Saturday, April 28, 2012

Perang Dingin Dalam BN Sarawak?

http://www.sapp.org.my/images/sarawak/bn_sarawak.jpgPemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak pada Jumaat diingatkan supaya tidak terbawa-bawa dengan pergeseran dalaman parti kerana ia boleh menjejaskan keputusan mereka meletakan calon yang boleh menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Pengerusi BN dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata presiden parti harus mengetepikan perbezaan yang mungkin ada dengan pemimpin bawahan mereka dalam memilih orang yang tepat yang boleh membawa kejayaan dalam pilihan raya nanti.

"Saya tidak mahu orang kesayangan anda menjadi calon kerana apa yang saya nak ialah calon yang boleh menang," katanya semasa majlis jamuan malam yang dihoskan oleh Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kediaman rasmi Ketua Menteri itu di sini malam Jumaat.

Selain Taib, yang juga Pengerusi BN Sarawak dan presiden Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), jamuan itu turut dihadiri oleh presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin, Parti Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan Ikom dan presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Masing.

Najib berkata perbezaan pendapat pasti berlaku dalam sesebuah gabungan yang mempunyai sejarah panjang seperti BN tetapi beliau percaya ia boleh diselesaikandengan semangat kekeluargaan. Katanya sejarah panjang itu juga mengaburi beberapa orang dalam BN mengenai matlamat asal pembentukan gagasan iaitu berkhidmat kepada rakyat dengan baik.

"Dengan memberi perkhidmatan baik kepada rakyat, maka mereka akan yakin untuk mengundi kita," katanya.

Perdana Menteri berkata sokongan dari Sarawak adalah penting bagi memastikanBN dapat membentuk kerajaan selepas pilihan raya akan datang dan oleh itu membolehkan agenda pembangunan di negeri itu dapat diteruskan.

Katanya pembangkang masih belum menunjukkan bahawa mereka dapat menyaingi segala usaha yang dilaksanakan oleh BN bagi negeri itu.

"Kami mahu buat lebih untuk Sarawak tetapi apa yang kami perlu ialah mandat rakyat negeri itu pada pilihan raya ini," katanya.

Terdahulu itu, Taib memberitahu pemimpin BN negeri supaya memberi tumpuan kepada kejayaan Sarawak di bawah BN daripada terbabit dalam pertikaian mengenaidakyah pembangkang.

"Sebagai orang lama dalam politik dan mentadbirkan negeri, saya kata pembangkang masa kini gagal membuktikan diri mereka sebagai alternatif lebih baik kepada rakyat dalam menguruskan negara," katanya.-BERNAMA

15 comments:
Write comments
  1. BN Sarawak mungkin boleh memperbaiki prestasi lebih baik daripada pencapaian mereka dalam pilihanraya Sarawak tahun lalu.

    ReplyDelete
  2. Perkidmatan dengan baik, jadi rakyat tidak teragak-agak mengundi BN

    ReplyDelete
  3. Sejarah panjang BN tidak akan memberi makna kepada rakyat sekiranya rakyat tidak diutamakan. Setiap pemimpin yang memikul amanah harus menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

    ReplyDelete
  4. Biarlah pemimpin tertinggi yang membuat keputusan mengenai pelantikan calon. Mereka pasti tahu siapa yang paling layak untuk menjadi calon boleh menang.

    ReplyDelete
  5. Diharapkan pemilihan calon ini akan mendapat sokongan daripada semua ahli BN, jangan disebabkan isu ini menyebabkan pergeseran dalam parti.

    ReplyDelete
  6. segala permasalahan yang wujud kena diselesaikan dgn cara baik. ia jgn diperbesarkan.

    ReplyDelete
  7. Kerusi2 kawasan majoriti melayu/melanau saja yg akan selamat! Kawasan majority tiong hua akan ditawan PR. Kawasan dayak akan terbelah dua! Cuma BN Negeri sarawak terselamat kerana kerusi2 DUN tidak dipertandingkan.Masing dan Mawan boleh ucapkan selamat tinggal!

    ReplyDelete
  8. Selesaikan mslah2 tertentu sebelum berlangsungnya PRU.

    ReplyDelete
  9. Perbalaan yang berlaku tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa pun.

    ReplyDelete
  10. Bersatu htilah untuk kebaikkan bersaama.

    ReplyDelete
  11. Pilih calon yang berkaliber, bukan yang melobi dengan banyak atau kaki kipas saja.

    ReplyDelete
  12. Sabah Sarawak will be the kingmaker for 13th GE!

    ReplyDelete
  13. Perang dingin pun yang penting dapat selesaikan masalah dalaman tersebut. Tidak perlulah mahu heboh-hebohkan masalah tersebut.

    ReplyDelete
  14. mana2 yang terlibat dengan pergeseran dalam, jelas sekali mereka bukan la calon boleh menang.. jadi, cari saja calon yang jenis diam2 ubi..

    ReplyDelete
  15. Kalau undi melayu semenanjung memihak kepada PR Sabah dan sarawak boleh ucap good bye. Masa itu barulah terhegeh2 menyembah PR. Nak declare independence? Kemuntinglah jawabnya.Orang kita bila dengar ISA dah menggeletar . Bukan mcm orqang PR kalau tak masuk Kemunting bukan pemimpin namanya! Pemimpin kita jd katak2 bolehlah..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.