Monday, October 31, 2011

Bapa Saudara Johari Baharom Sertai PKR

Changlon : Pak Su Dan (Shahidan), bapa saudara kepada Johari Baharom telah mengisi borang masuk PKR.

Beliau hari ini telah menceritakan segala-galanya tentang Johari Baharom. Johari menurutnya, telah banyak menaburkan janji kosong kepada rakyat terutamanya di kawasan Parlimen Kubang Pasu.

Di kedai makan Pak su Danlah yang menjadi markas bagi Johari Baharom, Markaz Dato Zaini, dan puteri Umno. Tetapi semasa pilihanraya sahaja, selepas Pilihanraya, Pak Su Dan terus dilupakan oleh Johari Baharom.

Beliau juga telah menarik lebih 200 orang untuk masuk PKR. Pak Su Dan berpendapat, jika dia tidak dilawat tak ape, tetapi haruslah menjadi tangungjawab seorang pemimpin untuk balik melihat rakyat.

Bukan sahaja Pak Su Dan, malah pemandu-pemandu teksi kawasan changlun berasa kesal dengan tindakan Johari Baharom yang menaburkan jnji kosong kepada mereka.

Tahun lepas, satu persidangan antara Johari Baharom, agensi-agensi yang bertangungjawab dengan pemandu-pemandu teksi telah dibuat dan pemandu-pemandu teksi telah dijanjikan oleh mereka untuk menyelesaikan masalah mereka iaitu pemandu pemandu teksi Siam yang mengugat pendapatan pemandu teksi tempatan, namun ia hanyalah janji kosong.

Sehingga hari ini, setahun lebih, mereka tidak mendapat apa-apa jawapan dari pihak Johari Baharom. Pihak pakatan rakyat telah berjumpa dengan mereka, dan akan usulkan kepada pusat dan meminta pusat mengkaji semula sistem keselamatan. -wikimalay






22 comments:
Write comments
  1. Harap rakyat jangan mudah percaya dengan janji manis Pakatan Rakyat hanya pandai menabur janji manis.Jumpalah dgn YB Johari baharom dan buat follow up mengenai isu ini.

    ReplyDelete
  2. syabas dan tahniah la kerana bijak memilih parti mana yang disertai

    ReplyDelete
  3. manusia pandai brjanji sekiranya nak kuasa ...biasalah manusia kan...syabas anda seorang yg bijak ...sya dah lama keluar dr lubok umno...

    ReplyDelete
  4. klu 1.5 juta PATI di sabah adalah janji manis BN, sy lebih rela utk menerima janji pahit pembangkang...

    ReplyDelete
  5. itu adalah pilihan masing-masing..

    ReplyDelete
  6. mana-mana parti pun, pasti ada yang keluar dan masuk..yang penting khidmat kepada rakyat perlu sentiasa dilakukan..

    ReplyDelete
  7. Rakyat adalah keutamaan, jangan abaikan rakyat jika tidak inilah yang akan berlaku.

    ReplyDelete
  8. Ingatlah pada orang lain bila kita sudah berada diatas.

    ReplyDelete
  9. Adalah hak dan kebebasan rakyat untuk memilih parti yang mahu disokong.

    ReplyDelete
  10. Selamat berjuang kepada Bapa Saudara Johari.

    ReplyDelete
  11. itu hak mereka untuk memilih, sedangkan suami isteri dan anak beranak pun boleh berlainan politik, inikan pula antara bapa saudara.

    ReplyDelete
  12. Masing2 ada hak memilih.

    ReplyDelete
  13. apapun, pastikan pilihan yang dibuat benar2 tepat.

    ReplyDelete
  14. Merajuk kot gerainya tidak dilawat lagi.

    ReplyDelete
  15. cuba selidik balik janji2 Pakatan di empat buah negeri yang mereka tadbir.. masih banyak lagi yang belum ditunaikan..

    ReplyDelete
  16. sebagai bapa saudara, kenapa Pak Su Dan tidak minta penjelasan dengan Johari Baharom?

