Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kecewa kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk didaftarkan sebagai sebuah parti politik. Bagi DPPM, respons ROS yang menyatakan Pakatan Rakyat tidak membuat permohonan baru selepas Datuk Zaid Ibrahim yang menjadi pengerusi keluar dari parti adalah alasan semata-mata.
DPPM kesal kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) sengaja melengah-lengahkan proses permohonan pendaftaran Pakatan Rakyat sedangkan ianya telah dibuat berbulan-bulan lamanya. Sepatutnya jawapan segera perlu diberi dalam masa beberapa minggu dari proses permohonan, dan jika Pakatan Rakyat masih belum ‘membuat permohonan baru’ seperti didakwa oleh ROS, ia perlu dimaklumkan segera agar tindakan lanjut dapat dibuat. Mengapa perlu tunggu sehingga beberapa bulan lamanya baru hendak diberi jawapan balas, dan jawapan itu pula amat mengecewakan. Lebih dari itu, pemimpin Pakatan Rakyat telah menyusul dan bertemu dengan Pegawai Tertinggi ROS sebelum ini, mengapa respons tidak diberikan segera semasa pertemuan tersebut.
Tindakan ROS mencerminkan lemahnya pegawai-pegawai dalam jabatan tersebut dalam pengurusan sehingga memakan masa beberapa bulan untuk memberi jawapan. Dalam era kecanggihan teknologi maklumat terkini ditambah dengan jumlah kakitangan yang ramai, sepatutnya pelbagai kemudahan yang sedia ada boleh mempercepatkan sesuatu urusan. DPPM juga curiga adakah mungkin ROS dibayangi oleh arahan pihak tertentu yang berkepentingan.
Dalam hal ini, DPPM mengingatkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) agar bersikap telus, jujur, adil dan benar dalam menjalankan tugas serta tidak cuba bermain politik kotor dengan Pakatan Rakyat. Sebagai sebuah agensi yang menguruskan pendaftaran pertubuhan, ROS perlu melayan semua pertubuhan dengan adil dan saksama tidak kira ianya parti dari kerajaan mahupun pembangkang. Jangan sesekali pula ROS mengambil peranan sebagai sebuah parti politik yang menekan parti politik lawannya.
Disediakan oleh;
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
mesti ada sebab munasabah ROS tak luluskan permohonan tersebut.
ReplyDeletekesulitan ada dimana2, untuk berhadapan dengan kesulitan itu, terpulang kepada individu itu bagaimana cara untuk tidak terbeban dengan kesulitan itu.
ReplyDeleteMungkin ada sesuatu yang tidak dikatakan dalam artikel ini.
ReplyDeleteMakin lama isu ini dibiarkan, makin banyak spekulasi timbul.
ReplyDeletemungkin Pakatan sendiri tidak ikut prosedur.. kenapa pula parti KITA boleh lulus dengan cepat..
ReplyDeletePendaftaran harus ikut prosedur.
ReplyDeletePendaftar Pertubuhan(ROS)janganlah dipengaruhi oleh mana2 pihak dalam menjalankan tugasnya.
ReplyDeletebaru2 ini pun permohonan USNO untuk didaftarkan sebagai parti politik juga menghadapi halangan malah penolakan pendaftarannya sebagi NGO. mungkin perlu minta penjelasan dari ROS berhubung perkara ini.
ReplyDeleteHarap ROS akan memberi penjelasan mengenai isu ini, kenapa Pemuda PAS tidak dibenarkan mendaftar parti mereka?
ReplyDeleteROS perlulah memastikan bahawa mereka sentiasa telus dan adil bila memberikan pelulusan kepada mereka yang memohon.
ReplyDeleteUMNO mentadbir semua agensi kerajaan di malaysia secara langsung @ x langsung...
ReplyDeleteROS adalah banjigan umno.pegi lu ROS.
ReplyDeletekena ikut prosedur. ROS tidak akan memandai-mandai untuk menolak mana2 parti politik.
ReplyDeletesetiap pekara itu pasti ada sebab mengapa ianya berlaku..
ReplyDeletesetuju dengan Dasani..kena ikuti setiap prosedur agar semuanya lancar.
ReplyDeletedear dasani:
ReplyDeletemana kau tau ROS x akan memandai-mandai utk menolak [pendaftaran] mana2 parti politik? itu ROS malaikat meeehhhh??????
mesti ade prosedur yang patut dipatuhi dan melibatkan proses2 tertentu.Janganlah asyik berburuk sangka sahaja
ReplyDeleteKita tunggu saja kelulusan untuk Pakatan rakyat ini. Ini punca dari pertukaran ahli yang kerap kali berlaku.
ReplyDeleteItu sudah semestinya ada prosuder yang perlu diikuti. Tidakkan hantar borang terus lulus. Mesti ada tapisannya lagi untuk meluluskannya.
ReplyDeleteHarap isu ini tidak akan dipolitikkan ataupun dibesar-besarkan.
ReplyDeletekepada
ReplyDeleteneji:
kenapa bodoh sangat ko ni...cakap jer pandai fikirnya tidak