Thursday, April 26, 2012

Abim seru 'pencinta kebenaran' sertai BERSIH 3.0

Pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini menyeru golongan "pencinta kebenaran" supaya turut sama menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

Dalam satu kenyataan hari ini, presidennya Amidi Abdul Manan turut menyatakan sokongan ke tuntutan yang dikemukakan oleh penganjur perhimpunan itu.

NONE"Abim menyeru setiap rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan agar sama-sama turun secara aman untuk menghadiri Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini, untuk sama-sama menzahirkan keprihatinan mereka terhadap masa depan negara yang tercinta ini," katanya.

Katanya lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga perlu bersikap lebih proaktif dan serius dalam menangani aduan dan juga tuntutan oleh gabungan pertubuhan yang menuntut pilihan raya bersih dan adil (BERSIH 2.0) itu.

"Kegagalan berbuat demikian hanya akan mengeruhkan suasana politik semasa serta bakal menjejaskan peranan pilihan raya umum ke-13 sebagai wahana pengurusan perbezaan pendapat serta aliran politik secara harmoni dan berkesan," katanya.

Tambahnya, kegagalan SPR untuk menangani aduan serta tuntutan berkenaan akan membentuk persepsi negatif terhadap badan berkenaan.

"Bahkan ia menafikan peluang untuk badan terbabit memperbaiki serta mengembangkan tatacara pengendalian pilihanraya yang lebih cekap dan berintegriti," katanya lagi.

-MK

14 comments:
Write comments
  1. Kita pencinta keamanan tidak akan turun menyertai Bersih 3.0 kerana perbuatan ini cuma menimbulkan kekecohan dan tidak menyelesaikan apapa masalah.

    ReplyDelete
  2. Ada cara lain yang lebih baik berbanding membuat demo, jangan cuba nak mempengaruhi rakyat untuk menerima budaya seperti ini.

    ReplyDelete
  3. itu hak masing-masing nak ikut atau tidak......

    ReplyDelete
  4. klu memohon secara formal/baik2 utk kepentingan rakyat/majoriti, UMNgOk akan tunaikan? demo adalah pilihan terakhir...lagi pun, ini adalah budaya yg dipelopori oleh UMNgOk sendiri [jgn cepat merasa pedas dlm lubang pantat, sila baca sejarah]...

    ReplyDelete
  5. tak perlulah nak sertai perhimpunan tersebut.

    ReplyDelete
  6. keselamatan harus diutamakan.

    ReplyDelete
  7. Orang tua2, anak2 kecil dan yang sakit jangan sertai perhimpunan tu

    ReplyDelete
  8. Abim patut seru rakyat berdoa agar dapat petunjuk.

    ReplyDelete
  9. Sejauh mana Bersih 3.0 akan mampu bawa perubahan jika keputusannya tetap di tangan pihak berkuasa?

    ReplyDelete
  10. adakah ABIM juga menafikan peranan wakil2 pembangkang dalam PSC??

    ReplyDelete
  11. masih ada cara lain untuk menegakkan kebenaran selain dari melakukan perhimpunan.. bagi saya Bersih hanya berselindung disebalik "kebenaran dan keadilan" sedangkan niat mereka adalah untuk mengulangi kejayaan perhimpunan Bersih 2007 yang mana perhimpunan pertama Bersih itu telah membantu Pakatan merampas 4 buah negeri pada tahun berikutnya (PRU 2008)..

    ReplyDelete
  12. agaknya, kenapa penganjur Bersih perlu buat perhimpunan hingga ke luar negara?? kenapa perlu susahkan negara lain yang tiada kena mengena dengan pilihanraya di negara ini?? adakah SPR Malaysia juga memantau pilihanraya di negara mereka??

    ReplyDelete
  13. Perhimpunan yang membawa kepada kerosakkan harta benda.

    ReplyDelete
  14. begitu ka caranya untuk menunjukkan rasa cinta kepada kebenaran?? atau sekadar menunjukkan rasa cinta kepada parti politik yang kemaruk mahu mendapatkan jawatan kabinet persekutuan??

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.