Bekas Pelakon dan penulis lirik terkenal Bob Lokman sedia dirinya ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada bila-bila masa kerana berpendapat dirinya berada di pihak yang benar ketika memberi ceramah agama di sebuah masjid bulan lalu.
Jais pada Selasa mengumumkan bahawa waran tangkap ke atas Bob Lokman telahpun dikeluarkan Jumaat lalu kerana gagal hadir memberi keterangan sepertimana yang diarahkan berhubung ceramahnya tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu.
“Jika mereka hendak tangkap saya, silakan kerana saya akur dengan keputusan mereka yang menganggap saya bersalah.
“Sedangkan saya hanya memberi dakwah tentang apa yang saya fikirkan dan menjelaskan (kepada pendengar ceramah) mengapa saya perlu dekatkan diri dengan cara hidup seperti hari ini yang lebih menjurus kepada akidah dan tauhid,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.
Lantaran itu, dia menolak dakwaan yang mengatakan dia menyampaikan dakwah di masjid untuk mempengaruhi perkembangan politik semasa.
“Saya tidak mencampurkan urusan politik di dalam masjid kerana saya hanya menyampaikan dakwah.
“Ini bersandarkan kepercayaan saya bahawa orang Islam tahu perkara yang nyata dan benar dalam masjid. Selagi tidak bualkan tentang perkara yang buruk, saya berada di pihak yang benar.
“Saya lakukan ini berlandaskan agama dan kebenaran,” katanya yang kini bekerja sebagai pendakwah dan berniaga barangan ibadat.
Bob kini sedang disiasat di bawah seksyen di bawah Seksyen 119 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor, iaitu menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
-Mstar
Thursday, November 3, 2011
Bob Lokman Sedia Ditangkap Akui Berada Di Pihak Benar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pilihan beliau untuk berada di situ, kita tidak boleh berbuat apa2. Biarkan dirinya yang memilih.
ReplyDeleteMasing2 mempunyai pilihan, kita tidak boleh mencampuri haknya untuk memilih.
ReplyDeleteBerani kerana benar, jangan takut kalau tidak salah.
ReplyDeleteHarap kebenaran akan didedahkan, baik kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi selepas ini.
ReplyDeletewaran tangkap dikeluarkan ke atas Bob Lokman kerana beliau gagal hadir memberi keterangan sepertimana yang diarahkan.
ReplyDeleteterserah kepada pihak yang berkaitan untuk menguruskan pekara ini dengan sebaiknya.
ReplyDeleteTunggu saja keputusan nanti.
ReplyDeleteKena hati2 bila membuat dakwah.
ReplyDeleteBob Lokman harus memberi kerjasama untuk selesaikan hal ini.
ReplyDeletekalau benar tidak bersalah kenapa takut hadir memberi keterangan?
ReplyDeleteIni soal benar/salah ataupun soal politik?
ReplyDeletekalau begitu, lain kali jangan berikan ceramah agama tanpa tauliah.
ReplyDeleteItu JAIS sudah siwil otak miring, orang berzina tidak diambil tindakan, orang buat kerja dakwah ditangkap...mulau
ReplyDeleteUNDANG UNDANG DI MALAYSIA KALAU TAYANG VIDEO LUCAH MACAM DI CARCOSA SERI NEGARA HALAL, KALAU BERDAKWAH HARAM1 TIADA TAULIAH.
ReplyDeleteItula karaja tak betul yang salah terang lg bersuluh dbiarkan yg benar pla dpsalahkan...
ReplyDeleteRasanya tidak ada salahnya jika memberikan ceramah jika seseorang itu cukup ilmu didada. Harap perkara ini tidak lagi perlu untuk dihebohkan.
ReplyDeletePerkara biasa begini pun mahu satu dunia tahu. Tidak perlulah.
ReplyDeleteorg UMNO yg mengeluarkan n menayangkan video lucah 'pasti' ada tauliah drpd tuhan, kan??????
ReplyDelete