Wednesday, April 25, 2012

BN Anjur Tarian Bogel Ganggu Majlis BERSIH

Pelancaran Pra Bersih 3.0 Peringkat Parlimen Gopeng yang dihadiri oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said malam tadi dicemari dengan gangguan daripada pihak tertentu.

Pelbagai acara diadakan untuk mengganggu program anjuran Pemuda Pakatan Rakyat kawasan tersebut termasuklah tarian separuh bogel, tarian singa, percikan bunga api dan sebagainya.

Program yang diadakan hanya seberang jalan kira-kira 10 meter itu dipercayai dianjuran oleh BN kerana ianya bukan kali pertama malah enam program Pakatan Rakyat di kawasan tersebut sebelum ini turut diganggu.

Pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye; dan Timbalan Ketua AMK, Pusat Khairul Anuar Zainudin.

A Samad Said dalam ucapannya kesal dengan gangguan ini dan ianya menggambarkan BN berusaha untuk menyekat kebangkitan rakyat.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad menjelaskan, negara sekarang dalam suasana yang amat ‘merungsingkan’.

“Kita mahukan lunas-lunas demokrasi di Negara ini diperbetulkan, tapi orang yang sudah berkuasa lebih 5 dekat tidak mahu itu.

“Sebab mereka merasakan jika pilihanraya di Negara ini bersih, mereka akan dibersihkan,” katanya sambil diberi tepukan gemuruh kira-kira 2,000 hadirin.

Menurutnya, Pakatan Rakyat mempunyai watak-watak yang istimewa untuk memerintah dan rakyat perlu membantu mereka untuk memerintah.

Sementara itu, Mohammad Nizar berkata, BN ketika ini sangat takut dengan suara dan kebangkitan rakyat kerana ianya akan menggugat mereka untuk terus berkuasa di Negara ini.

“Saya menggesa seluruh rakyat di negeri Perak ‘turun’ ke himpunan Bersih 3.0 sabtu ini untuk memberi isyarat kepada BN bahawa rakyat sudah bangkit dan menolak mereka,” jelasnya. -HD








10 comments:
Write comments
  1. hanya dgn seks, rasuah, tipu n yahudi shj yg boleh membuatkan UMNgOk/BN nampak relevan. selain dr itu, boleh masuk dlm manhole la!!!

    ReplyDelete
  2. Demokrasi di Malaysia sudah kira baik, cuba lihat keadaan di Myanmar sebelum Aung Sang Su Kyi menjadi kerajaan.

    ReplyDelete
  3. Acara yang dianjurkan oleh BN kebetulan dekat tempat acara Bersih diadakan, rasanya pengunjung ke Pelancaran Bersih itu tidak akan mudah terpengaruh. Tiada undang-undang yang menyatakan bahawa BN dan pembangkang tidak boleh mengadakan majlis pada hari yang sama dan tempat yang sama.

    ReplyDelete
  4. Betul ke acara tu anjuran BN?

    ReplyDelete
  5. Baru pelancaran pra Bersih, tidak perlulah panik. Pasti ada sambutan untuk Bersih.

    ReplyDelete
  6. Mungkin juga ada pro parti yang melampau hingga anjurkan aktiviti2 macam ni.

    ReplyDelete
  7. Macam2 gangguan yang berlaku. Harap perkara seperti ni tidak berlaku bila tibanya kempen2 pilihanraya nanti.

    ReplyDelete
  8. Kita harap pelbagai masalah dapat ditangani.

    ReplyDelete
  9. konon Pak Samad kesal dengan suasana negara yang merungsingkan.. siapa sebenarnya yang merungsingkan negara kalau bukan pembangkang dan penganjur Bersih?? pehh!

    ReplyDelete
  10. macam mana pula Bersih kena kacau sedangkan Bersih la yang kacau orang awam?? cakap pasal demokrasi, sudah banyak kebebasan diberikan kepada Bersih dan pembangkang.. sedangkan pembangkang sendiri tidak amalkan demokrasi.. mana2 pemimpinnya yang buat kenyataan bertentangan dengan kemahuan parti mesti kena pecat..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.