SENARIO politik di Malaysia hari ini sudah berubah jika dibandingkan pada era PBS kerana kerajaan persekutaan pada waktu itu masih kuat dan masih boleh memerintah walaupun tanpa Sabah dan Sarawak.
Datuk Dr Jeffery Kitingan Pengerusi Parti STAR Sabah, telah menjelaskan kepada rakyat di seluruh negeri ini agar memilih parti STAR pada pilihanraya ke 13 untuk menyelamatkan Sabah daripada terus dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional dan UMNO yang dilihat sudah menjajah Sabah dan sewenang-wenangnya melanggar Perjanjian Malaysia.
STAR adalah sebuah parti tempatan yang benar-benar berjuang untuk rakyat. Datuk Dr Jeffery juga telah memberikan jaminan kepada rakyat Sabah, yang STAR akan menyelesaikan segala isu yang membabitkan hak-hak rakyat apabila STAR memerintah nanti.
Beliau telah menjelaskan, bahawa parti-parti daripada Semenanjung yang datang ke Sabah bukan untuk benar-benar memberikan pembangunan, tetapi mereka hanya mendapatkan undi rakyat dan mengikis kekayaan Sabah sahaja. Oleh itu, rakyat perlu menolak parti daripada Semenanjung dan memilih parti STAR supaya hak-hak rakyat Sabah boleh mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Parti STAR tidak serupa dengan parti-parti yang lain yang hanya mahukan kedudukan dan kepentingan peribadi. Perjuangan kepimpinan Datuk Dr Jeffery terbukti sentiasa konsisten sejak beliau terlibat dalam politik di Sabah di tahun-tahun 1980-an. Perjuangan beliau adalah menuntut Perjanjian Malaysia dan mendapat semula hak-hak yang dijanjikan dalam 20 Perkara tetapi telah dihakiskan kerana permainan agenda para pemimpin Malaya.
Rakyat Sabah harus bangun daripada tidur dan keluar daripada genggaman penjajahan Malaya yang telah memperbodohkan para pemimpin dan rakyat Sabah selama hampir setengah abad lamanya. Rakyat Sabah tidak ada pilihan lain untuk keluar daripada mulut naga selain daripada kuasa cahaya bintang dari Borneo.
Rakyat Sabah tidak harus segan atau malu, juga tidak harus ragu-ragu dan takut dengan ugutan para pemimpin Malaya hari ini kerana mereka hanya tahu menakut-nakutkan, menipu dan memberi rasuah, seperti bantuan BR1M, E-Kasih, 1Azam, 1Care dan projek-projek yang tidak memberikan keuntungan kepada rakyat, tetapi hanya mengisi kantung rasuah pasra kroni mereka sahaja.
Mereka memberi suapan dengan bantuan-bantuan kewangan yang hanya berupaya membantu kita hanya beberapa ketika. Kenapakah mereka gagal membangun ekonomi kita agar kita menjadi makmur dan tidak payah lagi disupa seperti budak-budak dari semasa ke semasa?
Barisan Nasional dan UMNO telah menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai 'Simpanan Tetap' bagi kemenangan mereka untuk terus memerintah negara, dan ini telah memberikan peluang kepada STAR muncul untuk menuntut hak-hak Sabah dan Sarawak.
Rakyat tidak perlu bimbang untuk memberikan sokongan kepada STAR, kerana pemimpin yang memandu parti ini adalah pemimpin yang berwawasan dan berkepimpinan taraf antarabangsa dengan minda global yang tidak ada tandingnya di kalangan pemimpin-pemimpin di Sabah mahupun di Malaysia.
Lihat sahaja bagaimana Dr. Jeffrey telah terbukti hanya satu-satunya manusia di dunia yang telah memikirkan begitu banyak perkara-perkara canggih yang tidak dapat difikirkan oleh para pemerhati dan penganalisis politik yang lain. Dialah juga merupakan pemimpin berani yang pertama kali menimbulkan isu 20 Perkara, menyebabkan Kuala Lumpur tidak dapat tidur lena hingga beliau dimasukkan ke universiti Kamunting selama hampir tiga tahun.
Dia juga yang telah menubuhkan KDI (sekarang berubah nama Borneo Heritage Foundation atau BHF), Borneo Dayak Forum, Common Interest Group Malaysia (CIGMA), dan seterusnya menubuhkan United Borneo Front (UBF), yang telah membawa kepada penubuhan State Reform Party (STAR) di Sabah dengan landasan perjuangannya Agenda Borneo, iaitu memperjuangkan hak-hak dan autonomi Sabah dan Sarawak. Beliau juga telah merealisasikan kewujudan United Borneo Alliance (UBA) atau Pakatan Borneo.
