Thursday, August 4, 2011

Jawapan SPR Cuba Bodohkan Rakyat

Anggota parlimen Pakatan Rakyat menolak penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa isu pendaftaran penduduk tetap (PR) sebagai pengundi mungkin hanya masalah kemaskini.

"Ini tidak masuk akal," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (kiri) yang mewakili wakil rakyat Pakatan dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu, sebaliknya menyerahkan kepada Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman untuk membuat perjelasan kerana baru sahaja mengadakan pertemuan dengan pihak SPR negeri semalam.

SPR malam tadi menafikan terdapat penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi kerana hanya rakyat Malaysia boleh memohon bagi tujuan itu.

Sebaliknya, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof, kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Katanya, beliau fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaski.

Khairuddin (kanan) berkata, Abdul Aziz tidak dapat diterima kerana ia masih tidak menjawab persoalan bagaimana status penduduk tetap bertukar dalam tempoh beberapa jam.

Selain itu, tambahanya, timbul juga persoalan kenapa sistem dalam talian itu tidak dikemaskini secara automatik sejurus selepas maklumat baru diperoleh.

"Kalau tidak kemaskini, SPR kena kaji sistem itu," kata Khairuddin yang juga seorang pengamal undang-undang.

Sementara itu, beliau juga mendakwa mengenalpasti seramai 243 pengundi Cina di Paya Jaras namanya masih tercicir dalam daftar pemilih. -mk

15 comments:
Write comments
  1. SPR perlu telus,adil dan bersih dalam menjalankan tanggungjawabnya.

    ReplyDelete
  2. SPR kena pastikan tiada berlaku penyelewengan dalam daftar pemilih.

    ReplyDelete
  3. PKR juga akan memberi PR kepada pendatang asing, itu yang dijanjikan sebelum ini.

    ReplyDelete
  4. Apapapun, harap SPR akan mengkaji balik sistem yang digunakan.

    ReplyDelete
  5. SPR perlu pastikan tiada lagi masalah kemaskini selepas ini..

    ReplyDelete
  6. Tidak kiralah masalah sistem yang lambat update atau apa. Yang penting SPR dan JPN harus peka dan sistematik dalam pengendalian pengurusan mereka. Takkan makan gaji buta.

    ReplyDelete
  7. Kesilapan2 seperti inilah yang akan mengundang kontroversi dan provokasi.

    ReplyDelete
  8. Kejujuran & amanah perlu ada dalam menangani isu PATI.

    ReplyDelete
  9. Mungkin bukti dan bawa orangnya sekali berjumpa dengan SPR membuktikan kekukuhan bukti yang ada. Tidak ada guna bising kalau tidak ada bukti.

    ReplyDelete
  10. PAS risau akan kekalah pada PRU13 ini sehinggakan memainkan pelbagai isu untuk kepentingan politik mereka sendiri.

    ReplyDelete
  11. Memang tidak bermasuk akal. Mungkin mereka telah tersilap, harap tidak akan berlaku perkara ini lagi.

    ReplyDelete
  12. Kesiasatan perlulah dijalankan untuk memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi.

    ReplyDelete
  13. Masalah telah muncul dan penyelesaian telah dibuat.. Yang penting, masalah yang sama tidak berulang demi PRU yang adil kepada semua pihak. System pembaharuan perlu diadakan supaya masalah dapat ditangani.

    ReplyDelete
  14. The most important is SPR know well about what is the issues of the current procedure and system error, trim down the issue and look for solution. We accept mistakes but not to repeat same mistakes over and over again.

    ReplyDelete
  15. terdapat 9 cara untuk memohon kewarganegaraan yang mana setiap permohonan itu memerlukan masa yang berbeza untuk proses kelulusan. jika permohonan itu mengambil masa 14 hari, ada kemungkinan isu ini diambil pada waktu ia diluluskan.. berkenaan dengan daftar pemilih, individu yang dimaksudkan belum disahkan statusnya sebagai pengundi berdaftar..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.