Saturday, April 28, 2012

Terkejut air telaga bertukar merah


PASIR PUTEH – Sebuah telaga berusia lebih 10 tahun di Kampung Pintu Gerbang, Dalam Ru dekat sini kini menjadi tumpuan orang ramai apabila airnya yang jernih bertukar kepada warna merah seperti sirap.

Pemilik perigi berkenaan, Ramli Mohd. Nor, 47, berkata, air telaga sedalam 3.65 meter itu yang selama ini digunakannya untuk menghasilkan keropok secara kecil-kecilan mengalami perubahan tersebut sejak dua minggu lalu.

Lebih menakjubkannya, walaupun berubah warna sehingga dianggap aneh, air tersebut tidak berbau manakala rasanya tawar seperti air biasa.

“Sudah lama saya gunakan air perigi ini yang sememangnya jernih dan sebab itu saya terkejut apabila warnanya tiba-tiba berubah.

“Saya cuba menyedut telaga ini dengan pam untuk membuang air yang berwarna merah tetapi keadaan tetap tidak berubah,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Berikutan kejadian itu, dia menggali telaga itu sedalam semeter lagi dengan harapan airnya akan kembali jernih tetapi ia tidak berlaku.

Menurutnya, kerja-kerja menggali dan mengepam air perigi itu yang dilakukan sejak tiga hari lepas dengan bantuan penduduk kampung terpaksa dihentikan semalam kerana tiada perubahan.

-Kosmo

14 comments:
Write comments
  1. baik jangan dulu guna air tu.. panggil dulu mana2 pihak untuk jalankan ujian..

    ReplyDelete
  2. Ada kemungkinan warna air ini berlaku disebabkan red tide.

    ReplyDelete
  3. Diharapkan pakar akan mengambil sampel air telaga ini untuk memastikan punca air bertukar warna terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  4. Apa sebenarnya yang berlaku? ada sesiapa yang mengetahui fenomena ini?

    ReplyDelete
  5. jika tidak selamat jangan guna lagi air itu.

    ReplyDelete
  6. Mungkin juga disebabkan oleh kandungan mineralnya berubah?

    ReplyDelete
  7. Tidak tahu punca sebenar, lebih baik jangan guna dulu air tersebut. Minta pihak jabatan air datang buat pemeriksaan.

    ReplyDelete
  8. Mungkin perlu dibuat kajian mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  9. memang pelik.. setuju dengan Rozie dan PGDK.. jangan dulu guna air itu.. pastikan ia benar2 selamat untuk digunakan..

    ReplyDelete
  10. subhanallah..

    drp ahli umno

    ReplyDelete
  11. Saudara-saudara sekalian percayalah,



    Kita menentang PAS, bukan kerana nama dia PAS. Kita menentang Pakatan Rakyat bukan kerana dia lama membangkang kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan pemimpin yang rendah moralnya, pemimpin yang menyokong Seks Bebas dan pemimpin yang menipu demi hendak berkuasa. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


    Percayalah saudara-saudara sekelian,
    Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan menolak hukum Allah mengenai liwat dan zina.

    ReplyDelete
  12. Salam TG Nik Abdul Aziz,

    Sy baru pulang dri negeri Serambi Mekah – Ktan. Saya seronok tengok gambar + poster TG di merata tempat. Sy juga melihat jambatan + jalan raya yg indah BN buat. Sekolah2 Agama merata2. Orang2 Kelantan kaya raya. Di tepi2 jalan, tiada kemiskinan sebenarnya di sana! Rumah mewah2 biarpun x tersusun. Tidak perlu rakyatnya meminta air bersih kerana penduduk Kelantan kaya-kaya. Mempunyai kereta2 cantik, jg kerjaya dgn kerajaan. Wanitanya aktif berniaga. Lori2 balak aktif merosakkan jalan raya. Negeri ini bersifat agrikultur dan perlu dimajukan lagi. Usaha penanaman gaharu yg diusahakan Pusat jgn dipersendatemeh krn ia pelaburan jangka panjang!

    Namun, isteri dan anak2 sy sakit perut ketika kami lunch di sebuah restoran. Kami ke klinik. Doktor told us, makanan kurang bersih! Sy terfikir di sebalik kekayaan org2 Ktan, persekitaran negeri ini kotor & jelek! Air sering tiada! Susah nak mandi wajib. tayammum. Sy juga melihat telaga2 berdekatan dgn tandas. Sistem pembentungan x terjaga! Kuil besar2 dan merata tempat.( Sy yakin jika BN yg benarkn pastinya diajak seluruh rakyat membencinya ttp jika PAS ia dimaafkan!!??) Mungkin org2 Kelantan x ambil pusing perkara ini. Barangkali TG x tau bahawa aspek ini adalah prioriti bg keperluan fisiologi. mungkin TG sibuk berceramah di sana sini hingga terlupa mengambil kira perkara asas ini. Mungkin juga TG sedang berkira2 ke Putrajaya bagi membentuk negara Islam bersama PR yg bersifat pemerintahan mesra ttpi amat sekular di dalam perisian buku jingganya. tiada disebut hudud, mahupun qisas..apatah lg pembinaan masjid2 dan SAR.

    Mengapa air tidak diambil berat? Pembentungan sifar penjagaan? Nyaris Pusat ikhlas membantu buat jalan raya & jambatan. Kini Pusat berkira2 nak membantu sistem air. Sukar krn siapa lah BN yg amat dibenci oleh gedebeh2 Ktan..TG sedang mempersiapkan kempen royalti minyak 20% dari Pusat berdekatan area ktan. Rakyat sedang digerakkan membenci BN lg atas alasan x beri royalti pd Kelantan. TG lupa bahawa emas juga harus dikutip cukainya dari pengusaha2 `...` yg besar2an menggali tanah di area Gua Musang. TG mgkin naif ttpi `mereka` suap bukan sedikit kpd staf2 TG nih. Kurang perusahaan internasional walau di Kota Bharu. sy bty sendiri.

    Dari cerita2 di restoran, sy faham bhw semua org2 Kelantan terutama yg berkerja dengan kerajaan Pusat adalah anti kerajaan Pusat kecuali yg jd ahli UMNO. Pegawai2 tinggi juga didakwa akan msuk PAS setelah pencen. Begitu jg dgn para kontraktor yg menadah projek dgn krj pusat. Mengapa begini? Mengapa Pusat dimusuhi jika ingin kan sesuatu? From bottom of my heart - Pengurusan negeri Kelantan adalah lemah. Air, Pembentungan, Susun atur rumah, Galian, Pembalakan, Pertanian Kontan, Hubungan Luar (termasuk ke memanggil pelaburan bersifat negeri dari Asia Tengah), Pelaburan, pengangguran, perikanan etc. TG patut belajar lagi memerintah sebuah negeri. Lama memerintah bukan bererti hebat & bijak. Islam bukan sekadar hudud & solat, TG.. pembinaan negara islam sebenarnya adalah subjektif. India / Turki jg boleh memohon sbg sebuah negara Islam. wslm

    ReplyDelete
  13. PEMIMPIN PAS KATA, MASALAH AIR BERSIH DI KELANTAN HANYA AKAN SELESAI MENJELANG 2027.. SO BERIKANLAH MANDAT TERUS KEPADA PAS..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.