TIDAK cukup dengan menipu, memperdaya dan menjual tanah bukan miliknya, ADUN Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman turut didakwa membuat laporan palsu kematian mangsa bagi membolehkan tanah yang didaftarkan di atas nama mangsa dipindahmilik dengan bantuan 'Peguam Durjana'.
Mangsa, Dayang Abdul Rashid yang pertama kali disiarkan kisahnya dalam 'Skandal Adun Sabah Dan Bursa Malaysia'pada 16 Mac 2012 lalu, kini tampil bersama bukti dan sekaligus mendakwa bahawa ADUN Sukau adalah 'Syaitan Tanah' yang menyalahguna kuasa dan kedudukannya untuk menindas rakyat jelata yang tidak berdosa sepertinya.
Menurut Dayang, beliau telah beberapa kali cuba menemui Saddi untuk menyelesaikan masalah tersebut, namun Saddi terus mengelak dan enggan menemuinya dengan alasan beliau (Dayang) telah mati dan beliau tidak mempunyai urusan dengan Dayang lagi!
"Akibatnya, saya terpaksa meminta bantuan saudara mara saya untuk ke Kuala Lumpur dan membuat laporan rasmi terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, Bursa Malaysia dan beberapa agensi penguatkuasa," kata Dayang yang agak kesal kerana terpaksa mendedahkan isu ini kepada media setelah semua jalan penyelesaian buntu.
Bagi menunjukkan kesungguhannya, Dayang telah membuat laporan polis pada 19 Mac 2012 di Balai Polis Beluran terhadap beberapa pihak yang berkepentingan melalu laporan bernombor TELUPID/000179/12 seperti berikut untuk mendapat pembelaan sewajarnya;
"PADA jam lebih kurang 10.00 pagi, setelah berbincang dengan keluarga, saya datang ke balai untuk membuat laporan agar polis menyiasat dan menangkap ADUN Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman kerana secara curang dan bersubahat telah menipu, memperdaya dan menganiaya saya sehingga menyebabkan tanah N.T 083160374 (P.T 76080510) yang didaftarkan atas nama saya; telah ditukar hak milik kepada SADDI BIN ABDUL RAHMAN dan telah dipajakkan kepada TANNIAGA HOLDING SDN.BHD dan juga telah dicagarkan kepada HSBC BANK MALAYSIA BERHAD tanpa izin dan pengetahuan saya.
"Laporan ini juga dibuat terhadap Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur; Tetuan Saman Gulam; Penolong Pemungut Hasil Tanah Beluran dan Lembaga Pengarah Tanniaga Holding Sdn.Bhd iaitu Velayuthan A/L Tan Kim Siong yang juga salah seorang Pengarah dan Pemegang Saham dalam IJM Plantations Berhad yang telah secara bersama berniat jahat menukar hak milik tanah yang didaftarkan atas nama saya; sedangkan saya tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kuasa, tidak pernah menjual atau menyerahkan hak benifiseri saya kepada sebarang pihak.
"Laporan ini juga dibuat terhadap pihak yang membuat laporan palsu atau menyediakan Sijil Mati palsu sehingga memperdaya atau mempengaruhi Kerajaan Negeri Sabah bahawa saya telah meninggal dunia dan meluluskan penukaran nama geran hak milik kepada pihak ketiga.
"Laporan ini juga dibuat agar Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menyiasat dan menggantung Urusniaga IJM Corporation Berhad di Bursa Malaysia kerana memalsukan aset sehingga membuatkan pelabur mempercayai bahawa IJM mempunyai aset tetap, sedangkan mengikut Laporan Tahunan 2010, stok kod 2216 di muka surat 115-118 telah menyenaraikan tanah NT milik saya sebagai harta kepunyaan IJM Plantations Sdn Bhd.
"Laporan ini juga dibuat agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan rapi bagaimana hak milik tanah saya ditukarkan nama kepada IJM Plantations Berhad tanpa persetujuan atau kerelaan saya; yang saya percayai dipengaruhi dengan wang rasuah.
"Laporan ini juga dibuat terhadap Pesuruhjaya Polis Sabah dan Ketua Polis Daerah Beluran kerana gagal mengambil tindakan terhadap laporan jenayah yang saya buat melalui laporan polis bernombor TPD/RPT/401/2007; sehingga menyebabkan penjenayah berleluasa menipu, memperdaya dan merampas hak saya yang dijamin di bawah Fasal 13, Perlembagaan Persekutuan."
Tegas Dayang, beliau telah membuat laporan polis pertama kalinya pada 21 September 2007 melalui laporan bernombor TPD/RPT/401/2007, namun memandangkan Saddi menjadi ADUN Sukau pada 2008, maka laporan jenayah beliau langsung tidak disiasat PDRM.
"Tetapi saya harap selepas laporan kedua ini, terutama setelah laporan ini disiarkan media, PDRM dan semua agensi yang terlibat tidak lagi memandang remeh laporan saya, terutama SPRM yang saya yakini telah menjalankan siasatan segera selepas saya memfailkan aduan rasmi terhadap Saddi," ujar Dayang yang tidak akan berganjak dengan keputusannya dan tidak gentar menghadapi pengaruh Saddi di Mahkamah.
