Sunday, April 29, 2012

AFTQ kesal dengan pengendalian PDRM terhadap peserta BERSIH 3.0

http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/188012_187650537923191_1158970_n.jpgArmed for the Quill (AFTQ) melahirkan rasa kesal dengan tragedi kemanusiaan yang berlaku semasa pengakhiran perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur,Malaysia pada hari ini (28 April 2012). Kami ingin menuntut kepada pihak kerajaan Malaysia bagi bertanggungjawab di atas setiap keputusan dan tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa yang dilihat oleh para pemerhati sebagai telah gagal bertindak dengan adil, dikuasai sikap panas baran dan keterlaluan.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu mengambil kira kecaman ramai kerana terus gagal mempertingkatkan imej mereka sebagai satu institusi yang menjamin keadilan dan telus di dalam aktiviti-aktiviti masyarakat yang berkaitan politik. Tindakan PDRM yang gagal mengawal perasaan sendiri hari ini semasa mengawal para peserta BERSIH 3.0 adalah satu musibah yang boleh dielakkan. Pihak polis sewajarnya lebih bijak bertindak dengan hanya mempertahankan kemasukan para peserta ke kawasan Dataran Merdeka. Kami berpendapat pihak polis tidak sewajarnya memburu sehingga beberapa kilometer semata-mata untuk menembak kanister pemedih mata dan meriam air ke atas peserta. Cukuplah sekadar mempertahankan Dataran Merdeka daripada dicerobohi dan tidak bertindak keterlaluan dalam mengejar peserta. Ini adalah kerana pihak berkuasa hanya perlu menjalankan perintah mahkamah untuk memastikan kawasan Dataran Merdeka tidak dimasuki. AFTQ berpendapat pihak polis tidak mempunyai kuasa untuk menjadi sebegitu offensif.

Sesungguhnya kami percaya insiden hari ini bakal menghangatkan semula persoalan sama ada kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Razak benar-benar serius melaksanakan reformasi di dalam amalan demokrasi di Malaysia. Malah, kami juga tertanya-tanya sama ada tindakan pihak polis hari ini selaras dengan Akta Perhimpunan Aman 2011. Ini adalah kerana kejadian disebabkan oleh polis di dalam Bersih kali ini adalah terburuk jika dibandingkan semasa mengawal demonstrasi-demonstrasi Bersih sebelum ini. Persoalannya ialah adakah melalui Akta baru ini kuasa polis sudah bertambah dan menafikan hak bersuara oleh rakyat negara ini.

Kami juga amat memandang serius tindakan pihak polis yang dilaporkan merampas alat-alat rakaman seperti kamera, telefon bimbit dan video dank ad memori milik para wartawan dengan alasan untuk mengelakkan rakaman yang membabitkan tindakan polis memukul para peserta daripada diketahui umum. Kami menggesa pihak polis supaya memulangkan semula peralatan berkenaan yang dirampas tanpa syarat. Tindakan merampas ini adalah sesuatu yang tidak seharusnya berlaku sekiranya benar apa yang didakwa oleh kerajaan Malaysia bahawa Malaysia adalah sebuah negara maju yang menjunjung hak asasi dan ketelusan maklumat kepada masyarakat.

AFTQ juga sedih dengan tindakan pihak berkuasa menangkap beberapa wartawan yang bertugas dan malah menerima laporan ada sesetengah mereka dipukul oleh pihak polis semasa ditahan dan juga ketika dibawa ke pusat tahanan.

AFTQ sangat kecewa dengan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan Datuk Seri Najib yang sama sekali berbeza dengan apa yang dijanjikan melalui ucapan-ucapan beliau di dalam mana-mana program bersama rakyat. Apa yang berlaku hari ini terus membawa Malaysia terus terkebelakang di dalam melaksanakan reformasi sistem demokrasinya.

AFTQ juga menggesa kesemua peserta BERSIH yang ditahan diberikan rawatan kesihatan dan juga dilepaskan tanpa tindakan serta syarat. Pihak polis juga perlu bersedia untuk memikul tanggungjawab sekiranya tindakan-tindakan yang dilakukan adalah menyalahi undang-undang dan di luar batas kemanusiaan.

