Sejak pengumuman secara rasmi dibuat oleh pihak Gabungan Menuntut Pilihanraya Bersih & Adil (Bersih) tentang penganjuran himpunan Bersih3.0 pada 28 April ini di Dataran Merdeka, bermacam-macam respons dibuat oleh pelbagai pihak. Kini, hanya berbaki kurang 1 hari 20 jam 30 minit untuk acara itu berlangsung dan respons-respons itu masih berterusan.
Di pihak Pakatan Rakyat (PR), dari Ketua Pembangkang sehinggalah kepada ahli dan penyokong bawahan, semuanya menyatakan sokongan dan memberi komitmen penuh untuk menjayakan siri ke-3 himpunan seumpama itu sejak ia diadakan buat kali pertama pada tahun 2006.
Sikap Kerajaan Malaysia yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, atas semangat ‘menghormati’ Akta Himpunan Amam 2011, memberi reaksi yang sangat berbeza berbanding ketika penganjuran Bersih 2.0, awal-awal lagi mengumumkan tiada halangan untuk himpunan itu diadakan.
Malangnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak bersikap ‘proaktif’ sebagaimana KDN dalam mendepani permohonan daripada pihak Bersih. Barangkali juga KDN dan DBKL sedang bermain wayang. Ketegasan Bersih untuk tetap berhimpun di Dataran Merdeka menyebabkan Bersih dan penyokongnya dilabel sebagai degil dan didakwa cuba mendoktrin rakyat Malaysia untuk tidak menghormati perlembagaan negara serta tidak menghargai keamanan yang sedang dinikmati kini.
Media (TV3, Utusan Malaysia) pula mengambil posisi terpenting untuk mempengaruhi persepsi seluruh rakyat Malaysia. Kenyataan penuh dan ‘bersuara’ oleh beberapa orang menteri, agamawan, ilmuan dan rakyat disiarkan setiap hari untuk memberitahu rakyat Malaysia bahawa himpunan Bersih 3.0 adalah haram, akan mengancam keselamatan negara, mengganggu kehidupan warga ibu kota, doktrin sesat pembangkang dan tidak rasional. Tidak lain tujuannya melainkan untuk menjatuhkan political mileage lawan politik kerajaan atau sekurang-kurangnya mengurangkan sokongan dan kehadiran rakyat ke Bersih 3.0.
Mahasiswa selaku kunci penting dalam pembinaan dan pembangunan masa depan Malaysia juga pasti punyai pendirian. Mahasiswa Generasi Y adalah mahasiswa yang berfikir dengan akal, berbicara dengan fakta, mendengar dengan cakna dan memerhati dengan bijaksana pasti akan berekspresi secara rasional.
Penilaiannya adalah bukan soal BN atau PR, kerajaan atau pembangkang. Tetapi asas pertimbangan mahasiswa adalah kebenaran dan keadilan, lebih-lebih lagi dalam soal proses pemilihan kepimpinan negara yang menjadi penentu kepada substance pembinaan dan pembangunan negara pada masa hadapan. Jika silap langkah, padah! Jika betul, bertuah!
Saya yakin dan percaya, serta memberi jaminan bahawa tidak kurang 50,000 mahasiswa dan anak muda akan menyertai himpunan Bersih 3.0 pada hari Sabtu ini.
-HD
Penulis ialah Pengerusi Inspirasi Anak Muda Malaysia (Inspirasi) dan Naib Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis).
Thursday, April 26, 2012
50,000 mahasiswa akan sertai Bersih 3.0
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dewan Bandaraya KL sudah membenarkan Bersih mengadakan perhimpunan ini, tetapi dengan syarat memindahkan lokasi dari Dataran Merdeka kepada Stadium Merdeka.
ReplyDeleteBersih dan Dewan Bandaraya sepatutnya bekerjasama untuk mencapai situasi menang-menang. Datuk Bandaraya sudah mengatakan bahawa mereka sanggup mengadakan persidangan Wartawan untuk mengumumkan pertukaran lokasi ke Stadium Merdeka, tetapi Ambiaga masih degil bahawa sudah tidak sempat membuat pengumuman kepada para peserta.
ReplyDeletecadangan pemindahan lokasi sudah terlalu lewat. datuk bandar x tahu bahawa beliau sedang berurusan dgn manusia n bukannya DONKEY...
ReplyDelete50,000? Confirm ka tu?
ReplyDeleteBah besok kita tengok apa macam Bersih di Kl dan di KK.
ReplyDeleteBersih like
ReplyDeleteTidak puas lagi dengan berkhemah di Dataran Merdeka.
ReplyDeleteGerenti banyak isu lagi timbul lepas ni.
ReplyDeleteDemo BERSIH yang pertama dilakukan adalah pada Tahun 2007.. pada tahun 2008, BN kehilangan 4 buah negeri.. kali ini pembangkang guna lagi strategi yang sama memandangkan ianya berkesan untuk merampas beberapa lagi negeri.. jika SPR kotor, kenapa mereka puji konon SPR bersih dan adil sebaik memenangi 4 buah negeri???
ReplyDeletekalau SPR melaksanakan 100% tuntutan Bersih pun, perhimpunan ini tetap akan dilaksanakan.. sebab, perhimpunan itu adalah 'strategi', bukannya mendesak supaya pilihanraya berjalan dengan bersih dan adil..
ReplyDeleteSudah tentu ada isu lain lagi tu...sengaja create isu
ReplyDeleteDBKL hanya menjalankan tugasnya..
ReplyDeletetgk apa hasil perhimpunan tersebut.. bukan aman.. tapi huru hara. smpai kereta polis diserang.
ReplyDeleteBERSIH bukannya satu perhimpunan yang baik untuk disertai. Maka bagi mereka yang menyertai perhimpunan itu perlulah sedar yang risiko tanggung sendiri.
ReplyDelete