Saturday, April 28, 2012
Yang Berhormat (YB) atau Syaitan Tanah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sial punya YB BN kita jayuhkan dia di PRU 13
ReplyDeleteYB macam ni rakyat nak sokong abis la..
ReplyDeleteAda pula orang macam tu jadi Adun. Tidak payah la undi dia lagi tu
ReplyDeleteDiharap mangsa mendapat pembelaan
ReplyDeleteSaman sajalh...bawa kes ini pi Mahkamah. Cari Peguam yg berwibawa utk mengendalikn kes ini. Nak Senang, Cari Peguam2 "Parti Pembangkang" Mereka tentu gembira utk mengendalikan kes ini...Silap HB, blh Free lg, Puan.
ReplyDeleteba, saya pun harap laporan kedua ini berjaya.. PAS, STAR, Suhakam, Tabah dan yang lain2, tampil la bantu mangsa..
ReplyDeletejgn bgitu bah kawan. kita undi sj bh....apa bising2 dai dulu kamu org tidak pikia.
ReplyDeleteDiharapkan dakwaan bahawa Datuk Saidi memindah milik tanah rakyat ini akan disiasat oleh pihak berkuasa dan Jabatan Tanah Sabah.
ReplyDeleteJika perkara ini dibuktikan benar, diharapkan tindakan akan diambil terhadap mereka yang terlibat dan tanah tersebut akan dipulangkan kepada rakyat.
ReplyDeleteDoakan supaya YB berkenaan dan orng2 yg terlibat ditimpa bala!Baca yasin dan tiap2 waktu sembahyang minta kepada Allah sesiapa yg membuat aniaya dan penindasan dibalas Allah dengan secukupnya!
ReplyDeletepatut siasat dan ambil tindakan berhubung hal ini.
ReplyDeletejangan kerana dia jadi adun dia boleh buat suka hati..sanggup menipu rakyat. apa celop?
ReplyDeleteHarap laporan ni betul. Jgn pula jadi tunggangani org tertentu utk menjatuhkan org lain. Jika benar kita semua akan bela nasib pengadu.
ReplyDeleteharus mendapat penyelasan yang sejelasnya agar kes ini dapat diselesaikan dengan segera.
ReplyDeleteKes ini harus disiasat dan yang tertuduh dan menuduh harus dibicara kedua2nya.
ReplyDeleteJika suda ada bukti, siasatan harus dijalankan.
ReplyDeleteADUN Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman ini, YB BODOH + TAMAK + BANGANG KRONI YANG TAK TAHU MALU. KENAPA LAH KO JADI ADUN BODOH NIH.... TUMBANGKAN DIA DALAM PILIHANRAYA 13.... TERUKLAH PUNYA YB...
ReplyDeleteJIka benar perkara ini berlaku, harap siasatan dapat di buat, agar perkara ini tidak berlarutan.
ReplyDeleteJika ada bukti, teruskanlah, jangan semata2 ingin menjatuhkan orang sanggup buat cerita.
ReplyDeletePerkara ini tidak perlu di politikkn, boleh di selesaikan dengan cara yang baik.
ReplyDeleteHak rakyat harus di lindungi.
ReplyDeleteSiasat perkara ini terlebih dahulu, baru kita sebagai rakyat boleh menilai.
ReplyDeleteSiasat saja la dulu. Dakwaan ini serius.
ReplyDeleteSebagai seorang pemimpin, beliau seharusnya tahu setakat mana kuasa beliau.
ReplyDeleteItu salah satu peserta tanah yg d pamer sebenarnya ada 15 peserta yg terbabit dlm kes yg sama dlm kes makcik dayang tu
ReplyDeletePolis perlu menyiasat mengenai dakwaan ini.
ReplyDeleteMungkin perkara ini perlu dilihat oleh Jabatan yang berkaitan. Benarkah apa yang berlaku ini.
ReplyDeleteADUN seperti ini patut digugurkan serta merta.. ini bukan membantu rakyat, menyusahkan rakyat ada la..
ReplyDeletesaya harap laporan polis dan sprm yang dibuat oleh mangsa ini berhasil membawa Saddi ke muka pengadilan sekaligus mendapatkan semula hak beliau..
ReplyDeletelawan tttaattaappp lawannnnn.....reformasi
ReplyDeleteapa yg sa nampak.. dua orang yang sama..seorang tidak tahu erti bersyukur,tamak & takbur..seorang lagi sahabat iblis yang cuba memecahbelahkan islam sesama sendiri.
ReplyDelete"sesungguhnya kebenaran itu akan terungkai dengan sendirinya bila hati benar-benar ikhlas menerima dugaan-Nya"
apa cerita sekarang.. kenapa tidak ada update?? kami pun mahu tahu juga hasil siasatan (itu pun kalau sudah disiasat)..
ReplyDelete