Tuesday, April 24, 2012

Video Indie sokong BERSIH dapat sambutan

Pada mulanya, ketika bilik berita kami dipertontonkan dengan video muzik yang dihasilkan bagi menyokong BERSIH 3.0, sebahagian kakitangan merasakan ia agak membingungkan.

NONE"Ia tidak cukup sebagai video propaganda," kata seseorang, manakala seorang lagi melihatnya tidak cukup sebagai "lagu rasmi" bagi mengiklankan perhimpunan itu.

Bagaimanapun, lagu lima minit 26 saat berjudul "Tears of Malaysia" (air mata Malaysia) yang diluncurkan pagi semalam ditonton lebih 22,000 orang tidak sampai 24 jam.

Penerbit muzik daripada Johor yang kurang dikenali itu Michelle Hoo asalnya menggubah lagu itu tahun lalu untuk orang tersayang, lama sebelum BERSIH 3.0 terilham.

Gadis yang terikat di rumah ekoran penyakit lumpuh ayahnya, menulis lagu itu akibat kecewa tidak dapat menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 Julai tahun lalu.

"Semua orang menyumbang dengan cara masing-masing. Saya boleh menggubah lagu. Saya boleh menyumbang walaupun dengan berada di rumah," kata penerbit yang pertama kali menghasilkan video itu. -MK

9 comments:
Write comments
  1. Janganlah kerana video itu, kita mesti tahu tujuan sebenar utk himpunan itu jgn lari dr topik asalnya. Tanamkan sikap benci pada sesuatu kerana Allah bukan kerana nafsu semata-mata. Saya sokong himpunan bersih 3.0 nih, sbb nilah caranya kita menyuarakan apa hasrat rakyat atas tiket demokrasi berparlimen. Pihak berkenaan tak membenarkan himpunan itu kerana takut pada kejahatan yg telah dilakukannya sebelum ini. Ini terbukti dia adalah tentera2 syaitan jk dia berbohong dlm pemberian permit atau apa-apa alasan. Demokrasi yg berat sebelah yg mebuatkan saya benci pada pimpinan yg ada skrg. Nak kata tak pandai, tak faham, tak tahu dll kebanyakkannya belajo tinggi semua, belajo je tinggi tapi takleh nak tumpang. Org macam gini kita tak perlu sbb takde qualiti yg ada cuma kuantiti je. Kebanyakkan telah dicucuk hidung oleh pememrintah, melawankan kena tindakkan lak, tapi itulah hakikatnya. cuba ada renungkan jk tak macam gini, takkan jadi 1Malaysia yg mula layu dek kerna pemimpin yg rakus dgn kuasa,harta dll. Entahlah susah nak dihuraikan sbb terlalu byk apsek kena dilihat utk membuat satu2 keputusan yg baik, sbb manusia ni mmg byk kelemahan. Hanya org beriman dan beramal soleh saja yg dapat membawa kita kejalan kebenaran insyaallah....

    ReplyDelete
  2. Betul, jangan sampai tujuan asal dilupakan.

    ReplyDelete
  3. Saya rasa masih ada cara lain lagi untuk membangkitkan suara rakyat, tidak semestinya mengadakan demonstrasi.

    ReplyDelete
  4. Pihak menjadi penganjur kepada Perhimpunan Bersih perlu menjamin keselamatan yang hadir dan ketenteraman awam terjaga.

    ReplyDelete
  5. Jangan pula bawa anak2 dan orang2 tua pergi menghadiri Bersih

    ReplyDelete
  6. Ini lebih baik lagi daripada tunjuk perasaan melalui demo dan perhimpunan.

    ReplyDelete
  7. Lagu mampu membangkitkan semangat dan jiwa.sebab itulah ini slah satu pendekatan untuk mendapatkan sokongan rakyat. sama juga macam STAR yang buat promosi parti mereka.

    ReplyDelete
  8. BERSIH pun ada video sudah aa..Apa pun yang penting PRU akan datang ini akan dilaksanakan dengan baik dan jujur.

    ReplyDelete
  9. kesimpulannya, demokrasi di negara ini sangat subur hinggakan rakyat mempunyai pelbagai cara untuk menyuarakan hasrat mereka kepada parti pemerintah..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.