Friday, April 20, 2012

DBKL Sekat, Bersih 3.0 tetap berlangsung

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata protes “Duduk Bantah” di Dataran Merdeka Sabtu depan akan tetap dilangsungkan walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan mereka.

“Kami tetap akan meneruskan rancangan itu,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di sini.

Datuk Ambiga: Tetap meneruskan rancangan. — Foto fail oleh Jack Ooi
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, berkata, pihaknya menerima surat balas daripada DBKL awal pagi tadi menolak permohonan mereka untuk mengadakan perhimpunan di dataran bersejarah tersebut pada 28 April ini.

“Kenyataan satu perenggan itu mengatakan program kami ini tidak bersifat nasional dan tidak sesuai dijalankan di Dataran Merdeka.

“Kenyataan itu berbunyi ‘Dataran Merdeka untuk acara yang bertahap nasional. Contohnya, Hari Kebangsaan dan Hari Wilayah Persekutuan dan acara yang setaraf dengannya’,” kata Chin yang dihubungi The Malaysian Insider.

Tambah Chin, surat itu ditandatangani oleh Datuk Normah Malik, Timbalan Pengarah Pengurusan DBKL.

Perhimpunan Bersih kali ini adalah sambungan daripada perhimpunan rasaksa mereka pada 9 Julai tahun lalu.

Pemimpin PAS Pusat turut mengerahkan setiap anggotanya untuk menyertai pehimpunan Bersih 3.0 kali ini sebagai sebahagian usaha mereka menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali, menjelaskan jentera parti itu akan digerakkan bagi menyertai protes tersebut.

Menteri Dalam negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein semalam berkata perhimpunan 28 April itu bukanlah ancaman kepada keselamatan negara.

“Perhimpunan 28 April ini bukanlah satu isu,” katanya kepada pemberita.

Tambah beliau, kerajaan telah menunaikan tuntutan mereka melalui Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) tahun lalu, termasuk juga pembentukan PSC bagi kajian menyeluruh terhadap Akta Keselamatan Dalam negeri, dan juga kilang radioaktif Lynas di Gebeng, Kuantan.

Hishamuddin turut menggelarkan penganjur dan peserta Bersih adalah tidak bertanggungjawab.

Bersih 2.0 tahun lalu berlaku pada 9 Julai dan menyaksikan ribuan rakyat turun ke jalanan dan mengadakan protes menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bersih.

Namun begitu, pihak polis telah menggunakan kekerasan ketika meyuraikan penunjuk perasaan dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air. Tindakan itu mendapat perhatian antarabangsa, dan tidak selari dengan pembaharuan yang dicanangkan kerajaan.


-TMI

15 comments:
Write comments
  1. perkasa, jati, etc x perlu permit utk buat apa2 majlis perhimpunan? kerismudin; brp set undang2 di negara ini???

    ReplyDelete
  2. Bukankah Bersih ingin mengajak pihak SPR untuk membincangkan reformasi pilihan raya selepas ini? Mengapa tidak tunggu dulu perbincangan ini sebelum mengadakan perhimpunan lagi.

    ReplyDelete
  3. Demonstrasi bukan cara yang terbaik untuk menyelesaikan apapa masalah. Gunalah cara yang lebih berkesan untuk mendapatkan reformasi pilihan raya.

    ReplyDelete
  4. SPR sudah bersetuju melaksanakan beberapa cadangan daripada Bersih 2.0 seperti penggunaan dakwat kekal dan pembersihan nama pengundi, ini menunjukkan bahawa SPR sanggup mendengar cadangan daripada mereka.

    ReplyDelete
  5. Yang penting bila beri kelulusan, jangan berat sebelah.

    ReplyDelete
  6. Macam manalah 28 April nanti. Antara akan jadi lebih teruk atau biasa2 saja. Bersioh 2.0 dulu over exaggerated.

    ReplyDelete
  7. Yg Pasti Mati Lepas PRU 13..Adalah UMNO!! Yg Pasti akan DiPenjara Adalah Pegawai SPR yg Menjadi Talibarut Regim UMNO!! 28 April 2012!! Gelombang dan Tsunami Rakyat Akan Merempuh Dataran Merdeka.. Bermulalah Kejatuhan Regim UMNO!!

    ReplyDelete
  8. Kalau orang sabah bagi komen memang otak bebal punya...bilalah orang sabah ni faham masalah ni, terus-terusan menjadi orang palui alias bebal dan bodoh...tulah kagutan saja kerja kemurang, masalah negara pun tidak faham-faham.

    ReplyDelete
  9. wakil2 pembangkang ada dalam PSC, jadi bincang la semua paerkara yang boleh menambahbaik PRU

    ReplyDelete
  10. Memang sukar untuk puaskan hati semua pihak tapi kerajaan sudah berusaha yang terbaik sepertimana yang dituntut oleh Bersih 2.0.

    ReplyDelete
  11. Dataran Merdeka memang tidak sesuai untuk laksanakan demonstrasi walaupun demonstrasi secara aman.Tapi lagi teruk kalau dilaksanakan di jalanan.

    ReplyDelete
  12. kan dah disediakan stadium untuk perhimpunan tersbut, nak jg di dataran merdeka.

    ReplyDelete
  13. Siapa sebenarnya Ambiga ini?? Sehinggakan lantang ingin menghasut kekecohan berlaku.

    ReplyDelete
  14. hari ini ramai peniaga2 yang minta Ambiga bertanggungjawab terhadap kerugian yang mereka alami.. memang menyusahkan betul la Ambiga ni..

    ReplyDelete
  15. kalau betul pun dia mahu LGBT dia hidup subur di Malaysia, jangan la sampai terdesak mahu menumbangkan kerajaan dengan cara berdemo..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.