Wednesday, April 18, 2012

Syed Sobri Telah Muflis Sejak Tahun 2010 Lagi

Datuk Syed Sobri Syed Hashim akur dengan keputusan Speaker Dun Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail yang mengarahkan beliau tidak hadir Sidang Dunberiktuan status hilang kelayakan sebagai Adun Kuala Nerang.

Katanya, beliau menghormati keputusan Abd Isa yang hanya menjalankan tugasnya sebagai Speaker Dun Kedah.

“Saya akur keputusan beliau, itu tugas beliau. Berhubung isu kerusi Kuala Nerang, saya serahkan pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk putuskan,” katanya.

Syed Sobri berkata, buat masa ini beliau sedang berusaha untuk membebaskan dirinya daripada status muflis menerusi proses perundangan.

“Saya sudah memfailkan injunksi untuk ketepikan perintah muflis sebelum ini pada Jumaat lalu. Saya masih menunggu tarikh pendengaran kes itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dijangka dibuat sehari dua lagi,” katanya.

Menurutnya, beliau dan peguam sedang berbincang supaya mahkamah dapat memberi tempoh kepadanya selama enam bulan bagi melangsaikan lebihan hutang tertunggak.

“Saya harap kes ini dapat diselesaikan dalam minggu ini juga.

“Saya benar-benar berharap keputusan berpihak pada saya supaya keputusan kes ini kelak dapat ketepikan keputusan terdahulu. Saya anggap keputusan belum muktamad kerana saya sedang berusaha bebaskan diri daripada status muflis,” katanya.

Syed Sobri berkata, beliau kini sedang berusaha untuk melunaskan separuh daripada hutang RM8 juta manakala baki RM4 juta lagi akan diuruskan kemudian.

Naib Ketua Umno Bahagian Padang Terap itu berikrar akan terus berikhtiar membayar hutang walau dengan apa cara sekalipun.

Hutang itu adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang dibuat pada 1998 bagi membolehkan syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn. Bhd. disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada ketika itu.

“Saya akan usahakan untuk membayar balik hutang demi untuk bebaskan diri daripada status muflis. Selepas itu bolehlah saya teruskan khidmat sebagai wakil rakyat sehingga keputusan rasmi daripada SPR,” katanya. -SH

11 comments:
Write comments
  1. Diahrapkan Syed Sobri akan berusaha membayar balik hutang beliau supaya boleh mengeluarkan dirinya daripada status muflis dan membolehkan dirinya berkhidmat lagi sebagai wakil rakyat.

    ReplyDelete
  2. Semoga setelah Syed Sobri berjaya melangsaikan hutangnya, beliau akan diberikan peluang sekali lagi untuk menjadi calon.

    ReplyDelete
  3. banyaknya hutang sehinggakan muflis

    ReplyDelete
  4. Elakkan berhutang diluar kemampuan untuk bayar balik

    ReplyDelete
  5. Susah sudah bila kena isytihar muflis.

    ReplyDelete
  6. Mahkamah Tinggi mengisytiharkan muflis ke atas Syed Sobri berikutan kegagalan syarikatnya membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP).

    ReplyDelete
  7. Pertama kali Syed Sobri bertanding ialah pada PRU 2008 di mana telah menewaskan calon PAS Zawawi Ahmad dengan majoriti 805 undi. Nampaknya PRU-13 ni tidak memberi peluang kepada Syed Sobri lagi untuk bertanding. tunggulah PRU 4 tahun lagi.

    ReplyDelete
  8. bayar hutang pakai duit siapa?

    ReplyDelete
  9. kena berhati-hati dalam berbelanja, jgn hingga muflis.

    ReplyDelete
  10. bagi mereka yang bermasalah pasti akan dikecualikan dari pelbagai urusan khas.

    ReplyDelete
  11. kalau sudah dicemari dengan status muflis tu, baik berundur saja dari politik..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.