Jawabnya mudah saja pemimpin di kedua negeri ini hanya tahu mengisi perut mereka saja. mereka tahu pada pilihanraya akan datang dengan hanya memberi rakyat wang RM50, sebuah mesin jahit, 1o keping zink, sebuah enjin sangkut rakyat sudah mengundi semula BN.

    ReplyDelete
  2. masalah dalam audit juga wujud dalam negeri2 yang ditadbir pembangkang.

    ReplyDelete
  3. kerajaan kena lebih bijak dalam mengurus kewangan negara, pengurusan kewangan kena teratur dan sistematik.

    ReplyDelete
  4. Biar rakyat yang menentukan parti mana yang layak menjadi kerajaan. Undian dalam tangan rakyat.

    ReplyDelete
  5. Harap masalah-masalah yang dihadapi oleh negeri kita akan mendapat jalan penyelesaikan yang berkesan.

    ReplyDelete
  6. masalah juga berlaku dinegeri-negeri yang ditadbir oleh PR.

    ReplyDelete
  7. "Kerajaan memang bercadang membekalkan seluruh Kelantan dengan air bersih pada tahun 2027, demikian yang dinyatakan oleh Ahli Majlis Kerajaan Negeri Kelantan itu...."

    jika Pakatan memerintah, entah berapa ratus tahun diperlukan untuk menyelesaikan semua masalah di negara ini..

    ReplyDelete
  8. dengan janji2 yang belum ditunaikan di 4 buah negeri Pakatan, menunjukkan mereka juga tidak layak jadi kerajaan..

    ReplyDelete
  9. mulalah sudah mahu mempengaruhi rakyat menjatuhkan BN dan menyokong PR. cuba dulu buktikan betapa telus dan bagusnya pentadbiran PR ni..

    ReplyDelete
  10. Kalau tidak layak kenapa boleh bertahan lama? Sememangnya tidak ada yang sempurna tapi overall, telah banyak yang dilakukan oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  11. Kalau sudah membangkang, semua benda pun boleh diputar belit.

    ReplyDelete
  12. Senang saja si penulis mahu kritik kan. Letakkan diri anda dalam situasi mereka. Jangan2 anda yang lebih2.

    ReplyDelete
  13. To govern a country is not an easy task.

    ReplyDelete
  14. BN pun tidak layak juga perintah Sabah bah. Negeri yang kaya dengan sumber tapi rakyatnya miskin. Jalanraya pun tidak mampu buat. Pergilah tengok jalanraya Telipok Lawa Mandau. Macam jalan 1960an. Inilah yang kamu banggakan dengan kerajaan BN! Kalau rumah PTI dibiarkan kalau rumah setinggan milik orang tempatan diroboh! Kerajaan BN Sabah hanya minat pelihara PATI.

    ReplyDelete
  15. bodoh punya neji..nak sokong bn itu ko punya pasal la..tapi masalah rakyat neji fikir juga jangan jadi bodoh..buta kayu

    ReplyDelete
  16. haji logiut najib tun rajak, kau mau beli kapal selam tp tersilap beli perahu kan. klu begitu, kc pinjam aku itu scorpene, sy mau pigi memancing bah, bulih ka?????

    ReplyDelete
  17. Itu sajakah sebab? Semua perkara yang diambil semua keburukan kerajaan saja..1 keburukan diceritakan, kenapa tidak 1000 kebaikan yang telah kerajaan lakukan diceritakan?? Harap pembaca tidak akan ditutup dengan kegagalan kerajaan yang cuma sedikit.. Tapi kita juga perlu menilai kejayaan kerajaan yang sangat banyak kepada Malaysia.

    ReplyDelete
  18. Betul juga kata hanroizin itu..Cuba ceritakan jasa kerajaan kepada rakyat? Beranikah?? Rasanya tidak..Kalau mereka ceritakan sudah pasti rakyat akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan. PR tidak laku maa..kompom BN tetap yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  19. Kerajaan dah terlampau lama perinta akibatnya rasuah + keterisan dan akhirnya bebanan harga barang tinggi tapi pendapatan tetap tak naik.Rayat dah celik bro dimana pembagunan kemajuan adalah tugas pemerintah kalau tak mau jangan jadi kerajaan apatah lagi kehidupan rayat perluh pembelaan kerajaan bukan bebanan hempitan yang melampau.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.