Thursday, November 10, 2011

Prestasi unggul dekatkan PR dengan Putrajaya

http://hornbillunleashed.files.wordpress.com/2009/10/pakatan-rakyat.gif?w=219&h=146JOM kita pakat angkat dua-dua ibu jari tangan kepada Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dato' Seri Azizan Abdul Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Lim Guan di atas prestasi terbaik mereka menguruskan amanah rakyat.

Mereka berjaya mengemudi negeri-negeri di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat dengan baik di sebalik pelbagai kekangan dan tekanan yang dihimpitkan Kerajaan Persekutuan.

Prestasi Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, jauh mengatasi kerajaan-kerajaan negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional, walaupun dilimpahkan dengan pelbagai bantuan dan sokongan Kerajaan Persekutuan.

Kita juga percaya jika Perak tidak dirampas, nescaya Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, akan termasuk dalam kelompok terbaik ini.

Mereka berempat harus dipuji kerana berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara mengiktiraf kejayaan mereka menguruskan negeri dengan cemerlang, berjaya menambah pendapat negeri, berjaya mengawal perbelanjaan dengan berhemah dan menunjukkan kebolehan menguruskan ekonomi negeri dengan berhemah.

Berbanding negeri di bawah pimpinan Umno-BN, yang menerima teguran dan kritikan keras Ketua Audit berikutan prestasi hambar pentadbiran mereka.

Sekurang-kurangnya rakyat kini, boleh 'membuka mata', membuat perbandingan dan menilai kemampuan Pakatan Rakyat berbanding BN.

Walaupun Pakatan Rakyat ditohmah pagi petang, siang malam oleh media-media tali barut Umno-BN, namun fakta dan petunjuk ekonomi, jelas membuktikan bahawa Pakatan Rakyat bukan sahaja boleh membuktikan ia mampu mentadbir, malah mentadbir lebih baik daripada BN.

Tekanan dan fitnah yang dilemparkan media tali barut BN terhadap negeri-negeri Pakatan Rakyat bukan calang-calang. Sepanjang lebih tiga tahun ini, jika kita perhatikan, tiada apa yang baik daripada Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Negeri pimpinan BN semuanya bagus, diurus dengan baik, banyak pelabur dan macam-macam lagi ditonjolkan.

Tetapi malangnya pembohongan media pengampu ini tidak bertahan lama. Caci maki mereka terhadap Pakatan Rakyat, ditempelak oleh Laporan Audit Negara. Negeri yang ditohmah tidak pandai memerintah, huru-hara kerana parti gabungan didakwa berpecah belah, sebaliknya membuktikan prestasi ekonomi yang cemerlang. Cemerlang menguruskan hasil negeri, berhemah dalam membelanjakan hasil.

Negeri BN yang senantiasa baik di mata mereka, sebaliknya di perintah oleh manusia yang hampas, penuh dengan amalan rasuah, kronisme dan nepotisme. Negeri pimpinan BN cemerlang dalam menimbunkan hutang, boros dalam membelanjakan hasil yang diperolehi.

Fakta ini seharusnya cukup menjadi asas kepada pegawai-pegawai kerajaan di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Gaji anda dibayar rakyat yang mendokong kerajaan yang memerintah. Pegawai-pegawai kerajaan jangan lagi menjadi tali barut Umno-BN. Jangan mengulangi unsur-unsur sabotaj.

Pegawai kerajaan harus sedar bahawa, sebagai ketua kerajaan negeri dan pentadbir, Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada BN.

Dengan bukti-bukti jelas ini, khususnya fakta angka yang terdapat dalam Laporan Audit Negara, Pakatan Rakyat boleh mencabar BN, bahawa ia mempunyai kredibiliti yang tinggi, berintegriti, transparen dan akauntibiliti sebagai kerajaan.

Pakatan Rakyat bukan lagi pencabar kepada BN, malah ia adalah alternatif kepada BN. Alternatif untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Kebangkitan rakyat akan berterusan untuk menempatkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di Putrajaya. Pakatan Rakyat adalah government in-waiting, insya'Allah.

