Thursday, August 4, 2011

Atlet menembak kahwin lari

MELAKA - Seorang bapa merayu anaknya, seorang atlet menembak pelapis kebangsaan yang menghilangkan diri setelah kahwin lari tahun lalu supaya kembali ke pangkuan keluarga.

Azlan Maidin, 53, juga merayu anaknya, Nabila Ashazra, 20, (gambar) supaya meneruskan kembali latihan menembak di Majlis Sukan Negara di Kuala Lumpur demi masa depan.

Nabila adalah pemenang pingat emas acara Air Pistol di Kejohanan Menembak Asia Tenggara di Bangkok tahun lalu.

Dia bagaimanapun menghilangkan diri setelah dipercayai berkahwin dengan seorang lelaki berusia 44 tahun di Wilayah Pattani, Thailand pada 12 November tahun lalu.

Lebih menyedihkan keluarga atlet tersebut ialah lelaki berkenaan yang sudah mempunyai empat anak mengambil Nabila sebagai isteri ketiga.

Azlan menjelaskan, dia mula menyedari kehilangan Nabila setelah mendapat panggilan telefon daripada seorang wanita yang mendakwa sebagai isteri pertama lelaki tersebut pada 25 Julai lalu.

Menurutnya, dalam perbualan singkat itu, wanita tersebut mendakwa anak perempuannya itu kini berada di Kampung Kor, Lorong Kubur, Kota Bharu, Kelantan.

"Saya sangat risau kerana dia dikatakan berkahwin dengan seorang lelaki berusia 44 tahun dan sudah pun mempunyai dua isteri serta empat anak," katanya kepada pemberita di Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Negeri Melaka, Ayer Keroh di sini semalam. -Kosmo

10 comments:
Write comments
  1. Harap adik Nabila akan kembali ke pangkuan keluarganya tidak lama lagi.

    ReplyDelete
  2. kenapa perlu kahwin lari, kan baik dptkan restu daripada ibu bapa.

    ReplyDelete
  3. tidak patut dia membelakangkan ahli keluarga..harap dia akan kembali ke pangkuan keluarganya.

    ReplyDelete
  4. Ikutkan emosi & perasaan sehingga lupa keluarga.

    ReplyDelete
  5. sayangnya jika Nabila meninggalkan bidang sukan menembak yang telah pernah dijuarainya di peringkat Asia Tenggara. semoga dia dapat berfikir sebaiknya demi untuk masa depannya.

    ReplyDelete
  6. Jangan biar keluarga bersedih dan bimbang. Terutama sekali kedua ibu bapa kita. Syurga dicar dan bukannya neraka.

    ReplyDelete
  7. Isteri yang ketiga? Keluarganya memang kecewa malah sedih. Dia tak sepatutnya membuat ini maka menyedihkan orang yang sayang dia...

    ReplyDelete
  8. Kenapalah perlu kahwin lari. Memang menyakitkan hati ibubapa dan keluarga. Janganlah bersikap macam seorang budak kecil....

    ReplyDelete
  9. Ini memang remaja yang belum matang. Membuat orang menyakitkan hati sahaja..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.