HANYA kerana isu tanah, seorang wanita, Puan Rusima, 54, yang bertubuh kecil telah diterajang oleh dua lelaki yang merupakan adik beradik beliau; seorang bekerja sebagai guru di SRK Telupid dan seorang lagi bekerja di Lembah Danum) sehingga nyawa-nyawa ikan di Kampung Matupang, Ranau, petang ahad lalu di hadapan beberapa penduduk kampung termasuk Ketua Kampung.
Anehnya, tiada seorang pun yang berani menolong. Kejadian pukul memukul wanita lemah tersebut bukan pertama kali kerana sedikit masa lalu, salah seorang adik beradik tersebut, telah mencekik wanita ini.
Kebetulan anak-anak lelaki Puan Rusima yang boleh mempertahankan maruah ibunya bekerja di luar daerah. Akibat daripada penderaan fizikal, Puan Rusima telah dimasukkan ke Hospital Ranau dan laporan polis telah dibuat; tetapi malangnya sampai sekarang ini tiada sebarang tindakan yang polis telah ambil terhadap ‘samseng’ kampung ini.
Oleh : WILLON MUYAU (sabahkini)
Beginikah sikap pihak Polis dalam melaksanakan tangungjawab mereka? Lebih malang lagi, Polis telah menyerahkan kes ini untuk diselesaikan oleh Ketua Kampung dalam tempoh dua minggu.
Selepas itu, jika gagal, barulah pihak Polis akan masuk campur. Dalam hal ini, saya masih ingat kes jenayah rogol di bawah umur beberapa tahun lalu juga telah diserahkan kepada Ketua Kampung untuk diselesaikan mengikut adat istiadat.
Bagaimana rakyat Sabah boleh mempercayai polis lagi jika kes mendera wanita tua pun tidak dipedulikan? Mungkin jika wanita tua ini ahli keluarga polis, apa polis akan buat? Apakah mahu menunggu sehingga wanita tua ini maut, barulah mahu mengambil tindakan? Harap Ketua Polis Negara mengambil berat isu ini kerana penderanya disebut-sebut akan dicalonkan pada pilihanraya umum akan datang.
Wednesday, September 7, 2011
Polis Ranau Tutup Kes Dera Rogol?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pihak polis bertanggungjawab untuk menangani kes seperti ini, bukan menyerahkan kes ini kepada ketua kampung.
ReplyDeleteKes dera dan rogol patut diselesaikan dengan mengikuti undang-undang negara. Bukan menerusi cara adat istiadat. Kes seperti ini tidak patut dipandang remeh.
ReplyDeletekes ini sepatutnya diuruskan oleh pihak polis, dia adalah kes jenayah.
ReplyDeletejika pihak polis tidak menjalankan tugas, kejadian seperti ini akan berleluasa di daerah Ranau kerana tiada tindakan diambil.
ReplyDeletemungkin jika melibatkan perkara2 yang kecil yang berlaku di kampung tersebut pasti Ketua Kampung yang terlebih dahulu akan bertindak menyelesaikan.tapi ini sudah menjadi kes yang berat. ia bukan di dalam bidangkuasa Ketua Kampung lagi.
ReplyDeletepekara ini perlu diberikan perhatian..kes yang berlaku perlu diselesaikan.
ReplyDeleteDiterajang di depan2 penduduk kampung dan ketua kampung? Ingat ini WWF kah untuk mereka berdiri dan tengok saja apa yang berlaku tanpa bertindak menghentikan perbuatan itu? Macam tidak masuk akal.
ReplyDeleteMacam manalah rakyat mahu harap PDRM macam ni?
ReplyDeletepolis ni pun jangan la sekadar makan gaji.. cukup ambil laporan kemudian diam memanjang.. kalau mahu ketua kampung selesaikan kes ini, sediakan senjata api, gari dan satu bangunan untuk penjara kepada semua ketua kampung.
ReplyDeleteSepatutnya ini tanggungjawab polis sudah dan bukannya dilepaskan kepada ketua kampung begitu saja. Sudah terima laporan maka selesaikan kes ini.
ReplyDeletedgn adanya insiden sedemikian,jgn harap rakyat akan respect PDRM...
ReplyDeletesuru polis sabah blik sabah ...bertugas sndiri kat cni ...d bumi sndri
ReplyDelete