Sebelum ini, Dr. Jeffrey juga yang telah memikirkan untuk menubuhkan Institute for Public Policy Analysis (IPPA) yang kemudiannya bertukar menjadi Institute for Development Studies (IDS) di akhir dekad 1980-an.
Sewaktu menjadi Pengarah Yayasan Sabah, Dr. Jeffrey telah menubuhkan unit Pembangunan Insan, sesuatu unit yang luarbiasa yang mana telah berjaya membimbing ramai belia Sabah menjadi berjaya sebagai usahawan.
Malah, dialah juga yang telah memikirkan slogan sorakan kita ”Ini kali lah!” yang kini diteriakkan di mana-mana dan menaikkan semangat rakyat Sabah untuk melawan BN.
Bila nanti Dr Jeffery yang memandu Sabah selepas pilihanraya nanti, ekonomi rakyat pasti berubah dan pembangunan luar bandar akan terlaksana dan lancar dengan pengurusan sumber ekonomi kita lakukan sendiri tanpa banyak mengharap bantuan kewangan daripada Kuala Lumpur.
Sabah dan Sarawak mempunyai sumber ekonomi yang banyak seperti minyak, getah, kelapa sawit, pelancongan, perikanan dan hasil pertanian lain. Semua sumber ini akan menjadi pemangkin ekonomi rakyat Sabah tanpa batasan. Sabah harus mengawal dan menguasai sumber-sumber semulajadi pemberian Tuhan kepada. Hasil Sabah adalah hak orang Sabah, bukan hak orang Malaya.
Kesimpulannya Rakyat Sabah harus menolak kerajaan kukuh besi dan politik kotor. Masa depan rakyat Sabah adalah di tangan kita!
Saya menyokong pendirian STAR bahawa: Kalau bukan sekarang, bila lagi? Kalau bukan kita, siapa lagi? INI KALI LAH!
Kali ini kita harus menang dan tidak ada lagi lain kalinya! Hari ini kita yang akan menentukan hak dan kekayaan kita! Jangan lagi kita diperbodohkan oleh kata-kata manis mereka dan suara lembut serta rayuan atau pujukan parti-parti daripada Malaya.
Undilah parti yang memperjuangkan Agenda Borneo, parti STAR, parti yang bintangnya sudah bersinar cerah di Negeri Di Bawah Bayu!
Oleh : MASLAN MAGINDA (sabahkini)
Thursday, April 26, 2012
Kenapa Rakyat Sabah Harus Pilih STAR?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"INI KALILAH" - STAR. kembalikan hak rakyat Sabah. Bintang akan bersinar dari bumi borneo.
ReplyDeleteRakyat akan memberi mandat kepada pemimpin yang mereka merasa dapat membawa pembagunan kepada rakyat dan negeri.
ReplyDeleteSama ada mereka akan menerima Star pada PRU-13 nanti terpulanglah kepada penilaian rakyat sendiri. Diharapkan mereka akan membuat keputusan yang terbaik.
ReplyDeleteSiapa boleh perceya DR. Jefrey lagi saya nak tanya berapa kali lompat parti? Silap silap STAR banyak hilang deposit lagi pada PRU13. Kalau dia berpengaruh kenapa tidak jadi MP tewas kepada PBS.
ReplyDeleteSelagi parti yang bercorakkan perkauman dan hanya menunjangi satu agama sahaja tidak akan berjaya... Cuba lagi lain kali!!!!
ReplyDeleteknp sy mesti pilih UMNgOk/BN n menjadi PTI di negara sendiri???
ReplyDeleteBerapa ramai sudah keahlian STAR sekarang?
ReplyDeleteSTAR dikatakan mahu tanding 60 kerusi di Sabah.confidenkah mau tanding ni?masih belum lagi setahun jagung..
ReplyDeleteLets see whether the people will give STAR a chance?
ReplyDeleteIsu PATI yang tidak menyenangkan hati akan menjadi halangan besar untuk UMBO terus berkuasa.
ReplyDeleteDr Jeffrey merupakan raja Katak terbesar di Sabah, takkan rakyat Sabah tidak tahu berapa kali Jeffrey Kitingan pernah lompat parti sebelum ini? Siapa tahu beliau tidak akan lompat parti sekali lagi bila Star menang nanti?
