Polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air dalam pertembungan dengan ribuan peserta yang membantah reformasi sistem pilihan raya hari ini, meningkatkan risiko tindak balas politik yang mungkin menyebabkan pilihan raya umum yang dijangka pada Jun ditangguhkan.
Polis pencegah rusuhan bertindak balas terhadap sesetengah peserta - sekurang-kurangnya 25,000 orang - daripada cuba merempuh penghadang ke Dataran Merdeka mendapat perintah larangan mahkamah daripada dimasuki. Mereka melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata dan mengejar peserta di jalan raya.
Peserta juga bertindak balas dengan membaling botol dan kerusi kepada pegawai polis. Malah, kereta polis diterbalikkan peserta yang marah selepas ia melanggar peserta perhimpunan. Kebanyakan peserta bersurai awal petang tetapi pertembungan tetap berterusan sekali sekala.
"Mereka (polis) minta peserta bersurai tetapi tidak memberikan amaran yang cukup," kata Aminah Bakri, 27, dengan air mata mengalir disebabkan gas pemedih mata.
"Mereka tidak kisah."
Reaksi polis boleh memberi risiko kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najin Razak, yang jika dilihat terlalu keras mungkin memaksanya menangguhkan pilihan raya umum yang mesti diadakan sebelum Mac tahun depan. Pemerhati menjangkakan ia diadakan pada Jun.
- Reauters
Sunday, April 29, 2012
Pertembungan mungkin tangguhkan pilihan raya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rakyat mahukan daftar pemilih betul2 bersih...daripada penggundi yg terdiri dpd orang2 pendatang yg dgn begitu mudah diberikan kerakyatan malaysia dan boleh mengundi...itulah rakyat bumiputra malaysia bermati2an menuntut kerajaan utk membersihkan daftar mengundi dpd dicemeri daftar pengundi orang asing. Saya percaya rakyat akan bangkit terus bangkit selagi kerajaan sekarang tidak mengendahkan dan membersihkan daftar pengundi tersebut...rakyat malaysia sudah pintar semuanya dan kerajaan tidak boleh tipu mereka sewenang-wenangnya...jangan pemimpin kerajaan malaysia sekerang ini menggadai malaysia kepada orang asing melelui penipuan daftar undi....sedarlah kerajaan malaysia...rakyat malaysia semuanya pintar2 belaka, murid darjah rendah disekolah rendah pun faham peniupuan ug sedang mereka lakukan ini...penghianatan bangsa dan negara. Syabas BERSIH 3.0
ReplyDeleteKalau betul ada penipuan dalam pilihanraya, kenapa 5 buah negeri jatuh ketangan pembangkang semasa PRU lalu? Ada yang dapat jawab?
ReplyDeletetu sebab majoriti kecik jak..klu xda penipuan grenti lebih besar lagiiii
DeleteMemang sukar untuk kawal tindak tanduk rakyat kalau sudah terlalu tanamkan perasaan bencikan kerajaan.
ReplyDeleteSituasi sekarang masih belum stabil apalagi bila timbul isu2 dari perhimpunan Bersih ni.mungkin PRU akan dilambatkan lagi.
ReplyDeletedalam keadaan sekarang, tidak mustahil PRU akan dilewatkan lagi.
ReplyDeletejangan le jadi pengecut utk melambat2kn permainan..
DeleteSabah penuh dengan pengundi daripada PATI yang diberikan kad pengenalan. Ini bukti UMNO PENIPU menipu dalam pilihanraya dengan memberi IC kepada pATI sebab itu UMNO PENIPU melengah-lengahkan penubuhan RCI PATI di Sabah! Faham!
ReplyDeleteBila2 saja pilihanraya, pastikan semua sudah bersedia untuk berjuang.
ReplyDeleteTidak kira bila PR akan diadakan, apa yang penting calon2 yang akan dipertandingkan itu mempunyai kebolehan untuk memerintah.
ReplyDeleteada beberapa buah negeri yang dimenangi majoriti oleh pembangkang. Tak kan la tu pun tipu
ReplyDeleteBersih hanya mainan pembangkang
ReplyDeleteAmbiga pun dapat 'dipatahkan' oleh KJ dalam satu debat. Apa lagi yang tidak puas hati?
ReplyDeleteInilah akibatnya jika emosi yang mengawal diri, bukan akal.
ReplyDeletePolis terpaksa bertindak kerana bagi menghalang lebih teruk berlaku.
ReplyDeletesyabas kepada Ambiga dan pemimpin2 pembangkang kerana berjaya menjadikan rakyat sebagai perisai mereka untuk merampas kerajaan..
ReplyDeletepeserta2 perhimpunan dapat parut kekal, pemimpin2 pembangkang dapat jawatan kabinet.. kesian!
ReplyDeletePerdana Menteri akan mengumumkan tarikh pilihanraya bila beliau dah mengenal pasti masa yang sesuai.
ReplyDeletePara pembangkang dan Ambiga cuma memperalat peserta Bersih untuk tujuan politik mereka. Di mana ketua Pembangkang dan Ambiga berada bila pihak polis menembak gas pemedih mata dan tembakan air? Awal-awal sudah beredar ke tempat yang selamat tetapi peseta lain yang terpaksa merana.
ReplyDelete