    ReplyDelete
  17. ini biasa berlaku waktu2 berkempen. bila lepas pilihanraya mungkin terserempak dekat mana2 pun mungkin buat2 tak kenal. mana2 parti pun ada kes2 macam ni. jadi terserah pada rakyat sendiri untuk menilai mereka.

    ReplyDelete
  18. masuk PKR, bila ada kes macam ni juga berlaku macam mana saudara? melompat balik? di kalangan pemimpin pun ada melompat parti. inikan pula ahli2 parti.

    ReplyDelete
  19. Terpulang mahu menyokong parti yang dipilih. Kerana itulah kuasa diri kita sebagai seorang pengundi.

    ReplyDelete
  20. Asal merajuk saja keluar lepas itu ikut parti lain. Itu saja yang berlaku. Melompat-lompat.. Ikut suka hati kita untuk memilih tidak ada larangan mahu sokong parti mana pun.

    ReplyDelete
  21. Begitulah gaya pemimpin BN masa pilihanraya baru datang hingga sanggup cium kaki rakyat,tp bila dah menang jgn harap nak jengkuk rakyat.Jadi tamberang bukan alang2.PRU 13 saya bagi undi dan peluang buat PR.Jadilah pengundi bijak dan matang bkn jd pengundi yg banggang dan senang dibodoh-bodohkan.Sedarlah kamu orang2 yg masih palui.

    ReplyDelete
  22. Saya akan jelaskan isu ini, agar masyarakat dapat membuat penilaian tentang apa yang sebenarnya yang telah berlaku berhubung isu ini. Berikut adalah kronologi mengenai apa yang telah berlaku:
    (i) 11 Jun 2010, Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Perkhidmatan Kereta Sewa/Teksi Changlon Berhad di T Hotel, Changlun telah diadakan. Saya telah dimaklumkan mengenai masalah kemasukan teksi Thailand dan akan membawa perkara ini kepada pihak berkenaan.
    (ii) 26 Jun 2010, saya telah menganjurkan Majlis Dialog Interaksi dan Penyerahan Memorandum Bantahan dari Ahli-ahli gabungan Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Malaysia di dewan EDC Hotel UUM Sintok telah diadakan. Majlis tersebut dihadiri Encik Abdul Rahman bin Daud, Pengarah Peguatkuasa JPJ Malaysia, Kementerian Pelancongan dan Polis Trafik Negeri Kedah.
    (iii) 24 Ogos 2010, saya bersama YB Datuk Abdul Rahim Bakri, Tim. Menteri Pengangkutan telah mendengar taklimat mengenai isu ini di Pejabat JPJ Bukit Kayu Hitam.
    (iv) 24 Februari 2011, YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan lawatan di Kolej Matrikulasi Kedah. Cadangan telah dibuat kepada Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa agar menyerahkan memorandum kepada YAB Timbalan Perdana Menteri pada hari tersebut, tetapi mereka tidak berbuat demikian. Walaubagaimanapun, dalam ucapan, saya ada memaklumkan mengenai masalah ini dan YAB Timbalan Perdana Menteri didalam ucapan balasnya memaklumkan bahawa beliau mengambil maklum mengenai perkara tersebut.
    (v) 14 November 2011, saya sekali lagi menulis surat kepada YB Datuk Abdul Rahim Bakri, Tim. Menteri Pengangkutan untuk mengadakan perjumpaan sekali lagi dengan Persatuan Pemandu Teksi Bukit Kayu Hitam. Saya sedang menunggu jawapan dan tarikh perjumpaan daripada YB Tim. Menteri Pengangkutan.
    Sebagai Ahli Parlimen Kubang Pasu, saya telah bertindak sedaya upaya saya untuk membantu pemandu-pemandu teksi di Kubang Pasu. Tidak benar bahawa saya tidak menunai janji dan perkara ini dibangkitkan atas niat jahat pihak tertentu. Kemelut teksi ini melibatkan hubungan antara Malaysia dan Thailand dan hanya boleh diselesaikan di peringkat yang tertinggi. Harap dengan penjelasan ini, isu ini difahami oleh semua pihak. Terima kasih.

    Dato' Wira Mohd. Johari Baharum

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.