ReplyDeleteSetahu saya, ada lebih 300 aktivis UBF yang kembali mengikuti BN kerana mereka dah hilang keyakinan terhadap Dr Jeffrey yang hanya memainkan politik demi parti Star sehingga perjuangan asal dengan UBF terabai.
ReplyDeleteUBF sudah dijadikan satu alat politik untuk Star, perjuangan Jeffrey Kitingan sudah hilang arah. Jeffrey tubuhkan UBF untuk apa? Untuk Rakyat ataupun untuk tujuan politik?
ReplyDeleteterpulang pada rakyat nak pilih parti mana yang mereka mau.
ReplyDeleteRakyat pasti tahu menilai segala pergolakn di Sabah dan parti mana yang dapat meneruskan membela nasib rakyat
ReplyDeleteKerajan sentiasa berusaha untuk membantu rakyat
ReplyDeletePerjuangan STAR memang relevan. Tapi sejauh mana keikhlasan perjuangan itu? Kalau satu dua pemimpin saja yang iklhas tapi yang lain tidak, apa macam?
ReplyDeleteSaya nak tanya siapa Pengarah Yayasan Sabah yang mansuhkan Amanah Rakyat Sabah daripada rakyat Sabah yang dahulunya dikenali dengan Saham Aamanah Tun Mustapha diteruskan oleh BERJAYA tetapi dimansuhkan waktu pemerintahan PBS yang mana ketika itu siapa Pengarahnya? Inikah yang dikatakan membela rakyat Sabah? Lagi satu kalau STAR benar-benar mahu tumbangkan BN sepatutnya Star bekerjasama dengan parti pembangkang lain seperti SAPP jangan TAMAK untuk jawatan Ketua Menteri. Kalau bertanding dalam semua kawasan DUN dan Parlimen Sabah ertinya MEMBANTU BN memenangi kesemua DUN dan Parlimen Sabah.
ReplyDeleteSTAR ditolak oleh raykat Sarawak bagaikan sampah hingga ramai yang hilang deposit? Rakyat Sabah pula kuitip?
ReplyDeletetapi kenapa STAR di sarawak manyatakan sokongannya kepada BN.kenyataan pengasas STAR di sarawak menyatakan nya beberapa hari yang lalu.apakah akhirnya nanti STAR jadi parti komponen BN macam PBS juga?renungkan dan fikirkan.
ReplyDeleteStar cakap mahu tanding 60/26...mampukah Star? ada calon kah yang sesuai?
ReplyDeletependirian Star juga sentiasa berubah-ubah..sekejap mahu kerjasama dengan pembangkang lain sekejap tidak...rasanya ianya hanya gimik politik JK.
ReplyDeleteakan ada pertandingan lebih daripada 2 penjuru nanti..ini kerana sudah pasti tiada formula 1 lawan 1 oleh pembangkang di sabah sebab masing2 tamak..
ReplyDeleterasanya BN sabah akan menang pada pru13 nanti...undi pembangkang akan pecah dan memberi kelebihan kepada BN.
ReplyDeleteBN sabah akan menang...
ReplyDeleteJika STAR boleh membawa lebih banyak perkembangan dan perubahan dari segi taraf kehidupan dan hak rakyat, apa salahnya?
ReplyDeleteBN masih kuat di Sabah. Buakan mudah untuk parti baru seperti STAR untuk mengambil alih.
ReplyDeleteSlogan STAR (ini kalilah) bagus tukar (lain kalilah), lupakan hasrat kamu jeffery, parti kamu bikin kacau saja,apa ertinya kamu bertindak sendirian kesian saja kamu, BN TETAP MENANG.
ReplyDeletekita pikia sama2 saudara/pagari/denakan/tompinai....apa tersirat & trsurat dlm agenda Presiden STAR ne. kalu sya...bimbang juga nti dia main lompat2 sj yg rugi kita bah kan bayau. pikia je dulu.....
ReplyDeleteSudahlah jeffery kamu tidak sehebat seperti 20 tahun yang lepas, mahathir mohammad sudah ajar kamu baik-baik, sedarlah jangan terlampau tamak kuasa jadi bos di sabah Musa Aman sudah cukup bijak menjaga kerharmonian kaum-kaum di sabah.
