PAS mendakwa telah mengesan lebih 1,000 penduduk tetap (PR) di Selangor, yang telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih yang layak mengundi, dan ini, menurut parti itu, mengukuhkan dakwaan bahawa masalah itu mungkin lebih daripada setakat 'kecuaian teknikal' Jabatan Pendaftaran Negara.
Selepas mengenalpasti kehadiran orang asing dalam senarai pemilih yang yang pengundi di Selangor, badan pemantau pilihan raya Pemuda PAS negeri itu, menggesa ahli di negeri-negeri lain supaya meneliti daftar tambahan pengundi yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya itu (EC) di kawasan masing-masing.
"Di Selangor ada lebih kurang 1,100 nama penduduk tetap (PR) ini sedang dibantah oleh pihak PAS negeri dan PAS negeri-negeri lain juga diharapkan dapat meneruskan bantahan yang serupa," kata pengarah jabatan pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzah.
Semalam, PAS Wilayah Persekutuan mendakwa telah mengesan 52 kes penduduk tetap disenarai sebagai pengundi apabila mengemukakan bantahan kepada SPR Wilayah Persekutuan.
Sama seperti Malaysiakini yang mengesan seorang penduduk tetap bernama 'Mismah', setiausaha PAS kawasan Titiwangsa, Hedzer Ibrahim berkata pada jam 3 petang, 52 penduduk tetap tersebut telah dikategorikan sebagai warganegara Malaysia. -MK
Wednesday, August 3, 2011
1,100 PR dalam daftar pengundi S'gor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kalau lebih seribu tu memang bukan kecuaian teknikal tapi suatu tindakan yang disengajakan.
ReplyDeletedaftar pengundi kena disemak semula.
ReplyDeleteSiasat dahulu sama ada ini hanya kecuaian teknikal daripada jabatan pendaftaran.
ReplyDeleteNampaknya Pilihan Raya akan datang tidak lama lagi jika semua pun sibuk pasal pendaftaran pengundi.
ReplyDeletepekara ini perlu diberikan perhatian. penjelasan perlu diberikan untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.
ReplyDeletepekara ini perlu diberikan perhatian. penjelasan perlu diberikan untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.
ReplyDeleteRakyat muak sudah dengan alasan2 yang tak munasabah.
ReplyDeleteOrang yang kerja di JPN makan gaji buta kah? Takkan malas sangat nak kemaskini maklumat sampai 1100 PR tertangguh?
ReplyDeleteNampaknya PAS seperti ketakutan sehinggakan menjadikan ini isu perjuangan mereka. Selagi rakyat menyokong PAS selangor maka tidak perlulah risau. Lainlah jika rakyat kurang senang dengan pemerintahan PAS.
ReplyDeleteBetulkah dakwaan PAS ini?11 Atau hanya saja mencari sokongan semata-mata.
ReplyDeleteSiasatan terperinci perlu dijalankan secepat mungkin samada kecuaian teknikal atau muslihat disebaliknya. PRU-13 yang adil dan jujur disemua pihak yang kami harap-harapkan.
ReplyDeleteAdakah bukti yang kukuh atas dakwaan tersebut? Dakwaan seperti ini amat serius dan akan mencemarkan imej jabatan SPR. Perlu disiasat terlebih dahulu dan cara penyelesaian yang sempurna perlu dibuat. Rakyat berhak mengetahui apa yang sedang berlaku.
ReplyDeleteindividu bernama Mismah masih belum termasuk sebagai pengundi berdaftar. berkenaan dengan penduduk PR, bukankah dalam perlembagaan mereka layak memohon kewarganegaraan?? jadi kenapa perlu heran jika mereka diberikan kewarganegaraan??
ReplyDelete