Thursday, November 10, 2011

Menilik Ngo Bernama Amanah

AMANAH Merdeka (Amanah) yang dilancarkan tiga bulan lalu sudah pun didaftarkan sebagai sebuah NGO yang sah. Perkara ini diumumkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah sebagai presiden bersama barisan kepimpinannya semalam di Kuala Lumpur.

Mulai saat ini Amanah sudah menjadi sebuah NGO rasmi yang boleh bergerak mengikut lunas undang-undang. Kita yakin selepas ini Tengku Razaleigh akan mengumumkan apakah plan bergerak Amanah dan juga aktiviti yang akan dilaksanakan.

Ia akan disusun bagaimana untuk meletakkan Amanah ditengah-tengah massa dan dapat dimanfaatkan oleh semua.

Kewujudan Amanah itu sendiri nampaknya terbuka dan bersifat nasional - Malaysia. Ia bukan jumud dan rigid seperti pertubuhan Ngo Melayu lain yang agak ekstrmis dan juga lebih tegar kepada keMelayuan. Dengan penyertaan beberapa bekas pemimpin parti politik berbagai kaum, aktivis sosial menjelaskan Amanah adalah bersifat kebangsaan dan bersendikan kepada perjuangan bersama.

Antara tokoh politik yang bersama Amanah ialah bekas timbalan presiden MIC S Subramanian, bekas presiden MCA Ong Tee Keat, timbalan presiden United Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut Organisation (Upko) Datuk Wilfred M Bumburing, ahli politik veteran Sarawak Datuk Daniel Tajem, bekas presiden Majlis Peguam Datuk K Ragunath dan bekas pesuruhjaya Suhakam, Tan Sri Simon Sipaun selain beberapa bekas pemimpin veteran Umno yang lain seperti Kadir Sheikh Fadzil dan lain-lain.

Susunan barisan kepimpinan juga ia melambangkan Amanah sebauah Ngo yang mempunyai aspirasi Malaysia.

Ini sesuai dengan aspirasi amanah itu sendiri ialah untuk memperjuangkan agenda atau pun pesaka perjuangan yang ditinggalkan oleh Bapak Malaysia Tunku Abdul Rahman. Dalam erti kata lain Amanah akan memikul amanah dan aspirasi Tunku Abdul Rahman yang ternyata berjaya meletakkan asas dan tapak kukuh dalam pembinaan bangsa dan negara.

Sudah tentu kewujudan Amanah itu mengambil fungsi itu. Amanah adalah amanah dan responsbiliti untuk meneruskan jihad dan matlamat perjuangan yang jelas dan sudah diterima umum. Kenapa ia diwujudkan juga mungkin kerana pemimpin Ngo itu keliru dan tidak yakin dengan peranan dimainkan oleh parti-parti politik hari ini khasnya Umno dan BN dalam mempersatukan rakyat Malaysia menjadi satu warga yang bersepadu dalam erti kata apa yang menjadi cita-cita dan harapan bersama.

Secara umum dapat difahami kewujudan Amanah ialah untuk dijadikan wadah atau forum rakyat negara ini menyampaikan apa-apa suara atau rintihan jiwa mereka kepada kerajaan yang sukar dilakukan. Khasnya suara itu dari bekas pimpinan Umno dan juga ahli yang komited tetapi terhalang kerana sebab-sebab tertentu misalnya masalah kepuakan dan kroni. Begitu juga halnya dengan BN... di mana ahli-ahli yang mempunyai pandangan dan idea tidak dapat tembus untuk menyampaikan buah fikiran mereka.

Tengku Razaleigh sendiri banyak menyatakan dan mengeluh kesal dengan parti Umno diuruskan sekarang ini. Ahli Umno sudah tidak dapat memberi pandangan atau membuat teguran kerana birokrasi begitu menebal dalam Umno. Perhimpunan Umno hanya mengendorsekan apa-apa yang telah ditetapkan oleh pucuk pimpinan tertinggi saja. Dalam kata lain forum tahunan itu bukan sesuatu yang realistik lagi melainkan...beg perwakilan yang berubah wajah setiap tahun.

Gara-gara itu menjadikan ahli Umno mandul, tidak merasakan mereka ada wibawa sebagai ahli kerana suara mereka disekat dan dihalang. Sebab itu juga rumusan dan konklusi yang dicapai dalam himpunan itu hambar dan tidak dilaksanakan dan bersepai begitu saja. Sebabnya Umno sudah tidak ada roh dan semangat.

