SENATOR Datuk S. Nallakaruppan hari ini tampil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyerahkan bahan bukti berhubung salah laku moral yang didakwa dilakukan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada peguamnya, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah.
Bahan bukti tersebut diserahkan di perkarangan lobi Mahkamah Tinggi dengan disaksikan beberapa orang pengikut setia beliau yang hadir menyokong tindakannya.
Bahan bukti yang disampaikan oleh Nallakaruppan itu adalah berbentuk rakaman video.
“Ini (pita rakaman) saya serahkan kepada peguam, Shafee akan bawa ke mahkamah. Semua bukti ada dalam pita ini. Saya berikan tanggungjawab ini kepada Shafee untuk menjaga dan menyimpan bukti ini dengan baik,” kata Nallakaruppan di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan bahan-bahan yang terkandung dalam pita video rakaman tersebut dan segalanya akan terungkai dalam perbicaraan nanti.
Dalam sidang media itu juga, Nallakaruppan sekali lagi mendesak Anwar untuk mempercepatkan tindakan saman yang dibuat oleh Penasihat PKR itu.
“Saya sedang menunggu ketibaan Anwar di mahkamah dan saya mahu Anwar percepatkan perbicaraan kes saman beliau terhadap saya. Jangan gantung kes ini tak bertali. Saya cabar Anwar saman saya RM500 juta. Saya juga cabar Anwar membuat kenyataan terbuka mengatakan saya seorang pembohong.
“Saya tidak sabar mahu menceritakan di mahkamah berkenaan hubungan sulit Anwar dengan Shamsidar Taharin. Saya ingin menceritakan bagaimana Anwar makan ais krim bersama Shamsidar,” katanya.
Nallakaruppan juga menegaskan tidak akan sekali-kali gentar dengan tindakannya membongkar sikap Anwar walaupun sudah diugut sebanyak dua kali pada bulan lepas termasuklah kereta sahabatnya, U. Thanothaaran telah dipecahkan oleh tiga orang samseng pada 5 April lalu di Sri Gombak.
Nallakaruppan menerima notis saman sebanyak RM100 juta daripada Anwar sebulan yang lalu selepas beliau mendedahkan pemimpin PKR itu sebagai seorang biseksual.
Ekoran dari notis saman itu, Nallakaruppan mendesak Awnar mempercepatkan saman dan prosiding perbicaraan mahkamah supaya beliau dapat membuktikan Anwar sebagai biseksual dan juga sebagai pesalah laku moral dengan memberikan bukti-bukti kukuh yang ada.
Nallakaruppan juga tidak akan berganjak dari kenyataannya Anwar sebagai biseksual dan menegaskan Anwar tidak layak untuk menjadi pemimpin negara. (mynewshub.my)
Tuesday, April 24, 2012
Anwar Makan Ais Krim Dengan Shamsidar?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
dei nallakurapan; peduli apa AI makan aiskrim @ kongkek dgn shamsidar? itu rompakan terhadap dana/aset negara? kau sendiri MALAIKAT???
ReplyDeleteTidak habis2 dengan salah laku Anwar. Makin ramai pula kawan yang menjadi lawan Anwar.
ReplyDeleteRasanya semakin banyak pemimpin yang tidak gembira dengan si Anwar Ibrahim ini.
ReplyDeleteKenapa Anwar tidak berani mengambil tindakan saman 500 juta terhadapnya?
ReplyDeleteSelain isu seks, tiada bukti yang Anwar rasuah ka etc?
ReplyDeleteAiskrim perisa apa? Nalla yang tolong belikan?
ReplyDeleteDulu kawan rapat sekarang lawan rapat. Nalakurupuk nih tak boleh percaya. Nalakurupuk ni cemburu agaknya dia tak dapat aiskrim tu, kecewa.... yalah sebab dialah yang uruskan semuanya untuk anwar. Dia apa kurangnya.... selepas anwar nala ganti ha ha...
ReplyDeleteBolehlah dijadikan bahan bukti itu untuk membuat pertuduhan.
ReplyDeleteisu ini harus diselesaikan sebelum menjelang Pilihan raya.
ReplyDeleteSi Nalla ni macam dia bagus je, tapi bukti dia meragukan aku. Aku susah nak percayalah, jk si Nalla ni dekat dgn rumah aku dah lama aku siasat latar belakang dia. Apapun kita tgk je le sbb semuanya kedepan, yg benar akan mengatasi segalanya. Org islam skrg nipun susah kita nak percaya nikan si Nalla, harapkan pagar pagar makan padi.....
ReplyDeleteTIBAI
ReplyDeletekonspirasi dalaman PKR yang mahu menjatuhkan nurul Izzah macam mana??
ReplyDeletePemimpin BN terang2 merompak harta negara x plak puak ni kisah......kita taulah nallakorupsi pundei ni pun dah kena bagi harta rompakan negara Oleh pemimpin Bacul Negara.....suruh makan najis pun dia sanggup....bodoh.....
ReplyDeleteAnwar tak habis2 dgn skandal.
ReplyDeleteromantik betul tajuknya.. apa2 isu pasal Anwar guna ini tajuk saja la.. ''makan aiskrim bersama samsidar''.. haha
ReplyDeleteAnonymous said...
ReplyDeleteApril 25, 2012 9:36 PM
Anwar sudah rompak berbilion2 ringgit masa dia jadi menteri kewangan dan TPM..