Penyelidik, Ong Kiang Ming mendakwa terdapat 3.3 juta kes melibatkan pengundi meragukan dalam daftar pemilih, di mana sebahagian besarnya melibatkan kawasan mengundi berbeza daripada alamat di kad pengenalan.
Berdasarkan data yang berusia sedekad itu, Ong mendakwa terdapat sejumlah 3.1 juta pengundi yang mengundi di suatu kawasan tidak mengikut dengan alamat mengikut kad pengenalan mereka.
"Ini secara khusus memberi masalah kerana maklumat ini diberikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 2002," katanya dalam sidang media di ibu negara pagi ini.
Ong yang juga pengarah projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap) berkata beliau menemui data berkenaan sejak 10 tahun lalu.
Bagaimanapun, beliau memerlukan tempoh seminggu untuk mengumpul maklumat tambahan, katanya.
-MK
Monday, April 23, 2012
Penyelidik dakwa wujud 3.3 juta pengundi meragukan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ini yg tak sedap didengar, mengapalah perkara begini berlaku di tanah airku yg tercinta, mungkin ada golongan politik yg penting diri dan perjuangan politiknya saja. Dimanakah slogan membantu rakyat jk benda2 begini berlaku. Memang manusia ni jahat jk tiada iman dalam dirinya.
ReplyDeleteKDN, JPN n SPR adalah anjing 'kena kembiri' UMNgOk/BN...megat junid megat ayub pastinya tersenyum di alam kuburnya...
ReplyDeleteSamada ini kesilapan dari pengundi itu sendiri atau pihak JPN/SPR. Apapun, perkara ni perlu diselesaikan sebelum PRU.
ReplyDeleteSPR sudah meminta kerajaan untuk menangguh PRU-13 supaya memberikan masa yang mencukupi untuk SPR membersihkan senarai nama pengundi.
ReplyDeleteDiharapkan masalah pengundi meragukan ini akan disiasat dan dikeluarkan dari senarai pengundi. Pastikan yang keluar mengundi nanti adalah warganegara yang betul-betul layak.
ReplyDeleteBukan sikit 3.3 juta tu. Bersihkan senarai nama pengundi hantu!
ReplyDeleteRakyat mahukan pilihanraya yang adil dan bersih.
ReplyDeleteJumlah tu perlu disiasat
ReplyDeletePihak Persekutuan harus serius dalam menyelesaikan masalah yang berbangkit
ReplyDeletedakwaan ini belum tentu lagi benar,baik siasat hal ini.
ReplyDeleteSelesaikan mengenai pengundi yang meragukan ini. Kerana mereka ini akan membawa masalah kepada negara kita nanti.
ReplyDeletemalah boleh timbul bila ramai pengundi yang enggan mengemaskini maklumat mereka sekiranya ada perubahan maklumat..
ReplyDelete