Ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar menuntut penjelasan segera Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kerana menyeleweng wang zakat untuk tujuan politik.
Gambar: Mahfuz menunjukkan surat arahan Jamil kepada Yayasan Taqwa untuk membayar sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ' Bukti Pas bukan parti Islam'
Mahfuz menunjukkan surat arahan Jamil kepada Yayasan Taqwa untuk membayar sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ' Bukti Pas bukan parti Islam'.
"Berdasarkan satu surat, katanya, menteri itu didakwa mengarah Yayasan Taqwa membayar kepada sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ‘Bukti Pas bukan parti Islam’ kepada sekumpulan imam dan bilal.
Yayasan Taqwa ialah badan yang berada di bawah kementerian Jamil Khir yang menerima dan mengagih wang zakat.
Buku itu pula diberi kepada sekumpulan bilal dan imam masjid dalam sebuah program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Beliau difahamkan, kandungan buku itu turut diulas dengan memburukkan Pas.
“Kita tiada masalah jika diserang, tetapi isunya ialah, mengapa serang Pas guna wang zakat?.
“Miskin sangatkah Umno sampai wang zakat pun diseleweng untuk tujuan politik umno,” katanya dalam sidang media di parlimen hari ni.
Petikan surat itu berbunyi ‘sukacita dimaklumkan bahawa YB Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Bin Baharom, Menteri di JPM telah bersetuju untuk membeli buku itu sebanyak 250 unit,’
‘Mohon kerjasama tuan untuk membuat pembayaran ke syarikat itu,’ kenyataan surat itu dipetik dan ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Jamil Khir, Leftenan Kolonel Ab Jabar Mohamad Aris.
Beliau difahamkan, kursus yang sudah tiga kali diadakan itu turut dihadiri pegawai tertinggi polis Bukit Aman dalam setiap siri.
Manakala ucapan penutup disampaikan oleh bekas perdana menteri dan bekas presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kesemua bilal dan imam dari seluruh Kedah itu dibawa ke sebuah dewan di Bangi untuk mengikuti kursus berkenaan.
“Kursus itu kata peserta tidak lebih kepada brainwash untuk mereka dan mebmuruk-burukkan Pas atas nama program Jakim,” kata Mahfuz yang turut mengedar salinan surat itu kepada media.
Jamil sebelum ini didakwa menggunakan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu bagi membiayai yuran guaman beliau dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali dalam isu qazaf yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. -KD
Thursday, November 3, 2011
Jamil Khir Selewengkan Wang Zakat?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Baik perkara ini disiasat terlebih dahulu supaya tidak salah menuduh.
ReplyDeleteKita tunggulah hasil penyiasatan selepas ini, janganlah membuat spekulasi tanpa batas.
ReplyDeletepasti saja ada kelemahan. Kepada yang bersalah, bersemuka lah dengan masalah ini agar ianya cepat diselesaikan.
ReplyDeleteLain kali jangan lagi lakukan perkara yang sama dan kepada orang ramai, jangan contohi perbuatan ini.
ReplyDeletesebaiknya penjelasan dibuat berhubung terhadap pekara ini...
ReplyDeletetidak perlulah membuat spekulasi berhubung pekara ini..kita sendiri pun tidak tahu kesahihan dakwaan pas ni..
ReplyDeleteHati2 buat kenyataan. Nanti kena saman pula.
ReplyDeletedakwaan Mahfuz ini perlu disiasat terlebih dahulu, adakah ia berasas.
ReplyDeleteharap hal ini dpt diperjelaskan.
ReplyDeleteSiasat..jangan tak siasat.
ReplyDeletesebelum ini sudah beberapa kali Jamil Khir dituduh oleh pihak pembangkang menggunakan wang zakat, tapi semuanya dapat dinafikan oleh beliau.. hari ini timbul pula isu baru..
ReplyDeletejangan salahgunakan wang zakat..
ReplyDeleteIni perlu siasatan SPRM lah ni. kalau bersalah pasti hukuman akan dikenakan. harap2 semua ni tidak benar.
ReplyDeletemanusia nama jamil khir ni memang jahat ...kami tau dahhh ..
ReplyDeleteSungguh sedih perdisiasat SPRM kalau betul ambil tidakan sb ini kes amanah lagi pun wang zakat rayat bayar bukan untuk orang senang ada hasnafnya,ingat jangan sampai disambar api neraka.
ReplyDeletePenyelewengan ini perlulah disiasat adakah benar atau tidak kita tunggu saja apa keputusan siasatan nanti.
ReplyDeleteKami tidak tahu lagi kebenarannya. Mungkin ini hanya politik semata-mata untuk memburukkan orang lain. Banyak cerita sekarang kita denganr dari pembangkang tapi tidak pasti lagi betul atau tidak saja.
ReplyDeleteadakah ini menjelaskan knp kerajaan/GLC berhutang lebih 50 billion drpd EPF????
ReplyDeleteMana itu SPRM tidur ke atau makan gaji buta!.Betul atau tidak dah tersebar so siasatlah apa lagi SPRM.
ReplyDelete