Bertolak dari itu saya tampak Amanah ditubuhkan untuk menjadi saluran. Saluran ini juga tentulah bukan saja kepada ahli Umno, tetapi ahli mana-mana parti saja dalam BN tetapi kepada seluruh rakyat dan warga yang lain khususnya generasi muda.

Mengenai ke mana Amanah selapas ini apakah ia menjadi sebuah badan politik atau tidak, belum tentu. Tetapi kalau Ngo ini mendapat sambutan dan kepercayaan saya yakin Amanah boleh muncul menjadi Ngo yang bertindak sebagai suara kedua selain dari politik negara ini. Gerakan ini boleh bertukar daripada badan pemantau kepada badan bertindak. Suara ini akan jadi penting dan besar kalau keahliannya dalam jumlah yang besar.

Apa yang penting juga sama ada Ngo ini akan dihormat atau tidak ia bergantung kepada bagai mana ia diuruskan. Kalau ia dijadikan alat politik murahan tidak mustahil ia akan dianggap sama saja dengan Ngo-Ngo lain yang sudah wujud berlambak sebelum ini. Amanh akan gah diawal tetapi akan pudar di hujung.

Justeru kita berharap Amanah akan menjadi wadah tempat dimana berhimpunnya suara yang tidak berpuas hati kepada gelagat politik. Hendaknya Amanah akan menajadi wadah kepercayaan rakyat negara ini. Mungkin ia sukar diyakini sebab sebahagian besar pemimpinnya orang politik, tetapi itu tidak menjadi masalah kalau keputusan, pandangan dan rumusan yang dibuat tadi bersikap adil, berlandaskan kepada perjuangan bangsa dan tidak miring kepada kepentingan peribadi dan satu-satu pihak ia akan berjaya.

Mengambil amanah Tunku Abdul Rahman sebagai teras dan intipati perjuangan, maka tidak ada sebab untuk orang lain melihat kehadiran Amanah sebagai sesuatu yang menganggu perjuangan dan agenda parti politik lainnya. Amanah adalah arkit tempat rujukan mereka yang mahu melihat Malaysia ini terbentuk mengikut acuan awalnya... menjadi satu negara yang didalamnya terbentuk satu bangsa dari berbagai kaum.

Selamat berjaya Amanah
http://msomelayu.blogspot.com

17 comments:
Write comments
  1. Harap NGO Amanah ini boleh membenarkan ahli-ahli mereka untuk mengeluarkan pendapat masing-masing.

    ReplyDelete
  2. Harap ahli-ahli parti Umno diberikan kebebasan bersuara dalam persidangan supaya masalah boleh dibangkitkan dan dibincang bersama.

    ReplyDelete
  3. UMNO harus memberi peluang brsuara kepada ahlinya.

    ReplyDelete
  4. harap Amanah berjaya dalam perjuangan mereka.

    ReplyDelete
  5. kini Amanah sudah pun didaftarkan sebagai sebuah NGO yang sah.

    ReplyDelete
  6. harap Amanah akan menjalankan peranan mereka dengan baik..

    ReplyDelete
  7. tunggu la nanti macam mana Amanah ini memainkan peranannya sebagai NGO kelak..

    ReplyDelete
  8. kili.. peluang bersuara sentiasa diberikan oleh umno kepada ahli2nya.. tapi biasa la kalau sudah masuk level veteran politician ni, kalau boleh dorang mahu suara mereka saja kena dengar..

    ReplyDelete
  9. All the best Amanah. Hope you can perform instead end up as NATO.

    ReplyDelete
  10. Datuk Wilfred jadikah sertai Amanah?

    ReplyDelete
  11. walaupun melepaskan jawatannya sebagai timbalan presiden UPKO, harap2 dalam Amanah ni Wilfred masih terus mnemperjuangkan nasib orang2 Sabah.

    ReplyDelete
  12. Semoga Amanah mampu memberi impak yang berkesan dan positif.

    ReplyDelete
  13. Taniah kepada Amanah telah sah sebagai NGO berdaftar.

    ReplyDelete
  14. Mari kita tunggu apakah perancangan Amanah ini sebenarnya dalam penubuhan NGO.

    ReplyDelete
  15. Tahniah kepada Amanah juga akhirnya penantian selama 3bulan memberi khabar gembira bila telah sah menjadi NGO.

    ReplyDelete
  16. Amanah khabarnya berorientasikan fahaman sosialis tidak ubah seperti IDEAS dimana Aziz Bari adalah felonya .Pohon penjelasan mengenai matlamat sebenar penubuhan amanah.janganlah menjadi satu lagi proksi seperti IKD dan IDEAS.

    ReplyDelete
  17. Kalau dah jd NGO buatlah perangai mcm NGO. Jgn berlagak mcm parti politik!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.