Gara-gara membawa terlebih muatan, seorang pemandu lori nekad melarikan diri selepas menyedari kenderaannya dikejar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejauh empat kilometer di Jalan Kuala Kangsar, semalam.
Bukan sahaja berjaya melarikan diri, malah pemandu berkenaan juga sempat membuang muatan tanah merah bercampur batu yang dibawanya di tepi jalan sehingga menyebabkan keadaan lalu lintas sesak selama setengah jam.
Ketua Unit Operasi JPJ Negeri, Hashim Mat Ali berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, sepasukan anggota JPJ sedang menjalankan operasi rondaan rutin sebelum mengesan sebuah lori terlebih muatan di Lebuhraya Utara Selatan yang sedang menuju ke arah selatan.
Menurutnya, pemandu lori tersebut yang menyedari diekori bertindak cuba melarikan diri namun gagal apabila kenderaannya dihalang ketika tiba di satu simpang jalan oleh kenderaan pelbagai guna (MPV) JPJ kira-kira setengah jam kemudian.
“Pemandu lori berkenaan sempat melarikan diri namun meninggalkan kenderaannya selepas melanggar MPV kami sehingga menyebabkan bahagian belakang rosak,” katanya di sini, semalam.
Katanya sebanyak lima MPV dengan lebih 20 anggota termasuk pegawai JPJ berada di tempat kejadian dan dibantu anggota polis bersama kenderaan masing-masing.
Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintenden Wan Shahruddin Wan Omar berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan bagi menjejaki pemandu lori berusia 20 tahun itu.
Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu lori tersebut tidak mempunyai lesen memandu malah cukai jalan kenderaan didapati sudah tamat tempoh.
“Kami akan akan mengambil tindakan ke atas pemilik lori berkenaan jika didapati mereka bersalah dalam kes berkenaan,” katanya.
Lori berkenaan dibawa JPJ Ipoh untuk siasatan lanjut sementara Kerja-kerja pembersihan terhadap muatan tanah merah selesai kira-kira jam 1.45 petang, semalam.
Sinar Harian
Thursday, April 19, 2012
Buang muatan elak dicekup JPJ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cubalah siasat dari mana lori itu didaftar, adakah ia dimilik oleh persendirian ataupun syarikat?
ReplyDeleteDinasihati semua pemandu lori supaya tidak membawa muatan yang melebihi kapasiti lori supaya tidak dicekup JPJ ataupun polis. Ini juga untuk memastikan keselamatan pemandu dan pengguna jalan raya yang lain.
ReplyDeletekalau buang pun boleh nampak juga
ReplyDeletetu la lain kali jangan bawa muatan lebih
ReplyDeleteBuat apa itu undang2 kalau tidak mahu dipatuhi?
ReplyDeleteJangan sebab kejahilan diri sendiri menyebabkan kesusahan kepada orang lain.
ReplyDeletePemandu lori tersebut sudah boleh dikenakan tindakan undang2 dengan pelbagai kesalahan.kenalpasti juga syarikat majikan pemandu lori ni.
ReplyDeleteLori2 besar ni memang menyusahkan dan membahayakan di jalan raya. Apalagi jika muatan banyak dan dipandu dengan laju tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain.
ReplyDeletePemandu itu sememangnya seorang yang tidak bertanggungjawab.
ReplyDeletesemoga pemandu itu ditemui dan disabitkan kesalahan serta syarikat/majikan beliau harus juga bertanggungjawab.
ReplyDeleteTida duit baitu kesian mau kasii..
ReplyDeletesudah buat salah, susahkan orang lain lagi.
ReplyDeleteBeginilah orang tahu dia bersalah. Tapi yang lagi membuat orang marah boleh-boleh membuang tanah di jalan raya pula.
ReplyDeleteberani buat tapi tidak berani tanggung..
ReplyDelete