Tuesday, November 8, 2011

Projek Fidlot : Hambat Menteri Sampai Masuk Kandang

azlanKerajaan Persekutuan digesa menjelaskan dakwaan penyelewengan wang rakyat di dalam Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diusahakan keluarga menteri dan sehingga kini sudah menelan belanja RM250 juta.

Perdana Menteri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar dan Datuk Seri Shahrizat Jalil juga harus menjelaskan tentang pembohongan yang berlaku mengenai status pinjaman yang diberikan kepada NFC.

Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli dalam kenyataan medianya berkata, tindakan Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berbohong di Dewan Rakyat mengenai status pinjaman yang diberikan kepada NFC adalah perkara serius.

Justeru beliau menggesa Dewan Rakyat untuk mempertimbangkan tindakan tata tertib sewajarnya kepada kedua-dua mereka atas tindakan mereka yang menghina Dewan Rakyat.

Najib pada 1 November lalu memberitahu Parlimen setakat ini hanya RM181.9 juta daripada peruntukan RM250 juta disalurkan kepada NFC, syarikat milik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

Sementara Noh Omar pada 31 Oktober lalu berkata, RM250 juta kepada NFC belum disalurkan sepenuhnya.

Bagaimanapun menurut Rafizi, rekod kewangan NFC menunjukkan kesemua RM250 juta itu disalurkan sepenuhnya kepada Shahrizat sebelum 31 Mac 2009 lagi.

"Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008.

"Pada 31 Mac 2009, NFC membuat drawdown kedua berjumlah RM120 juta yang dimasukkan terus ke akaun Maybank milik NFC," katanya.

NFC sebelum ini mencuri perhatian ramai apabila ia dikendalikan syarikat Agro Science Sdn Bhd yang dimiliki suami Shahrizat, Datuk Mohamad Salleh.

Syarikat itu sepatutnya membekalkan 60 ribu ekor lembu dalam masa lima tahun di bawah RMK 9 namun dalam tiga tahun pertama operasinya, ia hanya mampu membekalkan 8,016 ekor lembu.

Menurut Rafizi, kerajaan BN dijangka melupuskan hutang syarikat Shahrizat dengan kerajaan kerana operasi ternakan lembu syarikat itu rugi besar dan tidak mampu membayar kembali pinjaman yang diberikan Kerajaan Pusat.

"Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 dan 31 Disember 2009, NFC mengalami kerugian sebanyak RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009)," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

"Jika ini berterusan, kerajaan pusat tidak ada pilihan lain kecuali melupuskan pinjaman RM250 juta yang diberikan kepada NFC seperti amalan sebelum ini yang membabitkan Perwaja dan syarikat-syarikat berkepentingan lain," ujar Rafizi.

Kerugian besar itu juga berpunca tindakan Shahrizat memberikan diskaun besar kepada restoran mewah milik keluarganya sendiri yang membeli daging lembu daripada NFC.

"Tindakan ini bertentangan dengan prinsip tata kelola yang baik apabila NFC yang dibiayai wang rakyat memberi subsidi kepada restoran mewah yang dimiliki oleh keluarga seorang menteri," tegasnya. -tvsnews

18 comments:
Write comments
  1. SPRM tak mahu siasatkah? Atau kena suruh tutup mulut!

    ReplyDelete
  2. Harap kerajaan persekutuan akan membuat penjelsan yang sewajarnya mengenai isu NFC ini.

    ReplyDelete
  3. Baik perkara ini disiasat oleh SPRM untuk membuktikan kesahihan dakwaan ini.

    ReplyDelete
  4. hal ini perlu diperjelaskan.

    ReplyDelete
  5. Kenapa hanya sebuah syarikat sahaja diberi projek itu? Kenapa tidak agih2 kan supaya lebih banyak lembu dapat dibekalkan?

    ReplyDelete
  6. Kes ini hanya hanya akan menambahkan kesangsian rakyat.

    ReplyDelete
  7. SPRM perlu menyiasat masalah ini.

    ReplyDelete
  8. Dato’ Seri Shahrizat Jalil sebagai menteri yang berkepentingan dalam projek ini dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai bekas Menteri Pertanian dan Agro Industri yang terlibat menganugerahkan projek ini kepada rakan menteri beliau tidak boleh lagi terus berdiam diri. rakyat memerlukan penjelasan segera mengenai kegagalan projek nasional yang menelan belanja besar ini.

    ReplyDelete
  9. kalau pihak tersebut enggan bagi penjelasan, baik tunggu sprm saja yang siasat..

    ReplyDelete
  10. sebenarnya terdapat dua syarikat yang dipilih untuk melaksanakan projek ini tetapi salah satu daripada syarikat tersebut telah menarik diri. Oleh itu, syarikat Agroscience Industries, yang menubuhkan National Feedlot Corporation Sdn Bhd sebagai integrator (di mana kerajaan memegang saham Golden Share), telah diberi tugas melaksanakan projek ini.

    ReplyDelete
  11. ini hanyalah agenda politik pihak pembangkang. persoalan boleh terjawab di sini- http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2011/11/isu-berkenaan-national-feedlot-corpnfc.html

    ReplyDelete
  12. 1. 60,000/5 tahun...ttp 3 tahun pertama hanya 8,016 shj! betullah bilang pembangkang, "BN jgn tipu, kita bukan sapi, kita pandai kira". sahlah, noh omar adalah SAPI! dlm UMNO jg ada kera KJ, so najib sebenarnya penjaga zoo UMNO???

    2. MACC kena picit bijinya [towkaynya UMNO], mana mau siasat...

    3. klu pinjaman dilupuskan oleh kerajaan sbb sykt rugi, tahniahlah ButuNaik!!!

    ReplyDelete
  13. tunggu sajalah penjelasan berhubung pekara ini..tidak perlu membuat pelbagai andaian..

    ReplyDelete
  14. Mana SPRM dalam hal ini? SPRM seharusnya dapat melakukan penyiasatan.

    ReplyDelete
  15. Kita tidak tahu lagi kebenaran dakwaan ini. Mungkin ini cuma rekaan semata-mata untuk menjatuhkan pemimpin utama BN. Harap pihak berkuasa menjalani siasatan berhubung dakwaan ini.

    ReplyDelete
  16. Itu menteri hanya pandai jaga kebajikan wanita bukan jaga kebajikan lembu itu pasal rugi kalau ini macam bangkarap lah duit rayat oleh dia orang ini akibat terlalu lama memerintah 1 Malaysia.

    ReplyDelete
  17. harap hal sebenar bagi hal ini akan didedahkan.

    ReplyDelete
  18. Berita gempar wang projek lembu digunakan beli kodominium RM9.8 Juta tersebar so apa dah jadi nie harap pihak tertentu seperti SPRM jangan kuat tidur tapi siasat untuk kepastian.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.