Saturday, April 28, 2012

Lintas Lansung BERSIH 3.0 Hari Ini

Pengalaman pedih 709 berulang apabila FRU membedil gas pemedih mata terhadap kira-kira 10 ribu orang yang berkumpul di persimpangan jalan berdekatan Dataran Merdeka.

Peserta perhimpunan BERSIH 3.0 yang antaranya orang tua dan budak berlari lintang pukang untuk menyelamatkan diri daripada asap gas pemedih mata.

Sungguhpun diadakan sekatan jalan raya, dan Dataran Merdeka ditutup dengan kawat besi, namun ia gagal menghalang kebanjiran manusia dari rata-rata ke lokasi perhimpunan. Mereka duduk sambil melaungkan slogan, kadang-kala bangun dan menyanyikan lagu Negaraku, dari kira-kira jam 9 pagi hingga tengah hari.

Beberapa orang pemimpin, termasuk ahli jawatankuasa pemandu BERSIH Wong Chin Huat, Naib Presiden PAS Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PKR Tian Chua, dan pemimpin mahasiswa menyampaikan ucapan mereka.

Malah dalam ucapan Wong Chin Huat, yang memegang perlembagaan persekutuan dalam tangannya, berkata selagi hati dan jiwa rakyat adalah bebas dan merdeka, maka tempat yang berkumpul itu dinamakan "Dataran Merdeka".

Segala-galanya berjalan dengan lancar, dan hampir menutup tirai pada jam 3 petang. Namun, dengan pembedilan gas pemedih mata pada jam 3 petang, perhimpunan Duduk Bantah berakhir sebagaimana yang berlaku pada 9 Julai 2011.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tiba untuk berucap di persimpangan yang berhampiran dengan Dataran Merdeka pada kira-kira jam 3 petang. Beliau memberi ucapan ringkasnya dengan pembesar suara yang tidak begitu baik fungsinya. Peserta menjerit agar kawat besi dibuka.

Anwar pada mulanya menunjukkan isyarat "tidak". Namun beberapa orang peserta di situ kelihatan telah berjaya melonggarkan kawat berduri dan berpusu-pusu mahu menembusi halangan tersebut. Dalam keadaan yang sesak, gas pemedih mata telah dilepaskan. Dan meriam air juga ditembak ke atas peserta perhimpunan.

Ramai yang berlari lintang pukang setelah gas pemedih mata dilepaskan. Malah gas pemedih mata dilepaskan bertalu-talu sehingga peserta perlu melarikan diri ke lorong-lorong kecil. Terdapat juga kanak-kanak yang ketangisan, di samping orang tua yang sesak nafasnya. Malah wartawan berjumpa seorang unit amal sedang diselamatkan seorang peserta di atas kereta kerana kesesakan nafas.

Tangkapan dan kekerasan yang digunakan

Meskipun Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein mengakui bahawa kerajaan mungkin "bertindak terlampau" (over react) ketika mengendalikan perhimpunan BERSIH 2,0 pada 9 Julai lalu, namun cara polis menangani BERSIH 3.0 nampaknya tidak banyak berbeza dengan dahulu. Tangkapan terus berlaku, malah mereka yang ditangkap mengadu dirinya dikasari oleh polis. Pada masa yang sama, wartawan dan jurugambar juga dilarang mengambil gambar aksi-aksi polis ketika menangkap peserta perhimpunan BERSIH 3.0.

Beberapa orang pengsan kerana terhidu terlalu banyak gas pemedih mata, dan dihantar ke hospital. Malah tindakan polis dan FRU telah mencungkil kemarahan rakyat, sehingga sebuah kereta polis diterbalikkan. Ketegangan antara polis dengan peserta perhimpunan tidak kurang ketaranya berbanding 709. -MR























21 comments:
Write comments
  1. DBKL suruh pindah tempat ke Stadium Merdeka, tetapi peserta Bersih tetap degil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa perlu pindah..itu tempat publik,senang ckp saya diarah tidak benarkn...jgn belok2 surupa babii!!

      Delete
  2. Kejadian yang sama tidak berlaku langsung di Kota Kinabalu. Semuanya aman damai di sini.

