Saturday, April 21, 2012

Pindaan Tidak Jamin Kebebasan Akan Mekar

MEDIA massa arus perdana (MAP) hari ini menguar-uarkan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan sebagai peristiwa besar.

The New Straits Times menyiarkannya sebagai berita utama dengan tajuk “media freedom boost” manakala The Star memberikan layanan yang serupa dengan tajuk “less Press-ing”.

Saya turut mengalu-alukannya dengan syarat penguatkuasaannya profesional dan telus, dan pengarang serta wartawan, terutamanya yang bekerja dengan MAP, memanfaatkan “kebebasan” yang dijanjikan itu.

Tetapi, sebagai wartawan yang bernasib baik bekerja dalam era semua Perdana Menteri, bermula dengan Tunku Abdul Rahman, saya berani berkata zaman Tun Dr Mahathir Mohamad adalah yang paling “unik”.

Walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Dr Mahathir dan era beliau, termasuk mencengkam, kejam dan “draconian”, namun dalam era beliau jugalah (dengan izin) “some of the best journalism outputs and writers were produced.”

Dalam zaman beliau, hanya satu syarat diperlukan kalau kita mahu berbahas dengan pemerintah iaitu hujah kita kenalah kuat. Sebaik-baiknya lebih kuat daripada hujah Perdana Menteri atau setidak-tidaknya sama kuat. Tetapi pada penghujungnya kita kenalah akui bahawa (dengan izin) “he was the boss.”

Bagi pengarang, zaman Dr Mahathir mencabar tetapi memuaskan. Di muka akhbar atau di belakang tabir kita boleh berbahas dengan beliau. Yang jadi penentu hanyalah kita berani atau tidak.

Sepanjang saya menulis kolum mingguan Other Thots dalam New Sunday Times saya kerap mengkritik atau tidak bersetuju dengan beliau.

Beberapa kali beliau menjawab hujah saya secara langsung dalam sidang akhbar atau melalui surat kepada pengarang. Dalam pertemuan berjadual dengan beliau yang berlaku dua atau tiga bulan sekali, para pengarang boleh mengatakan apa saja kepada beliau. Hadnya hanyalah kesopanan dan keberanian kita.

Jadi saya agak hairan apabila ramai wartawan dan pengarang hari ini berkata mereka tidak bebas atau persekitaran mengongkong. Atau mereka menguar-uarkan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan sebagai jawapan kepada persekitaran yang kononnya mengongkong itu.

Pada hemat saya, bukan kongkongan, kurang kebebasan atau campur tangan luar yang menyekat pengarang dan wartawan daripada membuat laporan dan analisis secara saksama dan kritikal.

Yang sebenarnya menjadi penghalang adalah kurang keberanian dan kurang komitmen kepada profesion kewartawanan di kalangan pengamal media massa.

Terlalu ramai pengarang dan wartawan mensabotaj kebebasan profesionalisme mereka dengan menjadi terlalu akrab dengan kepemimpinan kerajaan, parti, perkhidmatan awam dan korporat.

Ada pengarang yang begitu intim dengan pemimpin politik dan (dengan izin) “politically correct” sehingga dianugerahkan gelaran datuk (dato’) oleh empat atau lima buat negeri.

Yang sebenarnya menjadi masalah ialah keengganan, ketidakberanian dan ketidakpedulian pengamal media menggunakan kebebasan profesionalisme yang ada pada mereka.

Jadi saya tidak melihat pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan sebagai penawar atau jawapan mutakhir kepada (dengan izin) “professional malady” yang kini dideritai oleh sesetengah pengamal media, khasnya dalam MAP.

Sekalipun Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dipinda atau dimansuhkan, kebebasan tidak akan kembang mekar kalau pengamal media cetek ilmu dan terus menunggu “wahyu” dari pihak-pihak tertentu. Wallahualam.

http://kadirjasin.blogspot.com/

11 comments:
Write comments
  1. double standard terhadap utusan mcmana pula? etika lubang pantat kau???

    ReplyDelete
  2. Media yang meminta kerajaan untuk meminda akta ini, tetapi lepas kerajaan sudah meminda, masih ada lagi yang tidak puas hati. Tidak tahulah apa sebenar yang mereka mahu.

    ReplyDelete
  3. Kebanyakan media juga tidak mengamalkan tapisan sendiri sehingga mengeluarkan berita yang melampau dan tidak berasas.

    ReplyDelete
  4. Ambil tindakan terhadap mana2 media yang suka gunakan sentimen agama dan kaum!

    ReplyDelete
  5. Hentikan manipulasi dan monopoli media.

    ReplyDelete
  6. Semua parti dan NGO mendapat liputan media

    ReplyDelete
  7. Wartawan juga perlu bersifat neutral dan tidak memihak pada mana2 pihak. Dengan ini, tiadalah berita yang dilihat bias.

    ReplyDelete
  8. Dilihat media2 sekarang ni samada media massa dan media elektronik menyebarkan apa saja cerita/berita dengan bebas.

    ReplyDelete
  9. sekurangnya pindaan ini dpt memberi ruang kebebasan kepada media, terlalu bebas pun tak baik jg.

    ReplyDelete
  10. Apa pun berikan maklumat yang benar-benar fakta.

    ReplyDelete
  11. ada banyak media pembangkang di negara ini.. bukankah itu kebebasan?? tidak cukup dengan media, dibawanya ke jalanraya.. kira bebas la tu..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.