Walaupun Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menafikan mengeluarkan sebarang arahan berhubung pemasangan bendera BN, beberapa stesen Komuter di Selangor bagaimanapun dilihat mula 'membiru'.
Tinjauan Malaysiakini di tujuh stesen Komuter bermula di laluan Kuala Lumpur-Pelabuhan Klang mendapati dua stesen dekat Shah Alam sudah dipasang dengan bendera BN.
Kelihatan lebih 30 bendera di pasang, kebanyakannya di kawasan pagar di stesen Batu Tiga dan sekurang-kurangnya 10 bendera lagi dipasang di stesen Shah Alam.
Bagaimanapun, di Batu tiga, selain di pagar Komuter, kelihatan beberapa rumah sepanjang landasan kereta api juga kelihatan dipasang dengan bendera parti sama.
Malaysiakini juga mengunjungi stesen Petaling, Templer, Seri Setia, Setiajaya dan Subang Jaya tetapi tiada bendera BN dipasang di situ.
Sementara itu, bendera yang dipasang didapati tidak menghalang laluan serta perjalanan Komuter dan pengguna perkhidmatan kereta api itu juga dilihat tidak menghiraukannya.
Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan, Pengerusi KTMB Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed yang juga koordinator BN Selangor mengeluarkan arahan membenarkan bendera di pasang di seluruh 28 stesen di Selangor yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
Menurut sumber, beliau didakwa meminta pegawai KTMB memastikan bendera itu digantung di tempat sesuai, kemas dan tidak menjejaskan keselamatan operasi stesen.
Malah, beliau dikatakan meminta polis bantuan memantau supaya bendera yang dipasang selamat daripada perbuatan khianat.
Bekas menteri kerja raya itu bagaimanapun menafikan mengeluarkan arahan itu tetapi berpendapat ia tidak menjadi masalah asalkan tidak mengganggu isyarat dan memudaratkan perjalanan Komuter. -MK
Wednesday, April 18, 2012
Bendera BN di Komuter S'gor Tiada Kesan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Yang penting bendera yang dipasang itu tidak mengganggu isyarat dan keselamatan operasi stesen.
ReplyDeleteKalau para penyokong BN di Selangor mahu mengibarkan bendera BN di rumah mereka, itu kebebasan mereka sebenarnya.
ReplyDeletePasti tu semua sebagai lambang menyokong Umno
ReplyDeleteNampak bendera2 macam dekat2 sudah PRU13
ReplyDeletePR pun letaklah bendera di tempat yang sesuai kalau tidak puas hati ada bendera BN.
ReplyDeleteMakin terasa bahang PRU13 ni..
ReplyDeleteharap2 d sabah tiada bndera BN lgi lpas PRU13....cukup sudah orng sabah di kasi bodoh...jalan x prnh kasi bgus, tanah NCR di rampas oleh kroni BN, pembngunn yng lembab, minyk di rampas bgtu saja...
ReplyDeleteNegara demokrasi kenapa ada halangan2 dan sekatan pula dengan pengibaran bendera??tak perlulah besarkan isu kecil ni.
ReplyDeleteYang penting juga bendera2 atau apa2 yang ditampal ditempat2 awam sewaktu berkempen tidak akan bersepah2 begitu saja bila PRU sudah berakhir.
ReplyDeletehal bendera ini tak perlu nak diperbesarkan.
ReplyDeleteMungkin bendera itu dikibarkan kerana ada program yang akan dilakukan oleh kerajaan BN ditempat itu.
ReplyDeletebanding bendera2 itu dengan perhimpunan Bersih, perhimpunan Bersih lebih banyak menimbulkan masalah dan mengganggu aktiviti serta kepentingan orang awam..
ReplyDelete