Friday, April 20, 2012

Mahasiswa Dibenar Berpolitik Tanpa Sekatan

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Mahasiswaberpolitik/pix_gal1Perbahasan selama lebih tiga jam jam menyaksikan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 dengan pindaan bagi memberi kebenaran penuh tanpa sekatan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta menyertai dan menjadi ahli serta memegang jawatan sebarang parti politik.

Rang undang-undang itu menyaksikan kerajaan meminda Fasal 5 dengan memotong sepenuhnya perenggan dalam seksyen 15(2)(c) yang melarang pelajar daripada bertanding dalam pilihan raya bagi memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar di dalam kampus jika pelajar itu memegang apa-apa jawatan dalam sesuatu parti politik.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan menerima cadangan usul yang dikemukakan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) mewakili Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBCC).

"Kementerian bersetuju supaya perenggan ini dipotong," katanya pada sesi perbahasan peringkat jawatankuasa Dewan Rakyat pada Khamis.

Sebelum ini, menerusi rang undang-undang yang dibacakan kali pertama pada 9 April lalu melarang mahasiswa bertanding dalam pilihan raya atau memegang apa-apa jawatan dalam sebarang pertubuhan atau kumpulan pelajar dalam kampus jika memegang jawatan parti politik.

Sementara itu, ketika membentangkan usul bagi meminda Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, Khairy berkata, sebarang pindaan yang dilakukan kepada undang-undang usang hendaklah bertepatan dengan hasrat perubahan dan juga norma sosial yang mendasari kehendak kepada pindaan tersebut.

"Tujuan larangan yang dicetuskan oleh subseksyen 15(2)(c) adalah bertujuan untuk mengekalkan keberkecualian di dalam kampus.

"Sungguhpun kami mengakui keperluan itu agar perjalanan akademik tidak diganggu oleh kegiatan politik, tetapi janganlah sampai kehendak ke arah ini melibatkan sekatan regresif kepada kebebasan yang diberi.

"Bagi kami, larangan ini memberi gambaran bahawa transformasi yang dibawa oleh kerajaan cuma perubahan separuh masak dan akan menimbulkan lebih banyak polemik negatif sedangkan pindaan ini berhasrat untuk memberi kebebasan kepada golongan mahasiswa dan sepatutnya menjadi perkara yang dianggap sebagai pindaan yang popular," katanya.

Malah Khairy menegaskan, pilihan yang diberikan kepada mahasiswa sama ada untuk memegang jawatan politik atau pertubuhan dalam kampus boleh disifatkan seperti tidak mengiktiraf sepenuhnya kebebasan golongan mahasiswa untuk menyertai parti politik.

"Ia umpama melabelkan golongan mahasiswa yang mempunyai keahlian dan jawatan dalam politik sebagai kelompok negatif dalam kegiatan pelajar di dalam kampus, sedangkan apa yang mereka lakukan hanyalah salah satu daripada hak asasi mereka untuk berpersatuan. Ia umpama beri tapi tak beri sepenuhnya.

"Subseksyen 15(2)(c) hanya akan memberi ruang yang sangat besar kepada pembangkang untuk menghentam kerajaan dengan hujah bahawa kerajaan sebenarnya tidak ikhlas dan tidak komited dengan semangat keterbukaan dan pengiktirafan kepada golongan mahasiswa," katanya.

-Mstar

15 comments:
Write comments
  1. Para mahasiswa perlulah pandai mengurus masa mereka sendiri, jangan kerana berpolitik, pelajaran sendiri terabai.

    ReplyDelete
  2. Saya rasa kebanyakan ibu-bapa tidak akan membenarkan anak mereka berpolitik semasa melanjutkan pelajaran.

    ReplyDelete
  3. Jangan terlalu ghairah berpolitik sampai pelajaran diabaikan.

    ReplyDelete
  4. Kita lihat sejauh mana pelajar dapat mengawal kebebasan yang diberikan kepada mereka.

    ReplyDelete
  5. Berpolitik tapi jangan mengabaikan pelajaran

    ReplyDelete
  6. Lebih bagus kalau pelajar hanya menumpuhkan perhatian pada pelajaran

    ReplyDelete
  7. adakah ini tindakan yang bijak diambil oleh kerajaan? Sama2 kita lihat hasilnya nanti.

    ReplyDelete
  8. Apapun tindakan kerajaan harus diberi sokongan kerana mereka memang sudah memikirkan tentang kesan negatif dan positif.

    ReplyDelete
  9. Mahasiswa sekarang ni terlalu menuntut kebebasan.

    ReplyDelete
  10. buka/buang itu tempurung...melibatkan diri dlm politik adalah pendidikan x formal. klu ada pihak yg mampu menyelam sambil minum air, knp perlu dilarang? bukannya jenayah. lain la klu SAPIe x afdal, kc 'kenyang' little bastardnya dgn menggunakan RM rakyat...

    ReplyDelete
  11. Betul lah orang sabah ni palui, bodoh macam katak dibawah tempurung...beri komen teruk-teruk macam tiada pengatahuan betul-betul, besok-besok kamu kena jual baru kamurang tau..dasar orang logop, kagutan...bodoh macam babi

    ReplyDelete
  12. org malaya x tau apa itu logop n kogutan...sabahan jg la...SENDIRI AKUN BODOH? itu otak jgn ampai di lubang pantat...

    ReplyDelete
  13. sebagai mahasiswa, baik utamakan pada pelajaran terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  14. Nampaknya perkara ini memihak kepada mahasiswa. Yang penting tujuan utama tidak boleh dilupakan sebagai seorang pelajar.

    ReplyDelete
  15. tunggu saja kesannya bila pelajar2 dibenarkan aktif berpolitik.. besok2 lagi banyak tindakan kurang ajar dia buat..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.