ReplyDeleteKedatangan STAR ke Sabah cuma nak memecahbelah pembangkang. Itu saja. STAR akan cuba menanamkan perasaan kebornean. Menang tak menang soalan kedua. Bila pertandingan tiga atau empat penjuru undian akan berpihak kepada BN. Strategi BN tak mahu satu lawan satu antara PR dan BN. Kalau ini terjadi undian akan berpihak kepada PR !
ReplyDeleteTidak ada makna dengan STAR jika dipilih untuk menjadi kerajaan. Kerana mereka tidak ada pengalaman yang banyak dalam politik tambahan lagi parti baru di Sabah.
ReplyDeleteharapan untuk rkyt sabah..parti star pasti bersinar d negeri bawah bayu..sekian lama kami d kongkong oleh umno beend.hk2 kami d rampas,perternak pti dah jadi kandang bagi negeri sabah..bangunlah wahai rkyt sabahan,perjuangkan hk2 kita selama ini d rampas..ini kali lah...
ReplyDelete""STAR adalah sebuah parti tempatan yang benar-benar berjuang untuk rakyat""???? STAR bukan parti Sarawak ka?? kalau mahu berjuang untuk rakyat Sabah, kenapa tidak bergabung saja dengan SAPP??
ReplyDeleteSTAR ni parti tamaha.. semua kerusi dia sapu dan dalam masa yang sama dia tidak mahu parti2 pembangkang yang lain meletakkan calon di mana2 kerusi yang dia tanding.. satu lawan satu maksud Jeffrey ialah, antara STAR dengan BN.. tamaha bertubi2!!
ReplyDelete"INI KALI LAH"
ReplyDeleteI doubt STAR can matched with what the present government has provided for the people of Sabah. Barisan Nasional (BN) Government will never break its promises: Barisan would also never disregard the people's requests.
ReplyDeleteWith 50 years of experience running the country, only the BN Government is capable of developing the country and its people.
The development enjoyed by the people such as electricity, water, roads, schools and institutes of higher learning such as Universiti Malaysia Sabah (UMS), were made possible because of the Barisan Nasional.
This is because of the leaders who place the people foremost in their minds when planning for the country.
ReplyDeleteTo this, the people to continue supporting the government especially Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and Sabah Chief Minister, Datuk Seri Musa Aman. BN has already proven itself and this is evidenced with its vision and mission aimed at enhancing the people's lives irrespective of their race, religion and locality. The BN Government is indeed a government that fulfils its promises.
When Najib was appointed the sixth Prime Minister, he planned various strategies so as to help people with low income.
ReplyDeleteThe Federal Budget 2012 is one example where it is geared towards improving the people's lives. In education, aid is provided to the pupils including secondary students and also students at institutes of higher learning.
There is also a special fund to repair schools, purchasing of equipment and construction of additional blocks. In addition, the government also conducts various programmes to spur the people's economy from time to time.
To top it up, the government also distributes aid directly to the people via its transformation programmes such as the First House Scheme, 1Malaysia Housing Scheme, Fishermen Housing Scheme and People's Friendly Housing Scheme.
ReplyDeleteThe government recently distributed RM500 to each family that earns less than RM3,000 a month. In Sabah, almost 356,000 people have received the Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) scheme.
Apa asas star jamin keselamatan Sabah bila menang!
ReplyDeletedr jeffrey telah lompat parti beberapa kali akan tetapi perjuangan nya cuma satu iaitu perjuangan 20 perkara perjanjian malaysia 1963 dan agenda borneo......
ReplyDeletebuduh ba kmu ni....bagi la chance ba..manatau dia brubah....lagipun BN bikin rusak sabah ja ...Pilak d kk tu nda dapat jg BN halau. HIDUP STAR .HAK SABAH MILIK SABAH BUKAN SEMENANJUNG.makin sokong BN MAKIN MISKIN SABAH.
ReplyDeletekalo sokong Be End pn hampeh..x pa ..sokong org sndiri lg bgus..biarlah..hampeh..lg baik drpd org lain...ini kali lah ..! kalo bukan kita siapa lagi ? kalo bukan sekarang bila lagi?? ini kali lah!!!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebagi sy..sy lebih suka tinggal d rumah kecil,tpi selamat.. berbanding tinggal d rumah besar yg tak selamat kerana takut d rompak..lepas 2 jdi pengemis d negeri sendiri..faham2 lah kmu org sabah.ramai org kampong sangat2 tdk selesa dan hilang semengat utk mengusahakan tanah mereka kerana apa yg mereka korbankan selama ini adalah sia2 sja..sebab byk kes2 yg telah berlaku sekrg..jdi utk anda lbh selamat pilih lah Pati Star pimpinan DJK dn gabungan pati pembangkang tempatan lain..doa kmi kali ini semoga sinar Borneo pd PR13 akan menyerlah di atas pimpinan DJK dn gandingan pemimpin pembangkang lain.
