Ramai pengguna Facebook masa kini yang terpaksa membayar RM1 seminggu kerana mereka menggunakan perkhidmatan tersebut. Tanpa anda sedari Facebook memerolehi RM4 sebulan hasil daripada kesilapan anda sendiri.
Sebenarnya ramai yang tidak menggunakan perkhidmatan ini tetapi mereka tetap juga di kenakan bayaran RM1 seminggu. Ini kerana kebanyakkan dari kita menggunakan telepon pintar untuk melayari internet dan Facebook. Jadi fungsi Facebook SMS ini tidak lagi releven.
Sebagai pengguna Celcom Prepaid, saya juga tidak terkecuali dari terkena masalah Facebook SMS ini. Tanpa menggunakan perkhidmatan tersebut, bayaran tetap dikenakan RM1 seminggu yang dipotong daripada baki prepaid.
Menjadi masalah bila ramai di antara kita yang tidak tahu bagaimana untuk mematikan fungsi Racebook SMS ini. Setelah beberapa kali cuba dengan pelbagai cara tidak juga berasil untuk mematikan fungsi tersebut.
Setelah beberapa kali mencuba untuk mematikan fungsi tersebut, termasuk mencari maklumat di Internet, akhirnya saya menemui kaedah dibawa :
Hantar STOP FB ke 32665
Setelah mencuba kaedah di atas, akhirnya Facebook SMS telah berjaya dimatikan. Selepas ini saya tidak lagi perlu membayar RM1 seminggu.
Selamat mencuba..
Tuesday, November 1, 2011
Mematikan Fungsi Facebook SMS RM1/week
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.