Thursday, April 26, 2012

Pengerusi SPR, timbalannya adalah ahli Umno?

PKR mencabar Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, menafikan dakwaan mereka masih memegang keahlian Umno bagi membuktikan mereka adalah berkecuali daripada mana-mana parti politik.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dipetik Sinar Harian Online berkata, mana-mana anggota SPR tidak seharusnya menganggotai mana-mana parti, dan bersifat berkecuali supaya tidak cenderung kepada mana-mana pihak.

Beliau membangkitkan perkara ini ketika desas-desus Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam masa terdekat dan mempersoalkan ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya.

Malah, Saifuddin turut menegaskan, pihaknya mempunyai bukti kukuh mengenai keanggotaan mereka dalam Umno — parti teras Barisan Nasional (BN).

“Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno (beliau). Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya.

“Mereka patut lepaslah (keahlian dalam Umno), jangan ada sekelumit prejudis dan prasangka bahawa SPR ini berpihak kepada mana-mana parti politik,” katanya.

“Saya juga ada maklumat di mana cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno),” katanya dalam satu temubual eksklusif di pejabatnya semalam.

“Saya minta, esok, mereka menafikan yang mereka bukan ahli Umno. Jika tidak, saya akan dedahkan di cawangan mana mereka menjadi ahli Umno,” katanya lagi.

Tambah Saifuddin, kedua-dua mereka seharusnya melepaskan jawatan dalam parti apabila dilantik menganggotai jawatan dalam agensi pengendali pilihan raya tersebut.

“Kalau ya pun, hati kecil biarlah dapat bersuara... dalam menguruskan SPR, pihak berkepentingan adalah rakyat,” katanya.

Malah, Saifuddin turut memuji tindakan yang diambil Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang melepaskan jawatan dalam parti sebagai Ketua Umno Bahagian Kota Marudu, apabila dilantik menjawat jawatan berkenaan.

Tambahnya lagi, Pandikar sendiri ada memaklumkan perkara itu kepadanya bahawa Abdul Aziz dan Wan Ahmad seharusnya mengikuti jejak langkah Speaker Dewan Rakyat terbabit.

“Itu (jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR) bukan jawatan politik, Agong yang lantik, mereka masih ahli Umno yang sah, saya minta mereka menafikan perkara tersebut,” katanya.

Pandikar dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat empat tahun lalu.

Abdul Aziz menjadi Pengerusi SPR pada Januari 2009 manakala Wan Ahmad pula kira-kira setahun sebelumnya.

SPR telah menghadapi dakwaan berterusan daripada pembangkang dan badan pemerhati pilihan raya Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih), yang mengatakan badan pengendali pilihan raya itu tidak telus dalam daftar pemilih mereka.

Disebalik tuduhan tersebut, SPR telah mengemukakan buku menjawab segala dakwaan dan fitnah berkenaan pada Rabu lalu yang menjawab 12 dakwaan pembangkang dan badan NGO terhadap suruhanjaya berkenaan.

Ekoran rasa puas hati terhadap sistem pilihan raya di negara ini, badan menuntut pilihan raya adil, Bersih telah membuat keputusan untuk mengadakan demonstrasi “Duduk Bantah” di Dataran Merdeka pada Sabtu ini. -TMI

14 comments:
Write comments
  1. Pihak SPR perlulah telus dan adil, mereka tidak seharusnya terlibat dengan mana-mana parti untuk memastikan semuanya adil. Diharapkan isu timbalan adalah ahli UMNO ini akan disiasat terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  2. Lebih baik ahli dalam SPR adalah bebas daripada politik, tugas mereka adalah untuk memastikan pilihanraya sentiasa bersih dan adil tanpa berat sebelah.

    ReplyDelete
  3. dpt projek pun dr UMNgOk, apa mau expect? menang-menang, rakyat yg hangkang...

    ReplyDelete
  4. Negara lain ada ka masalah macam SPR ni??

    ReplyDelete
  5. kalau pembangkang tidak pernah menang, barulah saya percaya bahawa SPR itu kotor..

    ReplyDelete
  6. kenapa belalang bodoh sangat tak boleh fikir ker..nak jadi pencacai agak-agak la..

    ReplyDelete
  7. sebagai anggota SPR hendaklah diyakini bebas, tidak berpihak dan ‘non-partisan'.

    ReplyDelete
  8. Belalang tu pencacai UBN, berapa ko kna bayar ???

    ReplyDelete
  9. SPR harus bersikap berkecuali dan laksanakan tugas dengan amanah

    ReplyDelete
  10. Apa terjadi selepas Perhimpunan Bersih??

    ReplyDelete
  11. Anonymous said...
    April 27, 2012 11:06 PM

    Anonymous said...
    April 28, 2012 1:07 AM

    memang betullah apa saya cakap.. saya ulangi lagi,, kalau pembangkang tidak pernah menang pilihanraya kecil, negeri atau umum, barulah SPR itu kotor.. cuba tengok balik kenyataan pemimpin2 Pakatan sebaik mereka memenangi 4 buah negeri.. bukankah mereka sendiri ada memuji bahawa SPR itu adil???

    ReplyDelete
  12. boleh Saifuddin Nasution nafikan bahawa ada kod 71 dalam kad pengenalan dia?? bukan setakat dibenarkan mengundi, malah dibenarkan untuk menjawat2 jawatan kabinet persekutuan(sekiranya menang pilihanraya)...

    ReplyDelete
  13. dakwaan ini belum tentu benar atau tidak, PKR mmg suka reka cerita, SPR adalah badan bebas.

    ReplyDelete
  14. Selesaikan masalah yang terdapat dalam SPR ini bagi memestikan kebersihan dalam PRU akan datang nanti.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.