Pesawat Boeing 767 milik syarikat penerbangan Poland, LOT, mengalami masalah ketika melakukan pendaratan cemas di Bandar Warsaw, Poland, pada 1 November 2011 waktu tempatan. Namun, juruterbang berjaya mendaratkan pesawat itu tanpa roda dengan selamatnya.
Pesawat ini baru saja menempuh perjalanan dari Bandar Newark di New Jersey, Amerika Syarikat dengan membawa 230 penumpang. Semuanya selamat.
Ketika pendaratan, terjadi gesekan antara bahagian bawah pesawat dengan landasan. Ia menimbulkan sedikit percikan api. Namun, tidak menimbulkan masalah yang serius.
Sebaik sahaja setelah pesawat berhenti, pasukan penyelamat segera mendekatinya. Kelihatan pasukan pemadam kebakaran segera menyembur pesawat dan sekelilingnya dengan air bagi menghindari terjadinya kebakaran.
Menurut penyelidikan sementara, pesawat mengalami kerosakan sistem hidroliknya, yang berfungsi mengoperasikan sirip sayap dan roda. Sistem alternatif juga hanya mampu mengaktifkan sirip sayap dan tidak pada roda. -vivanews
Thursday, November 3, 2011
Pesawat Mendarat Tanpa Roda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.