Kerajaan Barisan Nasional yang cuba menjadi juara rakyat dengan meniru Bajet 2012 Pakatan Rakyat dilihat lebih membawa kerugian, malah mungkin membankrapkan negara.
Ianya dilihat sebagai satu lagi projek pembaziran oleh kerajaan BN apabila mengumumkan akan menambah 2,000 pekerja tambahan untuk menguruskan permohonan bantuan RM500 kepada keluarga yang berpendapatan isi rumah kurang dari RM3,000.
Adun DAP Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, keputusan kerajaan yang memperuntukkan RM1.8 bilion untuk menjalankan program itu menjelaskan maksud sebenar mereka yang tergesa-gesa mengejar populariti.
Menurutnya, kos mengurus untuk membantu orang miskin lebih tinggi daripada jumlah dan nilai yang akan diterima oleh orang miskin, dan semuanya ini bakal ditanggung oleh pembayar cukai.
Beliau berkata, kos tinggi yang terpaksa kerajaan persekutuan tanggung, iaitu sebanyak RM36 juta setahun jika gaji purata ialah sebanyak RM1,500 sebulan untuk 2,000 pekerja tambahan ini.
“Satu ketika dahulu, kerajaan persekutuan yang didalangi BN mengkritik hebat dasar Pakatan Rakyat kerana dikatakan akan menjadikan kerajaan bankrap.
“Kalau dasar Pakatan akan membankrapkan kerajaan, mengapakah BN pula melaksanakannya sekarang?
“Malah kerajaan persekutuan di bawah UMNO pula dilihat cuba menggunakan duit kerajaan untuk memperkayakan ahli-ahli mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Lau yang juga Setiausaha Organisasi DAP Selangor, berbanding Belanjawan 2012 Pakatan, peruntukan RM1.8 bilion oleh kerajaan persekutuan langsung tidak memperuntukkan satu sen pun untuk menampung perbelanjaan emolumen.
Justeru beliau mempersoalkan sama ada kerajaan BN sedar akan banyak kepincangan mereka sendiri, sehinggakan perlu mengupah 2,000 pekerja tambahan dan kos tersebut akan dimasukkan dalam Bajet Tambahan.
Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap kenyataan Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni kelmarin bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu mengupah seramai 2,000 pekerja tambahan untuk menguruskan program tersebut.
“Mengapakah kerajaan persekutuan tidak menggunakan tenaga kakitangan sedia ada untuk melaksanakan dasar ini?
“Adakah kerajaan persekutuan akan mengambil ahli-ahli UMNO untuk menjalankan program ini dan sekaligus menjadikan dasar ini alat pancing undi?
“Jikalau ini ialah apa yang berlaku sebenarnya, maka ini menunjukkan kerajaan persekutuan tidak merancang program ini sebaik-baiknya daripada permulaaan,” katanya. – Roketkini
Saturday, November 5, 2011
Tiru Tapi Perlaksanaan Tak Betul?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apapun semoga ini dapat menyelesaikan masalah yang timbul dan dapat memperbetulkan keadaan.
ReplyDeleteTidak kiralah itu idea siapa pun, yang penting kita dapat terselamat daripada bankrupt...
ReplyDeletekita lihat apa yang berlaku di Selangor, kerajaan Pakatan mengurangkan jawatan terutamanya dalam GLC negeri dengan menamatkan kontrak pekerja, ataupun memecat mereka, dengan alasan kononnya untuk mengurangkan kos operasi. dalam masa sama, mereka tambah pula jawatan2 lantikan politik daripada kalangan ahli DAP dengan tangga gaji gred yang lebih tinggi. Satu silap mata mudah untuk menipu rakyat.
ReplyDeletekan bagus kerajaan mengambil 2000 pekerja tambahan.. bukankah pemimpin2 Pakatan juga sering melaung2kan lebih banyak peluang pekerjaan disediakan?? bila kerajaan sediakan, dia kata pula untuk ahli2 umno.. saya rasa jika Pakatan mentadbir negara ini, bertambah2 la jumlah pengganggur di negara ini..
