Tuesday, April 24, 2012

Bekas Imam Rogol Remaja

Seorang bekas Imam sebuah masjid di Johor Bahru hari ini dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 12 sebatan selepas didapati bersalah merogol seorang gadis di bawah umur tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Nu’aman Mahmud Zuhudi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Nur Akmal @ Basok Bakri Abdul Kader, 32, di akhir kes pembelaan.

Dalam penghakimannya, beliau berkata, walaupun tertuduh pertama kali melakukan kesalahan seksual itu, namun kedudukannya sebagai seorang imam jelas menunjukkan dia benar-benar mengetahui hukum dan kesalahan yang dilakukan.

“Mahkamah mengambil kira kepentingan awam dalam kes ini dan bukannya kedudukan dia sebagai imam. Tertuduh sepatutnya memberi contoh yang baik kepada masyarakat dan menjaga nama baiknya,” katanya.

Tertuduh didakwa merogol remaja perempuan ketika kejadian berusia 13 tahun di rumahnya di Taman Perling, dekat sini, kira-kira jam 3 petang, 21 Februari 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sepanjang prosiding berkenaan, tertuduh kelihatan tenang namun sebaik sahaja keputusan dibacakan, dia akhirnya mengalirkan air mata apabila dipeluk ahli keluarga yang lain.

Terdahulu, peguam Sukhaimi Mashud memohon hukuman terhadap anak guamnya diringankan atas alasan kesalahan pertama dilakukan selain tertuduh adalah adalah seorang imam serta sudah berkahwin dan memiliki seorang anak berusia empat tahun.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Afif Ali. -SH

8 comments:
Write comments
  1. Imam yg hilang iman sbb tu sanggup melakukannya, tapi kita kena ingat syaitan sukalah sbb berjaya memperdayakan imam nih, minta kita semua dijauhkan dr kerja gila ini. Bab kata Tok guru Nik Aziz, iman kita ni kdg2 carik sbb terlalu nipis sgt. Siapa yg ada test band blh mengukur iman seseorg....takde kan. Individu itu sendiri dan Allah sajalah yg mengetahui tahap mana keimanan ini. Bila dah buat tanggunglah akibatnya sesal dulu pendapatan sesal kemudian nilah akibatnya.... semoga ko tabah hadapinya tapi yg plg ptg bertaubatlah semoga Allah mengampunilah...insyaallah. Kita tidak lari melakukan kesilapan(dosa) tapi cubalah bercita2 utk mengelaknya atau meminimize(mengurangkan).

    ReplyDelete
  2. ramai mufti flip flop, mcmana pula???

    ReplyDelete
  3. Memang memalukan, bekas imam sanggup melakukan perkara terkutuk seperti ini.

    ReplyDelete
  4. Tergugat juga iman bekas imam tu..

    ReplyDelete
  5. Manusia tidak boleh dinilai melalui luaran saja.

    ReplyDelete
  6. godaan nafsu amat kuat. bekas imam pun tewas.

    ReplyDelete
  7. Yang penting keadilan itu perlu ditegakkan oleh mahkamah.

    ReplyDelete
  8. yang arif dengan hukum dan kesalahan pun masih juga buat kesalahan.. baik gandakan saja hukuman untuk orang seperti ini kerana kesalahan yang dia buat ini turut menjejaskan nama baik semua imam2 di Malaysia..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.