Kerajaan Malaysia juga seharusnya membenarkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) untuk menjalankan penyiasatan secara telus dan tanpa tekanan untuk memastikan mereka yang bersalah dibawa ke muka pengadilan. Kami yakin situasi yang berlaku di luar dugaan hari ini bakal memberi kesan ke atas persiapan Malaysia menghadapi pilihanraya umum akan datang. Namun begitu, kerajaan yang dipilih hari ini perlu memastikan sistem demokrasi dan hak asasi manusia terus terpelihara sebelum rakyat memilih kerajaan pilihan mereka semasa pilihanraya di masa hadapan.

SHAHARUL ANWAR SHAFIE

Ketua

AFTQ (Asia Tenggara dan Timor Leste)
shaharul@armedforthequill.com
019-6949364

Armed for the Quill (AFTQ) adalah NGO antarabangsa yang berpusat di Oslo, Norway yang memperjuangkan hak asasi manusia, hak bersuara, kebebasan media dan memerangi kemiskinan.
http://www.armedforthequill.com

19 comments:
Write comments
  1. Perhimpunan Bersih di KK juga diadakan dengan pihak polis menjaga keamanan, tiada pun perkara seperti di Semenanjung berlaku di sini?

    ReplyDelete
  2. Kenapa rakyat Sabahans boleh mengadakan perhimpunan Bersih dengan aman, tetapi rakyat Semenanjung tidak boleh? Mungkin mentality berbeza.

    ReplyDelete
  3. Betul2 mencemar imej negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitu le kalau betindak mengikut kebiadapan & kebinatangan tidak mengikut bidang kuasa diberikan..

      Delete
  4. Ada juga yang memanipulasi perhimpunan ni untuk kepentingan politik mereka sebenarnya. sengaja memperbesarkan isu ni.

    ReplyDelete
  5. apap yang peserta bersih lakukan pada Polis bagaimana? ramai polis diserang dan dipukul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba berikan bukti gambar/videonya bangangg!!!

      Delete
  6. apa tindakan AFTQ seterusnya..jgn setakat kesal & cakap saja..habuk pun taraa..

    ReplyDelete
  7. Apa yang penting tindakan bersih telah memberikan imej yang buruk kepada mereka sendiri. Oleh sebab mereka lah keadaan menjadi tidak terkawal.

    ReplyDelete
  8. Kalau kerajaan tidak bersih kenapa masih ada negeri yang tidak lagi ditawan oleh kerajaan seperti contoh, Kelantan...

    ReplyDelete
  9. Bersih2 tapi bukan semua yang ikut 2 bersih2 belaka...bagus lagi dorg buat kerja amal.

    ReplyDelete
  10. Bersih sekali lagi gagal kerana tidak berjaya mengadakan perhimpunan yang benar2 aman

    ReplyDelete
  11. Keganasan peserta2 BERSIH tu tidak nampak kerrr....

    ReplyDelete
  12. Polis dan peserta Bersih 2x5 saja.

    ReplyDelete
  13. Jika tempat lain boleh berhimpun dengan aman, kenapa di KL tidak boleh? Lain kali tidak payah lagi buat Bersih2. Kotor ada la.

    ReplyDelete
  14. Kita tidak boleh juga salahkan pihak PDRM. Sudah awal diberikan amaran mengenai perkara ini. Jadi salah peserta itu sendiri.

    ReplyDelete
  15. cuba la AFTQ yang berhadapan dengan perhimpunan haram seperti ini, apa mereka akan buat??

    ReplyDelete
  16. amaran sudah diberikan, rundingan telah dibuat.. kenapa masih mahu mengganggu ketenteraman orang awam yang lain?? kenapa masih mahu ganggu peniaga2 yang lain??

    ReplyDelete
  17. saya yakin pembangkang juga akan melakukan perkara yang sama jika mereka memerintah negara ini.. malah mungkin lebih teruk.. sedangkan pemimpin sendiri yang buat kenyataan bertentangan dengan kemahuan parti pun kena pecat serta merta, inikan pula gelombang rakyat yang bertujuan menggulingkan kerajaan mereka..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.