Tuesday, April 24, 2012

Jawatan Kosong di Universiti Tun Hussien Onn (UTHM)

Sejarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bermula pada 16 September 1993 dengan penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP), yang bertujuan melahirkan dan melatih tenaga pengajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang kejuruteraan untuk sistem politeknik di negara ini. Penubuhan ini mencatatkan satu lembaran baru dalam perkembangan pendidikan negara. Pusat ini dikendalikan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melalui memorandum persefahaman yang telah ditandatangani bersama pada 28 Jun 1993.

Lembaran baru perjalanan menuju puncak kegemilangan institusi ini diselak lagi apabila mesyuarat Kabinet yang telah diadakan pada 20 September 2006 telah meluluskan untuk menukar nama KUiTTHO yang akan dikenali sebagai Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). 1 Februari 2007 merupakan satu tarikh keramat kepada semua warga universiti apabila Datuk Mustapa bin Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi membuat pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut. Majlis Perisytiharan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) telah berlangsung pada 2 Mac 2007 dan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein Onn.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Johor Berhad mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

1. Pembantu Makmal

2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

3. Juruteknik Komputer

4. Juruteknik

5. Pembantu Keselamatan

6. Pengawal Keselamatan

7. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

8. Pegawai Khidmat Pelanggan

9. Pemandu Kenderaan

10. Pembantu Perpustakaan

11. Pembantu Hal Ehwal Islam

12. Jururawat

13. Jurupulih Perubatan (Fisioterapi)

14. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan : 16 Mei 2012

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.