Monday, April 23, 2012

Shafie Belanja Besar Untuk Artis Plastik

SELAIN belanja bulanan lebih RM500,00 sebulan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Shafie Apdal terpaksa berbelanja lebih untuk menyediakan sebuah rumah mewah kepada 'Artis Plastik', gelaran untuk Zahida Rafik, yang telah menjalani Pembedahan Plastik beberapa kali untuk merubah wajahnya di London.

Setelah menjalankan siasatan rapi, Paparazzi berjaya mengekori Zahida dan mengenalpasti rumah mewah bernilai lebih RM 4.5 juta yang dibelikan Shafie sebagai tanda kasihnya; yang terletak di No 18, The Valley, Jalan TTDI 3, Taman Bukit Indah, Ampang, Kuala Lumpur.

Rumah ini adalah rumah kedua, selain rumahnya di London yang bernilai lebih RM10 juta yang dibeli ketika mereka dikhabarkan bernikah di London menjelang Hari raya Aidil Fitri tahun lalu.

Pernikahan ini pada mulanya tidak diketahui oleh isteri Shafie, Datin Shuryani binti Shuaib, anak kepada salah seorang 'Datuk T' (Shuaib Lazim) yang mendedahkan Video Seks yang didakwa melibatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Paparazzi mendapat tahu daripada sumber terdekat Jabatan Perdana Menteri bahawa Shafie mengakui di hadapan Perdana Menteri bahawa beliau telah menikahi Zahida selepas Noor Azman Azemi membuat laporan polis; namun terpaksa merahsiakan pernikahannya bagi menjaga hati isteri dan enam orang anaknya; malah turut dinafikan Zahida.

Agak aneh, Shafie yang tidak mempunyai rumah di Semporna (rumah peninggalan arwah bapanya) sanggup membelikan Zahida rumah dan kereta mewah, serta belanja bulanan yang cukup lumayan bagi membolehkan Zahida menaiktaraf wajah Melayu-Pakistan kepada Arab-India.

Paparazzi juga agak terkejut kerana Ketua Pemuda UMNO Semporna yang Pro-Shafie selama ini bagaikan melempar batu ke kolam yang tenang kerana Facebooknya menyiarkan posting Habbal Min Sampulna yang dilinkkan dengan posting Nescafeais yang menyatakan;

Percubaan Paparazzi menghubungi Zahida gagal dan SMS yang dihantar ke telefon Zahida 0122087497 dan 0192052330 juga tidak berbalas; manakala Shafie masih diam seribu bahasa sekalipun marah-marah sayang kerana nama 'isteri' keduanya sering menjadi perbualan rakyat setiap majlis yang dihadirinya.

Paparazzi akan mendedahkan lebih banyak lagi rahsia Zahida; terutama 'Pesta Seks' dan kehidupan liarnya; tetapi direstui Shafie dalam waktu terdekat. Kenapakah Datin Suryani mendiamkan diri jika benar Zahid hanya Gundik atau Isteri kedua tanpa poligami?

Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET

17 comments:
Write comments
  1. sepandai-pandai pak sapi belompat akhirnya jatuh ke tangan zahida. ha ha padan muka lo, penipu rakyat.... kemana lagi ko nak pigi lepas nih.... harap ko di gulung sekali dengan zahida dalam PR13...

    ReplyDelete
  2. Yang Shuaib Lazim tak mahu tayangan umum kah?

    ReplyDelete
  3. matai na sapi bedal.!! inikah peneraju UMNO BN di sabah yang diagu agungkan oleg rakyat sabah? naaaa...duit juta2 duit rakyat di beri pada gundik kesayangan. ini baru 2 ekor yg kedapatan. bos besar masih bebas lagi. tidak sabar mau tengok kes si musa pula agaknya berapa ratus juta dia bagi2 sama cawangan2nya.

    ReplyDelete
  4. tapi rasanya sapi bedal tatap menang sebab pengundi di seblah semporna, tawau, l datu, sandakan PTI lebih ramai dari penduduk tenpatan. PTI yang gemuk2 dibela oleh UMNO BN di sabah tatap mengundi BN.

    ReplyDelete
  5. inda apa la, asalkan butu SAPIe kenyang, rakyat/pengundi jg yg supply RM...

    ReplyDelete
  6. makin panas skandal ni. kedua2 belah pihak perlu buktikan dakwaan ni tidak benar dan sekadar fitnah.

    ReplyDelete
  7. "Paparazzi mendapat tahu daripada sumber terdekat Jabatan Perdana Menteri bahawa Shafie mengakui di hadapan Perdana Menteri bahawa beliau telah menikahi Zahida.."

    Betulkah ni??

    ReplyDelete
  8. Macam mana boleh buktikan bahawa dakwaan ini betul ataupun tidak?

    ReplyDelete
  9. Dari mana maklumat-maklumat seperti didapati? Adakah punca maklumat boleh dipercayai sepenuhnya?

    ReplyDelete
  10. Semoga kes ini terbongkar! Tidak payah rakyat berteka-teki lagi.

    ReplyDelete
  11. Dari dulu lagi Shafie dan Zahida dikaitkan. Siapalah gerangan yang memulakan khabar angin tersebut? Tiada angin, masakan pokok bergoyang.

    ReplyDelete
  12. banyak controversi.. lebih baik kurangkan kotroversi, tingkatkan prestasi

    ReplyDelete
  13. Kalau saya dapat duit sebanyak tu, saya akan bayar hutang. hehe

    ReplyDelete
  14. Shafie dah nafikan, lagipun tak da bukti cerita ini.

    ReplyDelete
  15. Isu Shafie dan Zahida semakin hangat dipasaran. Namun cuma hangat saja tapi tidak ada bukti yang kukuh untuk dakwaan ini. Semua ini cuma permainan politik semata-mata.

    ReplyDelete
  16. Datin Suryani mendiamkan diri mungkin sebab dia tahu semua ini tidak benar..

    ReplyDelete
  17. kalau pemimpin BN yang guna isu ini, confirm kena maki hamun.. sekarang pembangkang pula guna isu skandal seks..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.