Sunday, November 13, 2011

SAMM: BERSIH 3.0 Dilancar Bila-bila Masa

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membayangkan perhimpunan Bersih 3.0 akan diadakan kerana mendakwa kerajaan tidak membuat apa-apa bagi menambak baik perjalanan pilihan raya.

Bersih 3.0 bertujuan untuk memberi kata dua kepada Perdana Menteri sama ada melakukan perubahan sistem pilihanraya terlebih dahulu sebelum PRU13 atau berdepan dengan satu lagi perhimpunan protes rakyat terbesar.

Bersih 3.0 akan turut memantau perjalanan PSC supaya ia tidak dilengah-lengahkan dengan sengaja di atas muslihat tertentu.

Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharim berkata, “Bersih 3.0 sedia dilancarkan bila-bila masa dari sekarang.”

“Setakat ini, kerajaan melalui agensi SPR dilihat masih tidak membuat apa-apa pendekatan awal untuk baik-pulih sistem pilihanraya terutamanya dalam aspek tuntutan yang tidak memerlukan perubahan akta seperti penggunaan dakwat kekal.

Tekan BN

“Justeru itu, Bersih 3.0 sedia dilancarkan bila-bila masa dari sekarang demi memastikan BN benar-benar menunaikan janjinya terlebih dahulu sebelum membubarkan parlimen.

“Tarikhnya sudah dipilih dan akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard.

Beliau menambah, timbul pelbagai spekulasi negatif terhadap SPR dan JPN dalam isu kewarganegaraan segera untuk membenarkan warga asing mengundi dan juga spekulasi memanjangkan penggunaan undi pos kepada anggota Rela dan penjawat awam selain polis dan tentera.

Katanya, Ini sama sekali bukan satu usaha baik-pulih sistem pilihanraya tetapi melacurkan sistem pilihan raya demi untuk terus berkuasa. -FMT

19 comments:
Write comments
  1. 1.5 juta pemilih/pengundi yg meragukan di sabah...BERSIH 3.0 bukan lg 1 option ttp sesuatu yg mesti dilakukan. dicadangkan supaya rally ini dilancarkan serentak di setiap ibu negeri supaya haji logiut najib x cukup anggota polis utk menutup laluan keluar/masuk di setiap bandar...

    ReplyDelete
  2. Perhimpunan seperti ini hanya akan menganggu ketenteraman awam! Ingat apa yang telah berlaku bila perhimpunan yang pertama merkea lancarkan? Menyusahkan banyak pihak.

    ReplyDelete
  3. Bila ada yang cedera, polis pula dituduh berlaku kejam, sedangkan jika tidak ada perhimpunan seperti itu polis tidak akan bertindak tegas.

    ReplyDelete
  4. Harap kerajaan dan SPR akan bekerjasama dengan Bersih untuk mencapai Pilihanraya yang adil dan bersih.

    ReplyDelete
  5. Kita tunggulah dan lihat bagaimana nanti.

    ReplyDelete
  6. Perhimpuanan lalu menjadi kucar- kacir kerana gangguan polis. Orang yang menyokong kemungkaran sahaja yg. menulak perhimpunan.

    ReplyDelete
  7. dear hecktor:

    x pula anda komplen klu yg buat demo ialah UMNO, perkasa @ NGO pro kerajaan...

    sudah lama tuntutan penambahbaikan proses pilihanraya ttp gov buat x tau sj. masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. selepas BERSIH 2.0, baru la ada reaksi +ve kerajaan. ada kalanya, utk memungkinkan sesuatu berlaku, perlunya sedikit elemen paksaan.

    ReplyDelete
  8. Another wake up call?

    ReplyDelete
  9. Kerajaan harus bijak atasi masalah negara ini.

    ReplyDelete
  10. perhimpunan hanya menimbulkan imej yang tidak baik dan menjejaskan banyak pihak seperti peniaga..

    ReplyDelete
  11. sebarang pekara haruslah dicari penyelesaian dengan sebaiknya..

    ReplyDelete
  12. teruskan menjadikan rakyat sebagai perisai, dan teruskan usaha menakut2kan pelabur, dan teruskan menyusahkan orang awam yang lain.. semua ini penting bagi merealisasikan hasrat pembangkang merampas kerajaan..

    ReplyDelete
  13. saya juga teringin mahu buat protes kepada spr berkenaan dengan kerejaan PAS Kelantan.. bagimana parti yang tidak banyak membantu menyelesaikan masalah rakyat itu malah sentiasa berhadapan dengan protest rakyat Kelantan boleh kekal mentadbir negeri itu..

    ReplyDelete
  14. Jawatankuasa Khas Parlimen masih menjalankan perbincangan tentang penambahbaikan pilihanraya. pasti kerajaan akan pertimbangkan 8 tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih.

    ReplyDelete
  15. kalau perhimpunan Bersih 3.0 dilancarkan adakah ini akan menyelesaikan segala masalah?

    ReplyDelete
  16. Neji saiapa yang merampas kerajaan bukankah UMNO? Umno merampas kerajaan di Sabah dan Perak. Nama pun U= Untuk, M= Merampas, N= Negeri, O=Orang

    ReplyDelete
  17. nampaknya ada juga orang suka pemerentahan dzolim dan rasuah mungkin mereka ini adalah gulungan IC projek mengintai kesempatan dalam kesempitan.

    ReplyDelete
  18. Apa pula kerajaan tidak membuat penambah baikkan. Kerajaan telah membuat jawatankuasa untuk membuat kaji selidik mencari kelemahan dan kekurangan dalam Pilihanraya. Jadi perkara ini bukan boleh selesai selama 1 hari tapi perlulah mengambil masa.

    ReplyDelete
  19. hentikanlah membuat perhimpunan yang menganggu keselamatan dan ketenteraman awam.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.