Saturday, April 28, 2012

Polis dapat perintah mahkamah, Dataran ditutup 4 hari


Mahkamah Majistret telah mengeluarkan perintah melarang BERSIH 3.0 daripada kawasan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur esok sehingga 1 Mei, kata BERSIH.

Menurut notis yang dikeluarkan petang semalam, larangan tersebut termasuk jalan-jalan yang menuju ke situ.

Sementara itu, awal pagi ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menutup Dataran Merdeka di mana BERSIH mahu mengadakan protes duduk esok.

BERSIH - gabungan menuntut pilihan raya bebas dan adil - berkeras untuk mengadakan protes duduk, bagi menuntut reformasi sistem pilihan raya, dengan menegas bahawa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya baru-baru ini sudah cukup menjadi alasan bagi mewajarkan perhimpunan itu diadakan.

-MK

NONE

14 comments:
Write comments
  1. Pihak berkuasa hanya menjalankan tanggungjawab

    ReplyDelete
  2. Bersih hanya menganggu ketenteraman awam saja

    ReplyDelete
  3. kesian peniaga2 dan orang awam yang mahu berurusan pada waktu itu..

    ReplyDelete
  4. DBKL sudah meminta Bersih untuk mengubah lokasi mereka ke Stadium Merdeka, tetapi Ambiga enggan mengambi nasihat ini.

    ReplyDelete
  5. Walaupun Dataran Merdeka ditutup atas perintah mahkamah, tetapi Bersih tetap diadakan di situ. Bersih memang degil.

    ReplyDelete
  6. berlaku kekecohan dan keganasan di Dataran Merdeka. perhimpunan ini mmg tidak aman.

    ReplyDelete
  7. kalau sudah tidak dibenarkan berhimpun disitu tidak perlulah melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

    ReplyDelete
  8. Kalau aman memang tidak akan berlaku kekecohan tapi sebaliknya yang berlaku.

    ReplyDelete
  9. pastikan tidak ada perhimpunan seperti ini lagi di masa hadapan.

    ReplyDelete
  10. knp x tutup DM setiap malam utk menghalang pasangan buat maksiat??? prioriti DBKL adalah konek haji logiut najib...

    ReplyDelete
  11. I wonder how would it be if DBKL allowed them to gather at DM. Would it be better or worse?

    ReplyDelete
  12. Habislah kalau ada Bersih 4.0 lagi.

    ReplyDelete
  13. Orang awam terpaksa duduk rumah saja. Lepas tu para peniaga terpaksa tutup perniagaan masa itu.

    ReplyDelete
  14. lagi ada sekatan atau halangan, lagi la penganjur2 Bersih suka.. memang niat mereka mahu melakukan provokasi terhadap kerajaan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.