Seorang suri rumah terkejut apabila melihat gambar wanita separuh bogel dipaparkan pada iklan sebuah syarikat penjagaan diri dalam katalog yang diedarkan di sekitar kawasan kediamannya di bandar ini, baru-baru ini.
Hasnidah (bukan nama sebenar), 29, berkata, keadaan itu disedarinya semasa sedang membelek-belek katalog berkenaan di rumahnya.
“Syarikat penjagaan diri dan penerbit katalog sepatutnya bersikap lebih peka terhadap sensitiviti orang ramai terutamanya kaum wanita dan orang Islam,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, lebih dikesali, katalog terbabit diedarkan secara terbuka kepada orang ramai dan sesiapa sahaja boleh memperolehinya dengan mudah termasuk kanak-kanak.
Kata Hasnidah, syarikat berkenaan sepatutnya memikirkan kaedah-kaedah lain untuk mempromosi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan.
“Iklan sebegini kelihatan seperti merendahkan martabat kaum wanita dengan menganggap mereka sebagai pelaris produk sahaja.
“Sehubungan itu, saya berharap pihak berkaitan memantau dan mengambil tindakan agar gambar yang menjolok mata ini tidak dipaparkan lagi dalam katalog berkenaan,” katanya. -SH
Thursday, November 3, 2011
Gambar Wanita Separuh Bogel Diedar Di rumah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
JIka kita sedar banyak gambar2 seperti ini terpapar dimana2.
ReplyDeletebukan sahaja katalog, malah banyak lagi majalah2 yang memaparkan imej seperti itu.. kalau mahu ambil tindakan, terlalu banyak syarikat yang terlibat..
ReplyDeleteharap syarikat yang mempromosi sesuatu produk akan lebih pekara pada masa akan datang.
ReplyDeleteharap syarikat yang mempromosi sesuatu produk akan lebih peka pada masa akan datang.
ReplyDeleteHarap pihak pemasaran syarikat-syarikat dalam negara akan lebih peka bila membuat iklan mereka.
ReplyDeleteiklan seperti itu tak patut diedarkan.
ReplyDeleteMacam2 dibuat untuk cari keuntungan.
ReplyDeleteinilah manipulasi yang dilakukan oleh syarikat2 terhadap kaum wanita semata2 untuk menarik pelanggan dan mengaut keuntungan.
ReplyDeletesemacam sekarang ini demam porno.
ReplyDeleteBetul..Guna cara yang lebih baik untuk mempromosikan produk dan bukannya seperti yang didakwa itu.
ReplyDeletemahu untung apa2 pun boleh.
ReplyDeletestrategi pemasaran adalah hak pengeluar n model yg digunakan bukanlah dipaksa melakukannya [willing participant] n pastinya dibayar dgn setimpal. ada undang2 yg boleh menyekat amalan yg sudah menjadi 'rutin' ini?
ReplyDeletenak cepat kaya biasa la
ReplyDelete