ReplyDeletebantuan ini pun pembangkang nak pandang negatif. sepatutnya mereka sokong usaha membantu rakyat.
ReplyDeletetiru ataupun bukan, bajet tu untuk rakyat juga..
ReplyDeleteTakkan suka2 nak buat keputusan tanpa perancangan yang teliti?
ReplyDeleteMana perancangan kerajaan yang pembangkang sokong? Tentu ada saja yang akan mereka kritik. Biasalah tu.
ReplyDeletePas MB Nik Aziz bayak puji BN semasa T.Mahadir dan pernah puji Najib semasa pergi Thailand masa tu bergolak negara tu tapi Nik Aziz puji asalkan benda yang baik tapi tak pernah pula BN puji PAS setatahu aku pula.Apapun saya berterima kerajaan kasih atas pemberian ini sebab benda yang baik.
ReplyDeleteKerajaan perlulah membuat keputusan yang terbaik untuk rakyat dan negara.
ReplyDeleteApapa cadangan yang baik daripada kerajaan sendiri ataupun pembangkang bolehlah dijadikan contoh, yang penting rakyat yang mendapat kebaikan.
ReplyDeletepada saya ada betul juga apa yg pembangkang komen pasal pembayaran RM500 tu. pembangkang cakap pasal penjimatan perbelanjaan. kakitangan LHDN dah ada pun, kenapa nak upah pekerja semantara untuk urus benda ni? pemberian yang tergesa gesa sebanyak RM500 pada saya boleh jadi sebagai umpan pilihanraya saja. RM500 ni boleh diberi sepanjang masa sehingga semua yg layak akhirnya dapat juga RM500 tu. buang karan saja bahas benda ni skrg. tiba masa bila berlaku depan mata baru kita bahas balik terutama siapa pekerja yang dilantik sebagai pekerja mengagihkan RM500 tu. kalau ternyata pekerja tu ahli umno, tepulkah dada tanya selera,..
ReplyDeletekuasa ditangan rakyat,tiap lima tahun kuasa kita digunakan,apa salahnya kita bagi peluang kerajaan baru memerintah mengantikan BN,klu tak bagus juga kita tukar balik lima tahun akan datang.Ini baru pengundu bijak,cerdik dan matang.Bukan asyik2 jd bodoh,banggang dan palui undi yg tu juga balik2.Kena bagi RM50,RM100 sudah jadi bodoh,palui...ingat duit cam tu blh makan lima tahunkah.Cuba kunu org Sabah jd pandai sikit,ini tidak habis2 jd bodoh.Maaf ya.Jadilah pengundi yg bijak dan Matang.
ReplyDeletebajet 2012 tahun depan baru dilaksanakan, bagaimana pula pelaksanaan tidak betul sedangkan belum lagi dilaksanakan.
ReplyDeletebila kerajaan memberikan bantuan ianya wajar disokong bukan dipandang negatif.
ReplyDeletedaripada asyik mengkritik, lebih baik memberikan idea yang bernas...
ReplyDeleteapa kerajaan buat semua dikatakan salah walhal ini membuka ruang pekerjaan tidak kiralah baik dari bersifat sementara mahupun kekal.ini jauh lebih baik dari kenyataan TOny Pua yang mahu membuang kakitangan awam kononya dengan memilih mereka yang hanya produktif .Ini sememangnya satu rancangan jahat untuk menaikkan orang-orang mereka sahaja.
ReplyDeleteKerajaan tahu apa yang mereka lakukan. Tidakkan kerajaan ikut suka hati saja tanpa mengira kewangan yang ada. Sudah pasti kerajaan telah melakukan kajian sebelum melaksanakannya.
ReplyDeleteMari kita lihat setakat mana dakwaan Pembangkang dengan bajet kerajaan ini.
ReplyDeleteKerajaan perlulah berusahalah melakukan yang terbaik untuk rakyat.
ReplyDelete