ReplyDeletesy teringatkan nasihat dr.Mahatir dahulu..bagus jg nasihat dia ni,"klu kita sedang makan dan makanan itu sedap,berhentilah makan sebab byk penyakit akan timbul bila terlalu kenyang,"katanya.lebih bagus kasih peluang org lain makan..jdi sebagai perumpamaan,setakat ini kerajaan BN memang bagus dan blh lah dibanggakan,ini lah masa utk BN serahkan kpd kjaan baru dan dlm masa 5 thn saja rakyat akan nilai semula apa yg kerajaan bru tlh lakukan..klu pn memang BN jga yg rakyat rasakan lebih ok selepas 2,sudah tentu rakyat tetap akan pilih semula..so sy percaya rakyat sabah akan berpandangan sebegitu..oleh kerana itu,kita rakyat asli di sabah harus bersatu dan memikirkan masa depan anak cucu kita terjaga..dlm PRU13 ini kita bagi peluang kpd pemimpin dan parti tempatan kita utk mentadbir negeri sabah ini tanpa gangguan dari luar..mereka lah merupakan aset terpenting sabah di bawah bayu..ini kali la,betul2 kita buat.
ReplyDeleteManusia yang hidup di bumi sabah dan tidak mahu sokong/ undi pati STAR adalah manusia dari golongan lambat pick-up. Mereka juga dari golongan penipu, tamak, dan perampas. Lihat.............!! Apa bukti nya Sabah pada asalnya bergabung membentuk Malaysia adalah sebuah NEGERA dan bukannya Negeri. Sabah juga telah menggariskan perjanjian 20 perkara tetapi apa jadinya...?? Kerana penipuan, Ketamakan orang Malaya telah merampas semua ini. Tapi tidak apa..Tuhan itu adil, suatu hari nanti golongan2b ini akan ketulahan dan pasti mendapat balasan yang setimpal..jan kamu hairan cucu-cicit kamu menerima malang disebabkan oleh dosa2 nenekmoyangnya.
ReplyDeleteNasi sudah menjadi bubur..ini pepatah melayu, Sabah kini penuh dengan pendatang. PATI = pendatang haram dapat IC projek M. Pati-pati = Pati dari semananjung Malaya...UNTUK MENJAJAH NEGARI ORANG = UMNO. (tapi ada sikit masa lagi) Jika anda warga asli Sabah atau dengan lain kata ANAK JATI SABAH, Sokonglah Pati STAR kerana hanya ini lah pati yang satu-satunya menuntut hak anak jati Sabah.Jika tidak kita akan jadi ORANG ASING DI NEGERI SENDIRI KERANA HAK KITA TELAH DI RAMPAS. BUKTIKAN SOKONGAN ANDA PADA PRU-13..Ok..hanya org pendatang saja yang tidak mahu tuntut hak Sabah.
ReplyDeleteBETUL TU KALAU KITA KELUAR MALAYSIA PUN APA SUSAHNYA IKUT SAJA MACAM BERUNAI NEGARA MERIKA MASEH DIJAGA OLEH ASKAR GURKA DARI BRETISH. UNTUK BAYARAN GAJI MERIKA KALAU KITA sudah memerinta DAN KITA DAPAT BALIK 100 PERATUS HASIL MINYAK KITA MAKA ITU TIDAK ADA MASAALAH BAGI STAR UNTOK MENTADBIR BETUL TA....??? LEPAS TU BARU KITA CARI DAN TANGKAP DALANG PROJECK IC.ITU...INI KALI LAH...HAI ORANG SABAH PIKIR LAH MASAK MASAK SEBELUM NASI JADI BUBUR TENTUKAN STAR MENANG BESAR PADA PRU.13 NANTI INI KALI LAH..BAINO NO...BETERO NO...HIDUP BORNEO...
ReplyDeleteINI KALI LAH!
