Wednesday, September 7, 2011

DEBAT Mat Sabu vs Muhyiddin?

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sedia berdepan dengan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu pejuang kemerdekaan dan peristiwa Bukit Kepong.

pengukir nama johor mat sabu pas pc 060911Katanya, ia susulan banyak kenyataan Muhyiddin yang menyerang Mohamad supaya "bertaubat dan bertakwa" selepas ucapannya pada 21 Ogos lalu.

"Secara peribadi Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tidak banyak mengecam saya tentang hal ini.

"Yang banyak maki hamun saya, suruh saya bertaubat, bertakwa ialah timbalan presiden Umno.

"Jadi eloklah kita bertemu dengan beliau. Sama ada nak panggil debat ka, nak panggil dialog ka, nak bincang ka, ikut," kata Mohamad dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Bahkan, tambah Mohamad, Muhyiddin juga ahli parlimen Pagoh - kawasan yang berdekatan dengan Bukit Kepong.

Debat dengan KJ bukan dari PAS

"Saya pun nak tanya dia juga, di mana unsur saya perlu bertaubat. Sebab saya nak belajar juga dari tokoh ulama macam Muhyiddin Yassin," sindir Mohamad.

Turut hadir dalam sidang media itu Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan.

NONESementara itu, Tuan Ibrahim berkata beliau akan menghantar surat jemputan berdebat kepada Muhyiddin pada minggu ini juga.

"Timbalan presiden Umno lawan timbalan presiden PAS," katanya yang juga pesuruhjaya PAS Pahang.

Sementara itu, mengulas hasrat kerajaan Kelantan untuk menganjurkan debat antara Mohamad dan Khair (kanan), Mohamad berkata beliau setakat ini belum menerima sebarang makluman.

Sementara Mustafa pula menjelaskan cadangan mempertemukan kedua-dua pemimpin parti Melayu itu bukan datang daripada PAS di peringkat Pusat.

"Saya tak tahu, saya tidak menerima apa-apa salinan (surat), saya tidak dimaklumkan apa-apa. Jadi saya tidak boleh bercakap apa-apa tentang hal itu," katanya. -MK

13 comments:
Write comments
  1. Saya tidak tahu macam mana kes ini akan diselesaikan nanti.

    ReplyDelete
  2. Sejarah yang kita tahu sebelum ini sudah diragui.

    ReplyDelete
  3. cukuplah mempolitikkan isu sejarah ni.

    ReplyDelete
  4. hal ini pun nak dipanjangkan, kita rujuklah pada fakta sejarah sebenar.

    ReplyDelete
  5. memang sukar untuk menentukan mana satu yang benar jika tidak pernah melalui era2 kemerdekaan tersebut. mungkin mudah untuk mereka yang hidup pada zaman tersebut tapi bagi generasi sekarang, hanya bergantung pada catatan2 sejarah.

    ReplyDelete
  6. isu sejarah tidak seharusnya dipolitikkan..lebih baik kita mengambil iktibar daripada sejarah.

    ReplyDelete
  7. Bah...berdebatlah..boleh tak TV3 siarkan secara langsung?

    ReplyDelete
  8. Lepas satu isu timbul, timbul lagi isu lain...dan begitulah seterusnya.

    ReplyDelete
  9. ahli2 politik ni bukannya orang yang arif dalam bidang sejarah.. baik tidak payah sentuh pasal sejarah. biar ahli sejarah yang arif sahaja menentukan siapa pejuang kemerdekaan negara..

    ReplyDelete
  10. Apa yang ada dengan debat sebenarnya? Tidak ada guna debat semua ini.

    ReplyDelete
  11. orang dulu2 berjuang bermati2an untuk mendapatkan kemerdekaan, orang hari ini berjuang dengan mempolitikkan perjuangan orang dulu2 untuk mendapatkan jawatan kabinet..

    ReplyDelete
  12. neji ini bodoh memanjang untuk mendapatkan jawatan kabinet

    ReplyDelete
  13. Anonymous.. kalau tidak ada apa2 yang mahu disampaikan dalam artikel ini baik jangan komen.. sebab nampak sangat kebodohan sdr..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.