Thursday, April 26, 2012

Wacana PRU13, Sabah bukan fix deposit BN

TAWAU: Rakyat Sabah harus mendepani cabaran menjadikan Sabah bukan lagi fix deposit kepada Umno BN dalam pilihan raya umum ke-13.

Demikian kata Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman semasa berwacana di sini malam ini.

Wacana bertajuk Selamatkan Sabah, Selamatkan Malaysia itu dianjur PAS Tawau di hotel MB dekat sini bermula jam 9 malam tadi.

Dua panel dijemput menghangatkan wacana termasuk Ahmad Lutfi dan Penolong Ketua Penerangan PKR Sabah, Musli Oli.

Lutfi berkata, jika PRU12 lalu yang menyaksikan tsunami berlaku di Semenanjung, namun Sabah dan Sarawak masih menjadi simpanan tetap BN.

Namun, beliau merasakan bahawa keadaan itu akan berubah dalam PRU13 ini dengan kebangkitan tsunami merentasi Laut China Selatan.

Sementara itu, Musli yang baharu menyertai PKR lima bulan lalu berkata, beliau yakin 11 kerusi akan diperolehi Pakatan Rakyat di Sabah.

Telahan itu berdasarkan kepada mood rakyat Sabah yang semakin tidak boleh menerima BN menerajui negeri ini, jelas Musli.

Namun, beliau tetap bimbang dengan kempen berdasarkan sentimen perkauman oleh Umno BN akan ditelan pengundi khasnya Melayu untuk terus meyokong BN.

Beliau amat berharap, rakyat Sabah melakar perubahan ini dan menjadi penyumbang kepada usaha menenggelamkan BN di peringkat pusat.

Wacana ini dihadiri lebih 150 tetamu dengan dewan yang penuh.

-HD

31 comments:
Write comments
  1. Sabah tidak patut dilayan sebagai Fixed Deposit, diharapkan kerajaan akan memberikan layanan yang sewajarnya kepada rakyat kita.

    ReplyDelete
  2. Diharapkan rakyat akan memberi mandat kepada pemimpin yang betul-betul boleh membela nasib mereka pada PRU-13.

    ReplyDelete
  3. PRU-13 akan mendedahkan keputusan rakyat kepada semua, kita tunggulah dan lihat.

    ReplyDelete
  4. fixed deposit n menjadi negeri termiskin adalah penghinaan terbesar kpd sabahan!!!

    ReplyDelete
  5. Hanya rakyat Sabah sendiri yang menentukan negeri ni menjadi fixed deposit atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  6. Janganlah jadi fixed deposit sebab kewujudan PATI yang ramai tu.

    ReplyDelete
  7. Perubahan yang berlaku di Sabah akan memberi pengaruh besar kepada BN sebab Sabah menyumbang banyak kepada kerusi BN.

    ReplyDelete
  8. PATI dipergunakan untuk mengukuhkan kuasa, tindakan ini amat mengecewakan rakyat tuleh di Sabah & Malaysia.

    ReplyDelete
  9. Rakyat berhak membuat perubahan dan keputusan. Undian di atas tangan setiap warga, harus dinilai dan membuat pemilihan yang wajar.

    ReplyDelete
  10. Rakyat Sabah berhak mendapatkan layanan yang setaraf dengan rakyat Semenanjung.

    ReplyDelete
  11. Diharapkan kerajaan pusat akan melaksanakan perjanjian 20 perkara terhadap rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  12. Sabah fix deposit Bn atau tidak akan ditentukan pada PRU nnti.

    ReplyDelete
  13. Jangan mudah pecaya bulat2 tapi nilailah sebaik mungkin

    ReplyDelete
  14. 20 points adalah untuk menjaga dan memelihara hak2 Sabah dan rakyatnya

    ReplyDelete
  15. Bye-bye PAS. Baliklah ke SM bantu PAS di sana.

    ReplyDelete
  16. Perubahan senario politik semakin ketara tetapi untuk kalahkan BN, bukanlah semudah itu.

    ReplyDelete
  17. Macam mana pembangkang beriya-iya mahu menang, BN juga akan berkerja keras pertahankan kedudukan.

    ReplyDelete
  18. Dengan Sabah FD BN, maka kerajaan BN menghadiahkan rakyat Sabah dengan melengah-lengahkan penubuhan RCI untuk PATI, BN tidak ikhlas untuk menubuh RCI PATI di Sabah. Inilah hadiah Najib pada Sabah yang yang memberi FD kepada BN.

    ReplyDelete
  19. PAS harus terima hakikat bahawa PAS tidak relevan di sabah.

    ReplyDelete
  20. meskipun sabah bukan FD BN, PAS tetap tidak akan menang di sabah kerana ideologi politik PAS yang berlandaskan agama ditolak oleh rakyat sabah tulen.

    ReplyDelete
  21. di sabah, PAS menumpang populariti PKR dan DAP...

    ReplyDelete
  22. kalau BN mahu kekal sabah sebagai kubu kuat, maka tuntutan rakyat harus dipenuhi..

    ReplyDelete
  23. BN akan menang di sabah pada pru13..

    ReplyDelete
  24. Rakyat Sabah berhak memb uat penilaian dan pengundian sendiri tanpa dikongkong mana-mana kuasa.

    ReplyDelete
  25. BN will deserve what it is if BN really strike the better future for the people.

    ReplyDelete
  26. Semua parti di Sabah harus berusaha berdasarkan "rakyat" dan bukannya kepentingan agenda masing-masing.

    ReplyDelete
  27. Bn harus menunaikan perjanjian yang dibuat, gagal berbuat demikian akan mendatangkan kesan negatif di PRu akan datang.

    ReplyDelete
  28. Perpecahan parti pembangkang akan memberi laluan kepada BN mencapai kerusi yang banyak juga.

    ReplyDelete
  29. Bukan fixed deposit atau tidak semua itu cuma akan terjawab pada PRU akan datang.

    ReplyDelete
  30. patut tukar tajuk wacana ni kepada selamatkan Sabah dari parti2 Malaya seperti PAS, PKR dan DAP..

    ReplyDelete
  31. saya tidak fikir bahawa Sabah akan selamat dibawah Pakatan.. skandal pasir di selangor, rampasan tanah dan pembalakan dihutan simpan di kelantan, dan rampasan tanah penduduk kampung Melayu di pulau pinang..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.