ReplyDeletechayo'chayo seja lah .. hoho
ReplyDeletentah la mentality orng sabah ni..adui2, sy kesian betul..bagus2 ada parti sendiri tapi masih mau sokong parti orng asing...ada gula di tempat sendiri tapi masih mau ambil gula orang lain...katak? lompat parti? sy tanya kamu, klau ko mau pergi KK dgn menaiki bas, tapi tu driver hantar ko sampai gunung emas ja..kmu masih mau ikut tu bas kah? ada otak pndi2 la fikir...DDJK berabis mau memperjuangkan hak2 orang sabah, tapi kamu sabahan masih x pndi2 faham, dia antara satu-satunya sabahan yg graduate dr University Harvard, tapi kamu masih x yakin dengan dia.
ReplyDeletesy kesian la kamu. Adakah sabahan2 ni sokong kemasukan pti di sabah? adakah orang sabahan ini rela membiarkan oleh orang asing mengurus hak2 kamu? ADAKAH KAMU SEDAR YANG KITA NI NEGARA SEBENARNYA? Adakah orng sabah ini seperti lalang ditiup angin?? Bila la kamu mau sedar ni, hak2 kita sda dirampas dan tidak dihormati tapi kamu masih sanjung orng cilaka itu? Kalau la smua sabahan undi STAR, confirm kita ada kuasa utk ubah taraf hidup kita di sabah.
Facebook kamu tau masuk, takkan isu2 semasa dan perkembangan dunia kamu tidak tau? jangan jadi katak di bawah tempurung..Kasihani la generasi yang akan datang nnti, terpaksa pergi jauh hanya utk menampung hidup keluarga..amen untuk kemenangan dan maruah sabahan! INI KALI LA! INI KALI LA!
Kenapa orang sabah masih tak faham.Selangor Kedah pulau pinang kelantan diperintah pembangkang ia tetap didalam malaysia.peta dunia tidak akan berubah.
ReplyDeleteSama ada pembangkang atau BN memerintah sabah atau sarawak ia tetap dalah malaysia.
Kalau sabah miskin mana mungkin sultan sulu mahu merampas sabah. Melalui pilihan raya sabah takan keluar dari malaysia kecuali penyokong sstar berdepan dengan ATM sepertimana yang dilakukan penceroboh ke atas sabah.
kalau sabah diperintah pembangkang mana dapat duit kalau tidak dari kerajaan pusat.Jangan bandingkan dengan brunei .Luas sabah lebih kurang 21 kali ganda negara brunei.Kalau begitu sabah hanya mampu memajukan daerah yang sama saiz dengan Brunei mungkin keningau bagaimana daerah lain yang berpuluh puluh kali ganda saiz BRUNEI adakah semua daerah lain terbengkalai..
Parti perkauman tak boleh bertahan lama cepat menang cepat juga kalah sebab termakan pembohongan diri sendiri.Semua parti perkauman di malaysia tamak UMNO dan orang melayu kaum terbesar di malaysia masih menghormati kaum lain walaupun boleh dianggap dapat dikira dengan jari. Saya bukan melayu tetapi kita kena terima mana kaum yang terbesar itilah yang menjadi PM
Saya percaya STAR tewas disemua kerusi dengan ketuanya sekali sepertimana yang berlaku ke atas SNAP sarawak tahun lepasINI KALI PUN LAIN KALI TETAP GAGAL JUGA.
BUAT PENGETAHUAN SEMUA KEAMANAN MENGATASI SEGALANYA.
Cuba buktikan satu persatu mana projek di sabah sebelum masuk malaysia dan mana satu projek di sabah selepas 1963 bermula dari sempadan brunei sampai ke tawau.Lagi satu mana pula projek yang dibuatPBS semasa memerintah sabah mana sati projek Bn di sabah. Ataupun tanya datuk nenek berapa juta BR1M rakyat sabah dapat sebelum masuk malaysia. Atau berapa BR1m semasa PBS.BErapa belanja setiap seorang murid dari tahun satu sampai tingkatan 5 kalau sehari RM 8kali dengan 11 tahun barapa jumlahnya setiap seorang.
ReplyDeleteAdakah bangsa lain tidak dapat selain melayu jangan bohong saya pun orang bukan melayu tetapi saya tidak mudah tertipu sebab parti perkauman raahnya tak menentu.
SNAP sebuah parti orang iban yang dipimpin stephen kalong ningkan pada mulanya dapat sokongan kaum lain selepas menang dah lupa diri tamak angkuh akhirnya beberapa dun dari kaum lain tidak bersatu dengannya dengan itu berakhirnya SNAP belum sempat sampai pilihan raya .Saya pasti STAR pun sama juga apa kurangnya.