Thursday, November 10, 2011

Waspada : "Bak Kut Teh" Halal Diragui

Seorang pengguna yang mengunjungi sebuah pasar raya di Damansara Damai di sini, terkejut apabila mendapati Mi Segera Sayuran ‘bak kut teh’, yang sering dikaitkan dengan penggunaan babi sebagai salah satu ramuan, dijual secara terbuka, dua minggu lalu.

Gambar: YUSMARIATI menunjukkan mi bak kut teh dengan logo halal yang dibelinya di sebuah pasar raya di Damansara Damai, Pataling Jaya.

Tambah mengelirukan pengguna terbabit, Yusmariati Yusof, 32, mi segera jenama A1 yang dikilang sebuah syarikat dari Johor itu bukan saja dipamerkan bersama produk halal lain oleh pengurusan pasar raya berkenaan, malah turut mempunyai tanda halal dikeluarkan Islamic Food Research Centre Asia (IFRCA)

“Saya kesal dengan tindakan pengurusan pasar raya berkenaan yang dilihat tidak sensitif dengan isu ini sedangkan umum mengetahui ‘bak kut teh’ sinonim dengan babi.

“Bagaimana makanan dengan ramuan haram dimakan umat Islam boleh mendapat sijil halal serta dijual secara terbuka tanpa sebarang pemberitahuan kepada pengguna,” katanya ketika ditemui Sentral di sini.

Kesal dengan kejadian berlaku, Yusmariati kembali semula ke pasar raya itu keesokannya untuk membeli mi segera berkenaan sebagai bukti tetapi mendapati ia tidak lagi dipamerkan diatas rak, sebaliknya disimpan di dalam stor oleh pengurusan pasar raya.

“Pengurusan pasar raya itu berkeras tidak mahu menjual produk berkenaan tetapi apabila saya berkeras, mereka akhirnya bersetuju, itu pun pembelian dilakukan tanpa resit, tanda harga serta plastik yang tertera nama pasar raya itu,” katanya.

Tinjauan Sentral mendapati, stok mi segera sayuran bak kut teh itu, kini tidak lagi dijual di pasar raya dimaksudkan.

Pengurus A K Koh Enterprise Sdn Bhd, (A K Koh) Law Teng How ketika dihubungi mendakwa produk mi segera sayuran bak kut teh yang dikilangkan syarikat itu, tidak mempunyai ramuan babi seperti dikatakan pengguna.

“Kami sedia maklum dengan kekeliruan yang timbul disebabkan nama produk ini tetapi ingin saya jelaskan, mi segera sayuran bak kut teh keluaran A K Koh tidak mengandungi babi, sebaliknya hanya resipi sup herba daging.

“bak kut teh sebenarnya membawa maksud sup daging tulang, dan boleh dimakan sama ada dengan daging lembu atau kambing dan tidak semestinya babi seperti disangkakan kebanyakan pengguna.

“Produk kami disahkan tidak mengandungi ramuan terlarang, termasuk babi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan A K Koh sendiri kini dalam proses memohon sijil halal daripada badan itu sejak Julai lalu.

“Kami juga dalam proses menukar nama serta pembungkusan bagi produk ini kerana menurut JAKIM ia menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna, terutama sekali umat Islam,” katanya.

Sementara itu, wakil JAKIM ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan memberi maklum balas segera berhubung produk keluaran A K Koh itu. -BH

11 comments:
Write comments
  1. Takkan Jakim akan meluluskan produk mereka sebagai halal jika ada kandungan babi?

    ReplyDelete
  2. Harap pengguna Muslim sendiri akan membuat pembelian dengan bijaksana, berhati-hatilah bila membuat pemilihan.

    ReplyDelete
  3. kalau sijil halal belum ada baik jangan jual produk itu..

    ReplyDelete
  4. jika ragu, jgnlah membelinya.

    ReplyDelete
  5. pihak JAKIM akan memberi maklum balas tentang ni. jika sudah ada kelulusan maka para pengguna yang beragama Islam tidak perlu ragu2 lagi.

    ReplyDelete
  6. sentiasalah peka dan sebaiknya belilah produk yang anda tidak ragui.

    ReplyDelete
  7. Kalau diragui...tidak perlu la membeli barangan seperti itu..

    ReplyDelete
  8. Jika ingin membeli barangan kena tgo kandungan makanan yang telah disenaraikan.

    ReplyDelete
  9. Bak kut teh tidak semestinya babi. Apa2 pun, kekeliruan seperti ini memang sering terjadi. Kita harus peka dan berhati-hati dalam membeli makanan.

    ReplyDelete
  10. ni 1 lg malazut yg masih hidup dlm gua, moron!!!

    ReplyDelete
  11. Apa pun hantar ramuan ini kepihak yang bertanggungjawab untuk mendapat kelulusan halal. Ini bagi memastikan pengguna tidak was-was memakannya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.