Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menimbulkan kebimbangan beliau mengenai kenaikan mendadak jumlah pengundi pos di kawasannya seperti yang tercatat pada daftar pemilih yang terbaru yang dikeluarkan pada 2 Nov lalu.
Bercakap di lobi Parlimen hari ini, Nurul Izzah berkata bilangan pengundi pos naik 1,363 peratus, dalam tempoh dua bulan. Jumlah itu hanya 149 orang pada 26 September tahun ini tetapi naik kepada 2,180 pada 2 November.
Lebih buruk lagi, kata Nurul Izzah, semakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan bahawa 457 pengundi pos ini adalah dari Kampung Bohol di Bukit Jalil yang berada di luar kawasan Lembah Pantai.
"Terdapat 2,180 anggota polis yang merupakan pengundi pos, dan ini tidak termasuk isteri-isteri mereka. Majoriti kemenangan PKR di Lembah Pantai pada pilihan raya umum yang lalu adalah 2,895 undi."
Nurul Izzah berkata bahawa perkara itu diadukan kepada SPR dengan satu salinan dikemukakan kepada Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC). -MK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Baik pengundian pos ini dimansuhkan kerana banyak masalah yang timbul.
ReplyDeleteHarap proses pengundian dalam pilihan raya akan berjalan lancar, adil dan bersih.
ReplyDeleteminta PSC bertindak..
ReplyDeletebukankah undi pos akan ditukarkan kepada undi awal.
ReplyDeleteapapun, kena pastikan senarai pengundi tidak ada masalah.
ReplyDeletebiarlah SPR menguruskan dengan sebaiknya..
ReplyDeletekita tunggu keputusan perbincangan Jawatankuasa Khas Parlimen samada akan mansuhkan undi pos atau sebaliknya.
ReplyDeletejika perkara ini diragui baik siasat. manatau ada pengundi hantu atau sebagainya.
ReplyDeletesetuju dengan kili, kena pastikan senarai pengundi tidak mempunyai sebarang masalah.
ReplyDeletePasti ada kesilapan yang berlaku. Siasatan harus dijalankan.
ReplyDeleteSemakan semula harus dijalankan bagi memperbetulkan jika terdapat kesilapan.
ReplyDeleteMansuhkan saja pengundian pos. Banyak keraguan dan senang dimanipulasi.
ReplyDeleteAmbil tindakan awal2 jika ada sebarang kesangsian.
ReplyDeletemonyet, bakas n anjing pun akan didaftarkan oleh SPR sbg pengundi yg sah. pengundi2 sah pilak, indon n pakistan sdh berlaku di sabah. betul2 lah SPR ni hanyalah penjilat biji n kelentit UMNO...
ReplyDeleteUndi Pos adalah perlu kerana sistem ini bukan diamalkan di Malaysia saja malahan ditempat-tempat lain bagi memenihi keprluan mereka yang tidak dapat hadir seperti rakyat malaysia diluar negara,tentera dan sebagainya.Perkara melibatkan undi Pos ini sering dimainkan ketika pilihanraya.SPR dilihat releven dalam isu ini bagi menyiasat perkara ini .Jangan terpedaya dengan tuduhan pihak2 yang sering memainkan isu ini.
ReplyDeleteHarap Undian POS ini akan dikawal sebaiknya oleh SPR.
ReplyDeleteIni sengaja dimainkan dalam politik. Bagi menarik publisiti parti berkenaan dan menjatuhkan parti lain. Strategi kata kan.
ReplyDelete