Thursday, April 26, 2012

Naib pengerusi DAP bantah BERSIH di Dataran

Naib Pengerusi DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini mengeluarkan kenyataan tidak menyokong himpunan BERSIH 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada Sabtu ini.

"Kebanyakan himpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan keganasan. Siapa yang akan bertanggungjawab tentang keselamatan mereka?

NONE"Saya menolak mana-mana pihak yang melakukan perkara menjurus kepada pelanggaran undang-undang," katanya.

Ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Tunku Abdul Aziz menegaskan, BERSIH 3.0 tidak wajar diadakan di Dataran Merdeka kerana ia mengajak rakyat melanggar undang-undang.

Menurut Tengku Aziz lagi, keselamatan peserta yang hadir pada himpunan itu juga tidak terjamin.

Tambahnya, penganjur perhimpunan seharusnya menerima pelawaan oleh pihak berkuasa untuk mengadakan himpunan tersebut di tempat yang lebih selamat.

"Sebenarnya mereka nak protes. Kenapa perlu lakukan di sana? (Dataran Merdeka) sedangkan DBKL sudah tidak membenarkan.

"Nanti akhirnya yang akan dipersalahkan ialah pihak berkuasa. Ini tidak adil.

"Mesti ada jalan lain tanpa melakukannya di jalanan... Ada saluran lain yang boleh digunakan seperti di Parlimen. Tetapi jangan melanggar undang-undang," tegasnya.

Sehubungan itu, Tunku Aziz berkata, walaupun beliau merupakan sebahagian daripada pimpinan Pakatan Rakyat, tetapi ia tidak menghalangnya untuk memberi pendapat peribadi.

Jelasnya, pendirian itu juga tiada kaitan dengan keputusan partinya.

"Walaupun kita daripada parti tetapi tidak bermakna kita perlu rasa bersalah dengan pendirian kita. Kadang kala kita sokong dan ada kalanya tidak," ujarnya.

-MK

13 comments:
Write comments
  1. Betul, saya sokong 100% Naib Pengerusi DAP untuk membantah perhimpunan Bersih, setiap kali mereka menjanjikan perhimpunan aman tetapi berakhir dengan kekecohan. Pihak Bersih juga tidak bertanggungjawab terhadap para peserta.

    ReplyDelete
  2. DBKL sudah bersetuju untuk membenarkan mereka mengadakan perhimpunan Bersih, tetapi dengan syaratnya diadakan di Stadium Merdeka dan bukan Dataran Merdeka. Ambiaga enggan memberi kerjasama dengan DBKL dan bertegas untuk mengadakan ia di Datran Merdeka, beliau mengatakan bahawa tidak cukup masa untuk memberitahu para peserta tetapi DBKL menyatakan kesanggupan mereka untuk mengadakan persidangan wartawan untuk mengumumkan pertukaran lokasi tersebut.

    ReplyDelete
  3. pendapat peribadinya tanpa terikut-ikut, sy respect...

    ReplyDelete
  4. Kalau mahu jadi pemerintah, tunjukkan contoh yang positif. Bukan galakkan rakyat jadi pemberontak.

    ReplyDelete
  5. SPR pun janganlah berkeras menegakkan benang yang basah.

    ReplyDelete
  6. maknanya tidak semua ahli2 atau pemimpin2 Pakatan bersetuju dengan perhimpunan ini..

    ReplyDelete
  7. saya harap Abdul Aziz tidak menerima nasib yang sama dengan Hassan Ali.. Pakatan ni lain sikit.. kalau pendirian bertentangan dengan ketuanya, mesti kena pecat.. tidak wujud demokrasi langsung..

    ReplyDelete
  8. Betul lah tu. Siapa yang mahu bertanggungjawab dengan keselematan kepada mereka yang hadir?? Rakyat ada pilihan sama ada join atau tidak. Kalau join memang tahap keselamatan belum tentu terjamin

    ReplyDelete
  9. Macam2 boleh terjadi pada masa tu. Jadi, utamakan keselamatan diri

    ReplyDelete
  10. see, DAP pun tidak setuju.. sebelum pemimpin2 pembangkang menasihatkan rakyat untuk menyertai perhimpunan Bersih, baik nasihatkan dulu ahli/rakan sendiri..

    ReplyDelete
  11. gara2 penganjuran perhimpunan Bersih, banyak urusan saya di KK terpaksa dibatalkan hari ini.. huh!!

    ReplyDelete
  12. perhimpunan Bersih kali ini lebih teruk.. byk huru hara berlaku, ramai yang cedera. inilah perhimpunan aman?

    ReplyDelete
  13. Nampaknya DAP juga membantah perhimpunan yang dibuat oleh Ambiga dan sekutunya ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.