Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pemimpin Umno adalah dalang di sebalik perobohan rumah penduduk kampung di Pantai Jerjak, Bayan Lepas.
Guan Eng pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang menegaskan, kerajaan negeri setakat ini tidak pernah merobohkan sebarang rumah tanpa memberikan pampasan yang sewajarnya.
Kenyataan ini sekaligus menafikan fitnah pihak pembangkang Pulau Pinang dan tindakan mereka yang sering memfitnah kerajaan Pulau Pinang sebagai anti-Melayu.
"Saya selalu difitnah anti-Islam oleh Umno dan anti-bukan Islam oleh Gerakan kerana menambah peruntukkan kepada majlis agama. Dengan ini, yang anti sebenarnya di sini tidak lain tidak bukan Umno sendiri.
"Tindakan ini tidak memberikan apa-apa kepada rakyat termasuk orang Melayu sendiri malah menunjukkan keangkuhan umno sendiri dalam usaha menangani isu kemiskinan.
"Kerajaan Pakatan Rakyat berpendapat, tindakan tersebut tidak wajar dilakukan oleh sesebuah parti yang dipimpin oleh pemimpin Umno terutamanya rumah yang diroboh dihuni oleh mereka yang berumur 70 tahun.
"Kerajaan negeri akan cuba membantu mangsa dan tidak membenarkan sebarang permohonan syarikat pembangunan pemaju sehingga mangsa tidak diberikan sebarang pampasan yang sewajarnya dan ini prinsip perjuangan Pakatan Rakyat," katanya.
Ujar beliau, selama ini pihak kerajaan negeri akan berunding dengan semua pihak terutamanya pemaju sebelum membuat apa-apa keputusan terutamanya membabitkan perobohan mana-mana kawasan.
"Kita selalu berusaha untuk berunding. Biasanya pemaju sedia berunding seperti yang disebutkan tadi. Hanya mereka yang mempunyai kuasa sahaja tidak ingin berunding iaitu khususnya yang ada kuasa tidak lain tidak bukan yang menjadi pemimpin Umno. Itulah yang mereka rakus, angkuh dan tidak mahu berunding.
"Selalu kerajaan negeri dipersalahkan. Selalu saya sendiri yang kena. Semuanya tiada kaitan dengan kerajaan negeri dan kita lihat yang akhirnya buat perobohan adalah seorang pemimpin. Kita lihat di sini, yang roboh rumah kampung melayu adalah UMNO dan bukanlah kerajaan negeri," katanya.
Beliau percaya, rakyat Pulau Pinang akan tahu siapa yang sebenarnya merobohkan kampung Melayu adalah pemaju Umno sendiri. -tvsnews
Saturday, November 5, 2011
Siapa Dalang Roboh Rumah Di P.Pinang?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Guan Eng berdolak dalik pula dan nak menyalah UMNO, Pulau Pinang tu kawasan kau lah. kau yang berkuasa kat sana.
ReplyDeletekenapa kerajaan DAP tidak hentikan? kan mereka berkuasa di negeri itu.. bagaimana pula dengan kes2 lain seperti kes Kampung Buah Pala, Kampung Binjai, dan juga Kampung Genting? kenapa DAP membiarkan penduduk kampung Melayu ini dihalau dan berpindah ketempat lain hanya kerana mahu memenuhi tuntutan pembangunan?
ReplyDeletehebat pembohongan LGE sedangkan merekalah yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti pembangunan di negeri itu..
ReplyDeleteLain kali siasat dulu jangan main tuduh saja.
ReplyDeleteHarus tegas untuk menyelesaikan masalah ini.
ReplyDeleteTidak sukalah bila sentimen agama dipolitikkan.
ReplyDeletesingkirkanlah sikap2 perkauman tu..
ReplyDeletekenyataan ini lebih kepada tuduhan bersifat perkauman. sebenarnya berapa peratus orang Melayu yang tertindas di bawah pentadbiran DAP/LGE?
ReplyDeleteMacam mana UMNO ada kuasa merobohkan rumah di negeri pemerintahan DAP?
ReplyDeleteHarap kerajaan P.P akan memberikan penjelasan mengenai isu roboh rumah ini.
ReplyDeletePerkara ini wajar disiasat untuk memastikan apa sebenarnya yang berlaku dan siapa dalangnya yang sebenar.
ReplyDeletehal ini perlu disiasat. tiada guna tuduh menuduh kalau tiada bukti.
ReplyDeleteP.Pinang dikuasai oleh DAP, tapi kini menyalahkan kerajaan pusat pula..
ReplyDeletedaripada LGE menyalahkan orang lain, lebih baik mereka berusaha menyelesaikan isu-isu yang berlaku.
ReplyDeleteDah banyak kampung dirobohkan dan masih lagi menyalahkan UMNO?menuduh kontraktor sebagai org UMNo..ini semua alasan yang tidak munasabah kerana negeri terang-terangan dibawah Lim Guan Eng
ReplyDeleteJika benar itu kerja Pembangkang di Pulau Pinang cuba Guan Eng buktikan perkara ini.
ReplyDeleteBaik kita tunggu siapa yang ada kuasa untuk merobohkan rumah itu. Semestinya kerajaan PP sendiri.
ReplyDelete