    ReplyDelete
  3. Suasana perhimpunan Bersih 3.0 di SM dan Sabah memang sangat berbeza.

    ReplyDelete
  4. Perhimpunan Bersih dapat dijalankan dengan aman sekiranya para peserta dapat mengawal diri untuk bertindak melampaui batas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan peserta xkawal ...kuasa kebinatangan digunakan.

      Delete
  5. perhimpunan yagn berlaku di KL penuh dngn keganasan dan huru hara. ia bukanlah perhimpunan aman. berbeza di Sabah yang berlansgsung aman.

    ReplyDelete
  6. ktik UMNO/BN nk tutup dan menghalalkan penipuan mereka... buatlah taktik mcm manapun....RAKYAT sudah bijak dan berani.... mereka tidak boleh ditipu laaaagiiii....

    ReplyDelete
  7. Tujuann utama bersih diadakan kurang berjaya akibat daripada tindakan polis yg bertindak ganas,
    Namun apa yg penting sekali adalah kehadiran ratusan ribu rakyat berbilang kaum menunjukkan betapa umno bn akan mengakhiri hayat mereka dalam keadaan yg tragis.

    ReplyDelete
  8. Aku ada kat sana dan aku tahu bertapa wajibnya pihak polis menggunakan budi bicara ketika itu untuk membuka halangan kerana asakan orang ramai yang semakin ramai sudah terlalu padat yang boleh menyebabkan sesak nafas. Orang ramai cuma ada kawasan lapang di dataran untuk meredakan himpitan asakan. Patutnya dalam keutamaan keselamatan peserta polis boleh menggunakan budi bicara mereka tapi cukup malah dan sungguh mendukacitakan kerana dala kesesakan itu polis asih sanggup melepaskan gas dan semburan asid kepada peserta. Mujur displin peserta kuat dan berusaha bertahan walau macam nak mati kena gas tidak meninjak mereka2 yang tua terlentang di jalan.Mana hati perut polis meletakkan keselamatan orang ramai dalam keadaan bahaya tak kala rakyat menyatakan niat baik mereka menyokong pilihanraya yang BERSIH untuk kepentingan negara????

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana suda hati perut klu sifat syaitan & kebinatangan menguasai diri mekebihi kuasa yg diberikann..

      Delete
  9. Kalau tidak mahu pemedih mata itu, jadi jangan lagi ada perhimpunan seperti ini.

    ReplyDelete
  10. Tidak ada maknanya melakukan perhimpunan seperti ini.. Kalaupun ingin pembangkang yang menang, undilah semasa pilihanraya nanti.

    ReplyDelete
  11. Apa lah dapat dicapai selepas perhimpunan ini? adakah terjamin yang piliharaya nanti akan bersih?

    ReplyDelete
  12. Kalau commentors di sini yang ikut BERSIH dan komen mencarut dan caci maki..tidak hairan la BERSIH bertukar kepada rusuhan....

    ReplyDelete
  13. Bersih tetap gagal menganjur perhimpunan aman.

    ReplyDelete
  14. Tidak setuju dengan ibu bapa yangheret anak kecil mereka dalam perhimpunan ini!

    ReplyDelete
  15. Kalau semua mampu kawal emosi dan tinkah laku mereka, kekecohan tidak akan berlaku.

    ReplyDelete
  16. Itu semua adalah salah perserta sendiri jika berlaku kecederaan dan sebagainya dan kita tidak boleh salahkan pihak polis mengenai perakra ini.

    ReplyDelete
  17. kenapa orang tua dan budak2 diheret sama menyertai perhimpunan ini?? sudah tahu perhimpunan ini pasti akan berakhir dengan kecederaan, kenapa masih mahu sertai?? maknanya mereka suka melakukan provokasi supaya dapat title 'hero'.. masuk media antarabangsa dengan muka lebam..

    ReplyDelete
  18. lari lintang pukang, kena gas pemedih mata, berpanas terik, bersesak2 dan muka lebam2.. tapi akhirnya yang dapat jawatan kabinet, pemimpin2 Pakatan juga.. peserta2 perhimpunan hanya dapat parut kekal..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.