Oleh MOHD RASHIDI HASSAN

19 comments:
Write comments
  1. Go pakatan...teruskan perjuangan hingga ke Sabah...tunjukkan pad a umum Dan rakyat pad a pru 13 ini..hantr risalah2 rakyat bansa pakatan boleh...

    ReplyDelete
  2. Harap rakyat sendiri boleh menilai setiap parti yang bertanding untuk memilih satu parti yang dianggap lebih sesuai untuk memimpin di Putrajaya.

    ReplyDelete
  3. Kita tunggulah dan lihat PRU-13 untuk menentukan kerajaan yang kita ingini.

    ReplyDelete
  4. tapi dilihat negeri2 yang ditadbir PR juga mempunyai byk masalah.

    ReplyDelete
  5. kita sebagai rakyat kena pandai menilai parti mana yang lebih baik.

    ReplyDelete
  6. di negeri yang ditadbir PR pun banyak masalah juga, contohnya isu air di Kelantan..

    ReplyDelete
  7. rakyat pandai-pandailah menilai dan membuat pilihan..

    ReplyDelete
  8. saja Pakatan mahu mengaburi mata rakyat. siapa kata Pakatan bersih dari rasuah, kronisme, nepotisme, hutang....??sendiri ada.

    ReplyDelete
  9. apapun, selamat berjuanglah. harap bukan angan2 kosong saja.

    ReplyDelete
  10. hakikatnya sama ada penemuan audit ke atas prestasi kewangan negeri2 Pakatan menunjukkan kelemahan atau kemajuan, semuanya akan dibaca sama sahaja oleh media mereka.. sampai bila pun kerajaan Pakatan ini tidak akan ada kelemahan, semuanya sempurna..

    ReplyDelete
  11. Semuanya dalam pilihan rakyat. Tidak ada yang akan berubah jika rakyat tidak inginkan perubahan.

    ReplyDelete
  12. Jika sesuatu parti itu memberikan komitmen yang penuh, itu yang akan menjadi pilihan rakyat.

    ReplyDelete
  13. kerajaan yang baik ialah bila kelemahan dan kemajuan disebut dalam barisan yang sama. tidaklah memilih hanya yang baik2 untuk ditunjuk kepada rakyat, yang tidak baik pun diakui sebagai kelemahan dan diambil tindakan..

    ReplyDelete
  14. Tiada yang sempurna. Di sebalik cerita2 positif, tentu ada negatifnya juga. Apa2 pun, yang baik itu perlu diteruskan.

    ReplyDelete
  15. Nampak seperti keterlaluan artikel ini dengan tidak mengambil kira kegagalan kerajaan negeri Pakatan dalam mengurus tadbir negeri seperti isu pengambil alihan tanah di Pulau Pinang,kerugian yayasan Selangor dan Syarikat Semesta di Selangor,pengurusan banjir yang tidak efisien di Kedah.Diharap memberi lebih keadilan dalam membuat pernyataan.

    ReplyDelete
  16. Baru 3 negeri. Mampukah PR menjaga sebuah negara?

    ReplyDelete
  17. Mari rakyat buat penilaian sendiri. Cuma dengan 4 negeri, peruntukan pun dari kerajaan persekutuan juga. Bukan dari orang lain.

    ReplyDelete
  18. Benarkah PR dapat membuat yang terbaik? Kalau ekonomi baik tapi sosial hidup rakyat tidak baik tidak guna juga. Kelantan menjadi contoh negeri yang tertinggi dengan HIV/AIDS. Di Pulau Pinang mereka ditindas kerana mereka ini adalah kaum moniriti. Apa guna ekonomi maju dan membangun kalau rakyat hidup susah dan sengsara.

    ReplyDelete
  19. Kabaikan pakatan dalam takbir urus yang ditujukan oleh Audit Negara harus kita akui dan kelemahan patut ditegur secara membena agar kebaikan dapat kita rasai bersama hal BN ke Pakatan ke tak kiralah yang penting rayat bersama untuk meningkatkan usaha yang baik pada landsan-nya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.