Aktres Zahida Rafik menjadi semakin popular selepas tersebar dakwaan dia menerima sejumlah wang daripada seorang menteri kanan sehingga mengundang pelbagai reaksi panas menerusi laman sembang Twitter milik pelakon itu.
Kebanyakan pengikut Twitternya iaitu di @zahida_rafik menghantar pesanan yang menyindir selain teguran pedas berhubung dakwaan kononnya dia menerima wang kira-kira RM1.5 juta daripada VIP berkenaan.
Salah seorang pengikut Twitter Zahida iaitu Fared Isa pada dua hari lalu menghantar mesej berbunyi: “Hi jutawan. Anda telah kantoi…Saya tidak pernah dengar nama anda sebelum ini hinggalah berita anda ini tersebar ke seluruh negara.”
Zahida pula membalas dengan berkata; “Sabar!!Teruskan usaha anda! Saya perlu tido sekarang, selamat malam! Esok jangan lupa tweet lagi tau…Sekurang-kurangnya saya seorang jutawan, anda pula?
Seorang lagi pengguna, Mohd Firdaus menghantar pesanan kepada Zahida lima hari lalu berbunyi: “Untung laaa @zahida_rafik hidup senang-senang sahaja hujung minggu dapat RM200,000. Nak duit beritahu sahaja dekat menteri. Saya harap berita ini satu kebenaran.”
Zahida pula membalasnya; “Maaf ye, saya bekerja keras untuk dapatkan duit. Jika kamu tak ada duit, saya boleh derma sedikit. Tidak apa, Allah akan tunjukkan kebenarannya.”
Bagaimanapun trend tersebut berubah apabila pengikut Twitter milik Zahida mula memberi komen yang positif terhadap pelakon itu apabila terdapat mereka yang menyokong dan memberi galakan kepadanya.
Seorang pengikut Twitter Zahida iaitu Tengku Iskandar menghantar mesej berbunyi; “Harap cepat selesai masalah ini sebelum makin melarat. Faham-faham sahaja la di Malaysia ini, semua hendak jadi hakim.”
Adlynn Jamlus pula menghantar mesej dengan meminta Zahida bersabar iaitu; “Bersabarlah dengan dugaan yang diberi... Insya-Allah ada hikmahnya.
Sehingga malam Isnin, akaun Twitter pelakon Anak Mami The Movie ini mempunyai 7,069 pengikut.
Rabu lalu, pemandu peribadi Zahida, Noor Azman Azemi membuat laporan polis mendakwa aktres berkenaan mendapat wang berjumlah RM1.5 juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.
Bagaimanapun, Zahida dan menteri berkenaan telah menafikan tuduhan itu dan sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang cuba memfitnah mereka.
-Mstar
Monday, April 23, 2012
Akaun Twitter Zahida Rafik 'Panas'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tak usah risau, semua tu Allah tahu biar apa berlaku, jk salah tanggung le akibatnya dimasa depan jk benar alhamdulillah. Kita org islam sebolehnya cuba elakkan drp dimurkai oleh Allah insyaallah.
ReplyDeletezahida; jgn cukur itu rumput emas, nanti SAPIe x climaxxxxxxx...
ReplyDeleteKalau kesalahan dan keburukan orang memang senang saja akan tersebar. harap kita tahu kebenarannya nanti.
ReplyDeleteSemua dakwaan ini hanya datang dari Pemandu tersebut sahaja, sejauh mana kita boleh percaya apa yang dikatakan oleh pemandu itu?
ReplyDeleteTak apa, kita tunggulah dan lihat. Allah akan menunjukkan kebenarannya.
ReplyDeleteBerani kerana benar, takut kerana salah.
ReplyDeleteMaaf ye, saya bekerja keras untuk dapatkan duit. Jika kamu tak ada duit, saya boleh derma sedikit.
ReplyDeleteWah, statement. Riak betul.
Zahida: Kenapa tak saman pemandu tu.... kan yu bilang dia yang buat laporan palsu kepada polis... ha ha
ReplyDeleteBertaubatlah sebelum terlambat walau apapun kejahatan yg telah ko buat, ko boleh tipu kita org tapi ko mesti ingat Allah maha mengetahui. Ko sebenarnya pun menyesal dgn perbuatan kalian buat...tp dek kerna sedap umphhhhh2....tu yg takleh nak tahan hehehe...benda sedap bukan lama sekejap je bukan sakit tapi sedap tp yg salahnya bukan jalan yg benar. Skrg dah kawin kira oklah tp yg tak ok kalian byk duit ye....jk guna duit rakyat dah le, jk guna duit sendiri apa aku kisah.
ReplyDeletesaman pemandu tu la safie...daripada nak tunggu cber tropers melalak menyebar fitnah dalam internet baik cepat!
ReplyDeletesemakin popular Zahida dengan kontroversi
ReplyDeleteisu ini makin hangat, tapi ia belum tentu benar.
ReplyDeleteNampaknya Zahida tidak patut bergembira saja. Khawin saja habis cerita terus dapat gelaran datin Zahida.
ReplyDeletehanya kerana kepentingan politik sesetengah pihak, hancur nama baik seseorang yang belum dibuktikan bersalah..
ReplyDelete